Pada hujung dekad 70-an atau awal dekad 80-an, Radio
Televisyen Malaysia {RTM], menerusi salah satu dari dua saluran tv-nya telah
menyiarkan beberapa telefilem yang diangkat dari naskhah asal drama pentas.
Kalau tidak silap sempena Bulan [atau Minggu] Drama, peringkat nasional.
Dinsman |
Kala Dewata |
Banyak drama yang pernah dipentaskan di Kuala Lumpur,
terutamanya, yang selama ini hanya
pernah saya baca atau dengar tajuknya, telah disiarkan. Di antara yang masih
saya ingat adalah drama Alang Rentak Seribu karangan Syed Alwi,
Tamu Di
Bukit Kenny karya Tongkat Warrant, Ana karya Dinsman dan Atap Genting Atap Rembia hasil
pena Kala
Dewata.
Tongkat Warrant adalah antara nama pena Sasterawan Negara Usman Awang, sementara Dinsman
merupakan nama pentas
Che Shamsuddin Othman, manakala Kala Dewata
merupakan nama samaran bagi Prof. Mustaffa Kamal
Yassin.
Azmil |
Saya hanya mahu mengaitkan
sedikit tentang drama Atap Genting Atap Rembia [AGAR] karya Prof.
Mustaffa Kamal itu. Penulis dan tokoh akademik ini adalah ayah kepada Azmil Mustaffa
yang terkenal menerusi lakonannya sebagai watak utama di dalam filem Ali Setan
dan Mekanik.
Azmil kini telah meninggalkan dunia lakonan dan nyanyian – Azmil pernah
menghasilkan satu album.
Dua pelakon dalam satu adegan drama AGAR ini adalah arwah Noraini Hashim
dan arwah Musa
Albakri – bapa Marlia Musa merangkap ayah mertua
komposer/penyanyi M Nasir.
Saya menonton drama ini dengan emak. Babak itu paling saya ingati kerana saya
melihat emak ketawa – sesuatu yang jarang berlaku jika hanya membabitkan sebuah
rancangan tv!
Alkisahnya, sedang Musa berbual dengan kakaknya, Noraini [saya
lupa nama watak masing-masing], di antara pintu rumah tengah dengan rumah dapur
yang lebih rendah, ada seseorang memberi salam dari pintu depan. Musa memberitahu
Noraini bahawa ada orang datang.Noraini menyuruh Musa melihat
siapakah yang datang itu. Musa yang mengenali suara tersebut langsung menyebut
namanya.
Noraini: “Itu bukan orang…”
Musa: “Orang!”
Noraini: “Bukan!”
Musa: “Orang!”
Noraini; “Bukan orang!”
Balas Musa: “Kalau bukan orang,
apa?”
Noraini: “Itu adik beradik [saudara mara]kita!”
Musa: “Yalah. Tetapi dia
‘tu orang!”
Noraini: “Bukan orang. Dia adik
beradik kita. Dia bukan
orang…”
Demikianlah lebih kurang.
Kedua-duanya betul.
Tetapi maksud watak yang dibawakan oleh Noraini itu adalah: dia bukan orang lain dengan kita…
Jika di dalam bahasa saya: dia pupu poyang
kita…
Kalau di dalam bahasa Cikgu Non: dia puak laghak
kita…
Demikianlah mulanya saya
menggunakan kalimat bukan orang setiap kali ada
yang memperkenalkan seseorang sebagai saudara-maranya, termasuklah sekali kalau ada bau-bau bacang.
Menurut Kamus
Dewan, cetakan pertama [Edisi
Baru] , bacang juga dipanggil embacang
dan macang. Kamus tersebut menyatakan ada bau-bau
bacang bererti ada pertalian saudara [tetapi sudah jauh].
Kalau ada kawan yang berkata
bahawa dia dan Sharifah Aini berkongsi nenek,
saya akan berkata “Kiranya hang
dengan Sharifah Aini ‘tu bukan oranglah…”
Sekiranya ada rakan yang
berkata Najwa
Latif itu anak saudara sebelah ibu
kepada bapa saudara sebelah ayah
kepada ibu saudara bapa mertuanya,
pun saya akan berkata “Kalau begitu, hang
dengan Najwa Latif ‘tu bukan oranglah…”
Bagaimanapun ada syaratnya untuk
saya berkata demikian. Syaratnya: Sharifah Aini dan Najwa Latif itu mestilah yang
saya tidak pernah lihat foto di majalah hiburan atau dengar suaranya di radio.
