12 May 2014

Kau Yang Tidak Datang




Cadangnya begitulah.

4 Syawal 1435 bersamaan 31 Julai 2014.

Hari Khamis.

Itulah hari dan tarikhnya Budak Falah dicadangkan  berkumpul, berhimpun bagi merapatkan ikatan silaturrahmi.

Hari Raya Keempat dipilih setelah menilai tiga tahun terdahulu akan kesesuaiannya bagi kebanyakan yang sempat ditemui. Masakan mahu dibuat pada raya pertama. Raya kedua kebanyakannya masih mabuk ketupat setelah membaham semua juadah bagi memadam keinginan sepanjang Ramadan. Raya ketiga mungkin hari peralihan - ada yang mahu beraya di rumah saudara mara. Raya keempatlah. Kebanyakan yang bekerja sedang bersiap untuk kembali ke tempat mencari rezeki. Sementara itu, singgahlah - sekejap pun jadilah - di tempat pertemuan itu: Dewan Taman Bersatu, bersebelahan Masjid Taman Bersatu, Batas Paip.


Berjumpalah di situ kita semua. Insyaallah. Ada semua lapisan. Daripada lapisan seawal tahun 1983 hinggalah yang terakhir, sekitar 2001/2002. Jangan bimbang jika tidak kenal. Namanya majlis penghubung, maka saling berkenallah. Semuanya budak Falah atau sama tua bagi budak Falah. Molek lagi kalau kedua-dua pihak, samatuanya adalah budak Falah. Bertegur sapalah. Tanya alamat terkini. Mana tahu, kalau-jalau terjumpa di mana-mana: Jerantut atau Hutan Betut. Bukit Payung atau Bunut Payung. Kuala Kedah atau Kuala Selangor. Kg Perlis di Kedah atau Kg Kedah di Perlis. Pantai Johor atau Johor Baharu. Bukit Perak atau Teluk Intan. Ayer Itam atau Pasir Puteh......... Budak Falah ada merata.

Makanlah apa yang tersedia. Itu hanya penyeri majlis. Kita mahu berjumpa dan berkenal, yang utamanya. Mengimbau kenangan, memandang ke depan. Makanan itu sebagai umpan untuk memula bicara atau ketika kehilangan kata-kata. Makanlah ketupat atau lemang atau dodol. Ada juga mi goreng dan nasi rendang... Makanlah. Jamahlah.


Jangan segan-segan. Jamahlah. Kalau malu untuk menyuap di depan khalayak, bersembunyilah sedikit di belakang kawan. Suap perlahan-lahan.

Malu juga? Ambillah bekas plastik. masukkan mana yang berkenan. Makanlah semasa dalam perjalanan atau tatkala sudah sampai di rumah. Yakinlah, cara mana pun anda makan, ia akan menjadi sebahagian kenangan manis yang bukan semua orang mendapatnya...


Kenalkan samatua kepada rakan sekelas atau rakan seasrama atau rakan sebas. Cuma janganlah perkenalkan bekas kekasih zaman berhingus di AlFalah kepada samatua. Tidak termasuk di dalam kamus penganjur akan risiko yang perlu ditanggung tentang hal sebegitu....

Kenalkan anak-anak sesama anak-anak. Mana tahu mereka bakal sama seasrama di sekolah atau di kolej atau di universiti atau di pusat industri. Mana tahu perkenalan singkat itu, menemukan besan sesama budak Falah, walaupun emak abah mereka dahulu gagal merealisasikan impian.....

Jangan pula lupa, orang tua dua tiga orang yang ada di sekitar dewan nanti. Makin kurang spesies itu sementelah bukan semua pula yang mampu, sanggup dan mahu datang.... Itulah pengajar semasa anda di AlFalah dahulu. Mereka tidak kenal anda? Tidak mengapalah. Mungkin faktor usia tubuh serta usia mata yang menumpang tubuh mereka. Janganlah berkecil hati. Maafkan mereka. Peredaran masa dan banyaknya liku hidup yang diharungi kadangkala membuatkan mereka sedikit pelupa.... Sapalah mereka. Bangkitkan kembali daya ingatan mereka.Sebut nama, tahun di AlFalah. Kalau mereka ingat, baguslah. Kalau sebaliknya, apa mahu dikata. Mereka tidak lagi muda... Entah perjumpaan tahun berikutnya ada di antara mereka yang tidak lagi berada di sekitar anda... Sapalah mereka betapapun anda jauh dari mereka semasa di dalam uniform sekolah dahulu....

Anda tidak kenal mereka pula? Anda memang teruklah...... Guru sendiri pun boleh lupakah? Appara....

Apa?

Sekali lagi?

Sekali lagi tidak boleh datang?

Faham. Faham.

Ada perkara penting di sekitar keluarga sendiri dan keluarga mertua.

Baru menimang cahayamata. Kembar pula tu....

Tahun ini giliran beraya di rumah mertua yang jauh amat dari Batas Paip, malah dari Kedah.

Ada kenduri di rumah keluarga terdekat.

Mertua sakit atau sakit-sakit atau sakit sikit...

Suami mula bekerja pada raya kedua.

Isteri mula bertugas pada raya keempat.

Memang tidak balik beraya di mana-mana kerana sebab-sebab tersendiri.

Faham. Faham.

Lebih seribu budak Falah sepanjang dua dekad itu. Kalau semua datang pun mana tempat mahu diisi. Mana makanan mahu disediakan. Mana sempat melayan semuanya.....

Faham. Faham.

Setiap tahun pun bukan sampai seperempat dari seluruh pelajar AlFalah yang datang. Yang tinggal sekitar Taman Bersatu, Batas Paip, Kola dan semua tempat yang seposkod dengannya pun bukan semuanya datang.

Faham. Faham.

Hati memang teringin tetapi banyak faktor yang menjadi penghalang.

Faham. Faham.

Tapi berusahalah untuk datang.

Kalau tidak dapat datang juga apa daya kita.

Faham. Faham.

Tapi bagi yang tidak datang, faham-fahamlah.

Penganjur perlukan dana.

Faham-fahamlah.

Pemidang dengan kain putih dan ditulis dengan pen serta diwarnakan dengan Pelaka zaman awal dulupun kena gunakan duit, apatah lagi banner seperti era kini....

Dewan dan tempat berhimpun bukan boleh dibayar dengan helai-helai janggut penganjur...

Jamuan serba sedikit ....

Untuk anak-anak juga...

Faham-fahamlah.

Tidak datang pun, sumbanglah sedikit dana untuk majlis tahun ini......

Hubungi 0134241738 (Raihan Md Yunos)

Hehehehehe........

No comments: