Pendidik
yang baik ialah pendidik yang beriman
Yang
hatinya disalut taqwa kepada Allah
Jiwanya
penuh penghayatan terhadap Islam
Yang
sentiasa haus dengan ilmu
Yang
sentiasa dahaga akan pahala
Yang
ketinggian ilmunya adalah maruah dirinya
Yang
tidak pernah jemu dan bosan dalam menimba dan mencurah ilmu
Pendidik
yang baik ialah yang lunak dalam tutur katanya
Yang
tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang
sentiasa berbuat kebajikan kepada manusia lainnya
Yang
mempunyai ramai kawan di serata alam
Pendidik
yang baik ialah yang menghormati anak didiknya
Yang
sentiasa berbakti kepada masyarakat sekelilingnya
Yang
menjaga keharmonian anak bangsanya
Yang
mendidik anak bangsa mendalami ilmu pengetahuan
Yang
mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana
dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Pendidik
yang baik sentiasa bersedia untuk mencurahkan ilmunya
Yang
hidupnya sentiasa mencontohi sifat Rasulullah
Yang
boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang
anak didiknya ibarat jiwa dan raganya
Yang
sentiasa bersujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Pendidik
yang baik tidak tahu membazirkan masa
Kehidupannya
dikelilingi lautan ilmu
Biarpun
sudah di usia senja
Digagahi juga demi
anak bangsa
Untukmu
pendidik yang baik
Untukmu
pendidik yang beriman
Doaku
moga keikhlasanmu mencurahkan ilmu
InsyaAllah
akan dituai hasilnya di akhirat sana…..
###################################################
Kepada warga AlFalah yang bergelar cikgu, ustaz/ustazah: Berbahagialah.
Semoga inovatif itu ada di dalam diri.
Selamat Hari Guru 2012.
Ingatlah, Tok Guru pun ada gurunya......
he he he he he
No comments:
Post a Comment