Kalau Sharifah Aini dan Najwa Latif yang dimaksudkannya adalah sang penyanyi
itu, saya akan ubah sedikit struktur ayat untuknya: “Hang…, kalau ‘nak berbohong pun, agak-agaklah…”
*************
{Untuk kemudahan saya mencatat dengan tidak mengulangtaip terlalu kerap
kalimat ‘pernah belajar atau bekerja di AlFalah’ serta kemudahan anda membaca, saya hijaukan nama budak atau orang Falah… Maaf, tahun
kehadiran mereka di sekolah rakyat itu tidak dapat saya catatkan}
Di AlFalah, keraplah saya gunakan
kalimat itu sebaik saya tahu ada pelajar baru yang mempunyai pertalian darah
dengan pelajar lama. Atau jika terjumpa satu kumpulan pelajar yang salasilah
mereka berasal dari satu ‘pokok keluarga’.
Ketika Shahrom
Saud menjadi kerani di AlFalah, dia memperkenalkan seorang pelajar, Normawati Said sebagai anak saudaranya. Saya
katakan, “ Om
[panggilan untuk Shahrom – pelajar
memanggilnya Kak
Om] dengan Normawati bukan oranglah!” Shahrom
menjegil kepada saya. Sebaik saya panjangkan bukan
orang menjadi bukan orang lain,
barulah dia faham, lalu kembali tersengih.
Kepada yang akan marah jika
namanya termasuk di dalam senarai bukan orang, setakat yang saya ingat ketika
mencatat ini [dari puluhan senarai penuh bukan orang di kalangan Budak Falah],
fahamilah bahawa maksud sebenar kalimat ini ialah anda dan dia bukan orang lain, sebaliknya
mempunyai pertalian darah atau ikatan kekeluargaan.
*************
Sofiahmad Din, Hazliza Ahmad dan Wak
Sir [Mohd Nizam] bukan orang. Mereka saudara seibu sebapa.
Md Lutfi dan
adiknya Asilah Ismail yang berasal dari Kg Pergam, Tebengau dengan Pawang Nujum yang kini menjadi rakyat Pahang, bukan orang. Mereka sepupu.
*************
Mariam dan Elias Hj Awang juga bukan
orang. Mereka dua beradik dari
Gajah Mati, Pendang. Rafida Md Saad, Norhashimah Ismail dan Nasaruddin
Abdullah pun bukan orang. Mereka
sepupu - emak Rafida
dan emak Norhashimah serta ayah Nasaruddin adalah anak-anak Hj Awang. Tiga sepupu ini pula tentulah bukan orang dengan Mariam
dan Elias tadi…
Encik Abdullah Hj Awang berkahwin
dengan adik kepada emak Md Rautin Md Desa.
Maka Md Rautin dengan Nasaruddin pun bukan
orang!
*************
Ustaz Mohd
Ghausillah Hj Bakar serta adiknya Ustazah
Shu’bah mempunyai anak saudara Abdul Qais
bin Hj Abdullah. Anak saudara pupu mereka, Ustaz
Zubaidi bin Ariffin berkahwin dengan Rubiah
binti Baharom dari daerah Baling. Adik Ustaz Zubaidi termasuklah Mohd Najib dan Shadah.
Adik Rubiah pula adalah Kamarulzaman Baharom.
Mereka bukan
orang!
*************
Hj Abu Bakar b Hj
Abdullah, ayah Ustaz Ghausillah dan Ustazah Shu’bah, yang merupakan guru
AlFalah pada tahun 60-an dan awal 70-an, adalah adik kepada Hj Mustaffa [ ayah
kepada Ustaz Hj Azizan dan Ustaz Hj Ahmad Fauzi, pengasas bersama
AlFalah]. Maka Ustaz Ahmad Fairose , Cikgu Ahmad Amminy dan abang mereka, Hj Sehabudin [Pengerusi Lembaga Pentadbir AlFalah] serta adik, Mohd Hizamy, adalah anak saudara sepupu
Ustaz Ghausillah dan Ustazah Shu’bah.
Ustaz Hj Ahmad Fauzi berkahwin dengan Hajah Nafisah
binti Mohammad. Salah seorang adik ipar Ustaz Fauzi adalah Ustaz Sokhawi Mohammad.
*************
Mohd Hizamy adalah
anak Maklang Hajah Yah dengan Ustaz Hj Azizan.
Dua adik perempuan Maklang menghantar anak mereka ke AlFalah – Jauhar Amir bin Jamaluddin serta si kembar Mohd Kamarul Azan dan Mohd
Sazrin Muzamni bin Yusof.
