Mereka adalah sebahagian dari perintis penjemaan semula AlFalah pada tahun 1983.
Selain dua kelas Peralihan - yang senarainya telah saya naikkan lama daulu - kumpulan sekitar 50-60 orang dari dua kelas Tingkatan Tiga Akademik telah memeriahkan semula bumi AlFalah setelah bertahun-tahun kesepian. Mereka sebahagiannya terus berada di situ sehingga sempat mengambil SPM 1985/86/87 kerana ada sebahgiannya terpaksa mengulang sekali dua di peringkat SRP [kini PMR]. Ketika itu, tiada kenaikan automatik ke tingkatan empat.
Mereka turut membantu meperelokkan sekolah. Generasi inilah yang membantu pihak sekolah memungkinkan bangunan yang kemudiannya menjadi blok depan - sebagai pejabat dan dua kelas - berdiri gagah, meruntuhkan bagi memindahkan bangunan sekolah di Kg Baru, Alma, Bukit Mertajam dan mengangkutnya pula dari jalan utama Yan-Batas Paip ke kawasan sekolah. Suatu cerita yang tidak jemu saya ulang di dalam blog ini kerana nilai sentimentalnya yang cukup tinggi kepada kami. Anda boleh semak catatan tentangnya dalam beberapa entri terdahulu.
Sayangnya, saya tidak dapat mengesan rekod kewujudan mereka. Hilang dimakan anai-anai atau api...
Tetapi memori tentang era itu kekal kukuh.
Ada generasi baru AlFalah bertanyakan tentang mereka. Apa daya saya...
Cuma inilah yang masih dapat saya semak di memori. Mereka kekal di bayangan dengan pakaian sekolah pada awal dan pertengahan dekad 80-an itu, melainkan seorang dua yang sempat saya temui kemudian.
Entah di manakah mereka sekarang...
Berapakah anak atau cucu masing-masing...
Cucu? Ya, saya telah menermui dua pelajar AlFalah selepas mereka yang telah pun bercucu! Kemungkinan generasi awal itu bercucu tentulah bukan sesuatu yang pelik...
Di mana pun mereka,semoga semangat AlFalah tetap ada, sentiasa mencari keredaan Ilahi dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Setahu saya, dua nama dari senarai di bawah telah lama meninggal dunia.
Barisan guru ketika itu adalah arwah Ustaz Hj Azizan Mustaffa, Ustaz Ahmad Fairose Hj Azizan, Ustaz Zubaidi Ariffin, Ustazah hjh Rodziah Ahmad, Cikgu Abdur Rahim Daud dan arwah Cikgu Siti Ramlah Johari. Saya hadir pada penghujung Januari '83, menggantikan arwah Cikgu Md Rodzi Majid yang mendapat tawaran ke sebuah Maktab Perguruan. Kerani di pejabat, Hamidah Ahmad. Pengendali kantin, Hajah Arfah [Makndak Pah], emak Ustazah Rodziah.
Saya mungkin tersilap tentang 'bin' seorang dua dari mereka [bertanda merah]. Sesiapa yang ada maklumat yang tepat atau yang menjumpai nama lain bekas pelajar generasi mereka diharap dapat membantu melengkapkan senarai ini...
- Abdul Latiff b Rahim @ Ibrahim - Tebengau
- Abdullah b Hashim – Alor Ibus
- Abd Halim b Bakar – Teluk Bulang
- Ahmad b Bakar - Kangkong
- Mohd Fadzil b Bakar - Tebengau
- Mohd Fazli b Hj Mahmud – Alor Ibus
- Mohd Kamal b Bakar – Alor Pulai
- Mohd Zaini b Ahmad – Permatang Ibus
- Mohd Zaini b Salleh – Teluk Bulang
- Romli b Ahmad – Kg Perlis
- Saidin b Saad – Alor Ibus
- Ismail b Hamid - Sala Kechil
- Ismail b Hamid - Padang Jambu
- Zulkifli b Basari – Permatang Ibus
- Zakaria b Nayan – Seberang Alor
- Hafiza bt Saad - Kangkong
- Faridah bt Hj Ahmad
- Kalsom bt Yaakob – Kg Hj Jamal
- Mariam bt Hj Hashim – Permatang Ibus
- Rohaniah bt Shaari – Sala Kechil
- Sharifah bt Ishak – Permatang Ibus
- Solehah bt Hj Hamid – Sala Kechil
- Suharnie bt Hj Saad –Permatang Ibus
- Zaini bt Haron – Sala Kechil
1 comment:
kuatnya memori...
Post a Comment