Dua anak saudara Mohd Hizamy, adalah Nur
Shuhairah dan Ahmad Munif Hj Sehabudin. [Ahmad Munif merupakan pelajar generasi terakhir
[2002] sebelum AlFalah ditutup…]
Mereka semua – tentulah beserta Ustaz Fairose dan Cikgu
Ahmad Amminy – bukan orang!
Sepupu Maklang Yah yang tinggal
di Kg Perlis termasuklah Mohd Nuli dan Norliana Ishak serta Mahadi,
Norfazilah dan Salmah
Mohd Noor. Ada pula seorang anak saudara sepupunya, Saidi Md Arshad.
Anda lakarlah sendiri ranting pokok keluarga Maklang Yah…
*************
Di Kola, sekumpulan anak-anak Tuan Haji
Said – Hasliza, Shahida,
Samira, Nurul
Husna, belajar di AlFalah. Mereka yang sememangnya bukan orang ini disertai sama emak saudara mereka Norasyikin Hassan.
Sementara itu, dari Teluk Intan,
datang Ramli dan adiknya, Mustadi bin Mohammmad yang bukan orang pula kepada Rosnah,
Aishah dan Abdullah
[Wan] bin Chik, dari DUN Alor Mengkudu. Mohammad adalah anak pertama
manakala Chik merupakan anak ketiga
kepada Hj Md Saman.
Dari Lembah Kelang, muncul pula Yusnita Yusof dan adiknya Nur
Latifah. Yusnita kini menjadi isteri Abdullah.
Shahida bertemu
jodoh dengan Zulkarnain Ramli, seorang budak
Falah manakala Nurul Husna berkahwin dengan Mustadi Mohammad. Zulkarnain
dan Mustadi bukan
orang – mereka adalah biras.
Muzammil & Shikin |
Akan Norashikin
pula ditakdirkan menjadi isteri kepada seorang lagi budak Falah, Mohd Muzammil Soliheen. Maka semua anak menantu
Tuan Hj Said tadi adalah anak saudara Muzammil.
Jadi mereka semua bukan orang…
*************
Di Alor Ibus, lagi ramai bukan orang. Boleh dikatakan hampir semua keluarga
ada hubungan dan kaitan.
Lihatlah kes kecil ini:
[A] Sierra Nizam, Ahmad Nazri
dan Najib Hashim bukan
orang. Mereka saudara kandung.
Zairi |
[B] Abdul Khodir dan Mohd Zairi Md
Ariff bukan orang. Mereka dua
beradik.
[C] Ali, Mohd Zahir
dan Shahril Saad bukan
orang.Tiga beradik sedarah daging.
[D] Ustaz Lufi Amir, Ahmad
Thakiyuddin serta kembarnya Asri Abdullah
bukan orang.
[A] dan [B] dua pupu. [B] dan
[C] satu atau dua pupu. [A] anak saudara pupu [D]. [B] dan [C] juga mungkin
bertaraf begitu.Bayangkan hubungan mereka dan tuliskan cartanya.
Jangan lupa [D] dengan Salleh Hussin, bukan
orang. Demikian pula di antara Asri Hashim
dengan Tarmizi Abd Razak, anak saudaranya.
Pendek kata, Alor Ibus adalah hak
puak laghak
mereka!
Lebih melibang-libukan hati, [A]
mempunyai pertalian pula dengan Cikgu Non!
Tanpa mengira pertalian sebelah
ibu atau ayah, mereka tetap bukan orang!
Maka yang lain itu…
Hubungkan pula kumpulan bukan orang ini dengan kenyataan berikut:
Maliana |
Keliru?
Saya pun naik gormal ‘ni… meminjam kata Orang Kaya Bakar di dalam filem Keluarga 69.
*************
Di Kampung Permatang Ibus pula,
ada satu hubungan yang tidak kurang uniknya dan memerlukan lebih dua ratus
patah kata untuk menghuraikannya.
Hajah Sara Hj Saad, jiran
datuk saya, mempunyai beberapa orang anak. Tiga daripadanya mempunyai anak yang
belajar di AlFalah, di depan mata saya. Dari keluarga pertama, ada Mariam dan Ahmad Hj
Hashim. Dari keluarga kedua, ada Mokhtar, Zulkifli,
Rosli dan Zabuti
Basari. Dari keluarga ketiga, ada Ayob,
Hafizoh dan Rozinatun
Hanim Talib. Rosli Basari berkahwin
dengan Alina Abd Razak, kakak kepada Bafuri - dari Telok Bulang. Rozinatun Hanim pula kini menjadi isteri kepada Rosli Jasin, dari Permatang Bendahari, Seberang
Perai.
Hajah Sara mempunyai adik bernama
Haji Pendek. Lima dari beberapa anak Hj
Pendek mempunyai anak-anak yang belajar di AlFalah. Mashuki
Hj Ismail, Sharifah dan Zaini Hj Ishak, Suharnie
Hj Saad, Roslina Ramli serta Hazrina dan Hazlinda Abu
Hassan.
Cucu-cucu Hajah Sara tentulah sepupu sesama mereka. Cucu-cucu Haji Pendek juga sepupu di kalangan mereka.
Jadi, cucu-cucu Hajah Sara dengan cucu-cucu Haji Pendek merupakan dua pupu.
Maka mereka bukan orang!
*************
Roshadah dan Mohd Isa Saidin dari Kg Permatang Ibus, Kangkong. Anak saudara mereka, Fauziah dan Mohd Zaini Salleh dari Sungai Papan, Tebengau.
Norhayati dan
adiknya, Mohd Fauzi Ismail dari Kg Chegar,
Pendang. Takdir menemukan jodoh kakak mereka dengan ayah Roshadah/Mohd Isa merangkap datuk Fauziah/Mohd Zaini, iaitu Saidin
Abdul Rahman.
Dua keluarga berkenaan sudah menjadi
bukan orang.
Lima sepupu Saidin Abdul Rahman juga menghantar anak ke AlFalah.
Muncullah Zyuhirah dan Hafizah Aziz, Mohd
Zaini Azhari, Haslina Haron, Salmah Saad dan Ayob,
Hafizoh serta Rozinatun Hanim Talib.
Macam pernah jumpa tiga nama
terakhir – termasuk yang menjadi isteri Rosli Jasin
itu?
Memanglah. Mereka anak cucu Hajah
Sara. Talib Hj Elias anak Hajah Sara
berkahwin dengan Habsah Hj Ahmad, sepupu Saidin Abdul Rahman.
Mereka berada pada dua pokok keluarga. Malah mereka turut disertai oleh bapa
saudara sebelah ibu, Mohd Nasir Hj Ahmad. Di
sebelah ibunya sendiri pula, Mohd Nasir merupakan sepupu Ahmad Zawawi Hj Ali.Di sebelah bapanya, Mohd Nasir – bersama kakaknya, Habsah [menantu
Hajah Sara tadi] - adalah sepupu Saidin Abdul Rahman.
Anda boleh mencari atau menjumpai keluarganya yang lain…
Keliru?
Baca semula dan lakar dua pokok itu
sehingga anda akan mengaku bahawa memang mereka semua bukan
orang!
*************
Banyak lagi contoh lain. Ada di
antara bukan orang itu saya ketahui semenjak
mereka masih di AlFalah.
Misalnya, di antara salah seorang
kerani di AlFalah, Hajah Roselah Hj Ahmad
dengan anak-anak saudaranya Sabariah dan Sobri Muhammadan serta Siti
Nor dan Jamal Huri Bakar. Wira Islam dan kakaknya, Noraini
Othman, juga bukan orang, bersepupu pula dengan
Jamal Huri…
Anda boleh bayangkan siratan keluarga mereka!
*************
Difahamkan Cikgu Din dengan Norhafizah
dan Fahrulruzi Mohd Jusoh pun bukan orang. Demikian juga dengan Zul Majdi Hj Abd Hamid …
Malah kalau diselak ranting pokok keluarga,
Cikgu Din dengan Mohd
Nizam Nayan dari Tebengau, Sharifah Md Zain
dari Sungai Nonang, Mohd Shukor Salleh dan Rosli Mansor dari Alor Pulai, Zawawi Hj Ali dari Hujung Sematang serta Zahroni Omar bersama anak-anak abangnya, Mohamad –
termasuk Muniroh dan Umi – dari Kg Permatang Ibus, semuanya bukan
orang.
Barang diingat, Zawawi Hj Ali yang sama adalah pupu poyang Mohd
Nasir Hj Ahmad yang anak-anak saudaranya serta puak laghak mereka telah pun
panjang huraiannya di atas.
Bagaimana ranting itu terpecah
dan bercambah, kenalah rujuk sendiri kepada orang tua itu…
(Barang diingat juga Sharifah Md Zain berkahwin dengan Ku Mohd Badri Ku Saad dari Kg Pergam, manakala Muniroh Mohamad kini menjadi isteri Mohd Rosdi Azhari dari Alor Ibus. Ranting pun
makin bertambah…)
Keliru?
Aku pong!
*************
Ada juga hanya diketahui setelah
mereka bergelar bekas budak Falah.
Saiful Adly Hassan
berkahwin dengan Azura Ayub. Azura dan
adiknya, Abdul Hafiz yang berasal dari Kg
Perlis, Kangkong mempunyai sepupu, Abdul
Mutalib Mustaffa. Azura, Hafiz
dan Mutalib pula mempunyai bapa saudara pupu, Abdul
Halim dan Abdul Karim Bakar dari
Telok Bulang.
Saiful Adly Hassan dengan
tauke Ayam
Goreng Reny, Raini dan
adik-adiknya kembar Nor Ashikin – Abd Hamid Azemi
merupakan sepupu, bukan orang.
*************
Cukuplah kut….
Berselirat sungguh! Fening, 'kan?
Berdasarkan dapatan dan temuan
yang sempat saya catat di atas, timbul satu hal baru. Bukan
orang tersebut hanya merujuk kepada pertalian darah dan ikatan
kekeluargaan.
Bagaimana kalau kita kembangkan
sedikit – kita kaitkan dengan AlFalah.
Semua bekas guru dan bekas
pelajar AlFalah dijadikan satu kelompok besar BUKAN
ORANG. Misalkan, seorang pelajar tahun ’83 AlFalah, SPM 1988 [Suwita Don] terjumpa pelajar SPM tahun 2001
AlFalah [Mohd Nasir Hassan], mereka berdua bukan orang. Jika Cikgu
Abdur Rahim Daud [meninggalkan AlFalah pada penghujung dekad 80-an]
berjumpa dengan Cikgu Sharifah Ainon Syed Adnan
[muncul di AlFalah pada pertengahan dekad 90-an], mereka juga bukan orang.Maksudnya, bukan orang lain tetapi budak Falah juga,
atau orang Falah juga.
Alangkah indahnya jika diterima begitu.
Seluruh bekas warga AlFalah
menjadi satu komuniti besar. Tiada blok-blok sempit atau perbezaan kasta [seperti keturunan ayam belanda dengan
keturunan itik serati] yang dicipta
untuk dijadikan alasan jika tidak mahu bersatu.
Bayangkan: Budak Falah tahun ’88
menerima menantu. Kendurinya disertai sama budak Falah tahun ’99, yang tidak
pun saling mengenal secara peribadi, tetapi atas nama AlFalah, mereka menjadi bukan orang. Bagaimana berlakunya undangan
adalah satu cerita lain.
Bayangkan: Perjumpaan raya alumni
AlFalah tahun Masehi 2020. Kerana semangat semua budak Falah bukan orang, maka dari batch yang berbeza hampir dua
dekad sekali pun, tiada masalah untuk bergaul dan berkenal. Tidak akan muncul
alasan berbunyi:‘aku tidak mahu pergi kerana
majoritinya bukan aku kenal atau mengenali aku’…
Bayangkan: Seorang budak Falah
tahun ’86 sakit dan memerlukan bantuan. Sekumpulan budak Falah tahun ’96 duduk
berbincang untuk membantu ‘saudara’ tua itu semampu boleh sepertilah mereka
membantu bekas rakan sekelas yang juga sakit. Mereka semua bukan orang. Mereka puak laghak AlFalah…
Saya berfantasi?
Ya.
Tetapi banyak hal yang lebih
berat dan sulit bermula dan terhasil dari fantasi.
Apalah sangat untuk bersatu. Kita
hanya perlukan SATU hati. Buangkan betapa besar pun perbezaan. Ambil berapa
kecil pun persamaan. Maka yang tinggal nantinya hanyalah persamaan-persamaan.
Perjalanan beribu batu, kata
pepatah puak
laghak orang yang menyambut tahun baru pada 31 Januari 2014, bermula
dengan langkah pertama.
Siapakah yang sudi dan sanggup memulakan
langkah itu?
Terbaru:
Seorang rakan fb dalam grup Alumni AlFalah, Noraini Daud Nani, memaklumkan pada hari keluarnya entri ini bahawa ada tiga lagi bukan orang di kalangan budak Falah: Norazizah, Noraini dan Ahmad Sibil Daud.
Barulah saya tahu. Dan baru teringat akan Ahmad Sibil itu yang selalu saya usik dengan nama Sibilisasi [Civilisation]. Apa cerita gamaknya dia sekarang?
Terbaru:
Seorang rakan fb dalam grup Alumni AlFalah, Noraini Daud Nani, memaklumkan pada hari keluarnya entri ini bahawa ada tiga lagi bukan orang di kalangan budak Falah: Norazizah, Noraini dan Ahmad Sibil Daud.
Barulah saya tahu. Dan baru teringat akan Ahmad Sibil itu yang selalu saya usik dengan nama Sibilisasi [Civilisation]. Apa cerita gamaknya dia sekarang?
1 comment:
Bukan beruang la
Post a Comment