17 March 2015

Tiada Lagi Ucapan Sayang - Noor Ashikin

Tak sengaja saya lintasi satu blog tentang album lagu-lagu Melayu. Lama dan baru.

Tak sengaja saya terpandang satu entri.

Saya hadami.


NOOR ASHIKINAda sebuah lagu dari album seorang penyanyi wanita [remaja]. Noor Ashikin namanya. Khabarnya orang Temasik. Tidak pernah saya tahu adanya album itu [terbitan tahun 1990] walaupun jarang tertinggal ruangan hiburan dari pembacaan akhbar setiap hari.

Khabarnya [dari satu blog lain] itulah album tunggal Noor Ashikin, penyanyi yang dikatakan memiliki penampilan seperti penyanyi Fauziah Latif pada peringkat awal kemunculan.

Ada peluang mendengar lagu yang menjadi tajuk album berkenaan di dalam blog tersebut, namun saya memilih menonton dari Youtube.


Suara Noor Ashikin biasa-biasa sahaja pada telinga saya...

Tetapi saya hadami lirik Tiada Lagi Ucapan Sayang tulisan Haron Abdul Majid dari lagu ciptaan Joe Salim - kedua-duanya dari Kota Singa.

TIADA LAGI UCAPAN SAYANG

Kerana marah kau turutkan hati
Kesilapanku yang kecil kau jadikan punca
Sehingga tergamak kau melangkah pergi
Tidak kau peduli ku terluka

Tak sempat aku beri penjelasan
Terburu-buru kau ingin putuskan hubungan
Tak berdaya ku tolak keputusanmu
Kalau kau tak sayang pada ku

* Namun hati ku tak henti berdoa
Akan sedarlah kau hendaknya
Sama kita melupakan detik-detik kesilapan
Yang menjadi angkara perpisahan

Ulang *

Alangkah remuk perasaan ini
Sekiranya engkau pergi tak kembali lagi
Sepilah hidup ku merindu seorang
Tiada lagi ucapan sayang

Liriknya begitu menyentuh. Hampir 95% seiras apa yang saya bayangkan berlaku kepada satu grup WhatsApp bekas penuntut AlFalah yang sudi mengundang saya menyertai, serta pada grup fb Alumni AlFalah, yang secara tidak rasmi dinamakan saya sebagai salah seorang adminnya...

Ya.

Ahli grup datang. Ada yang kemudiannya pergi. Pergi bersama alasan dan sebab tersendiri. Itu perkara biasa di dalam mana-mana grup. Berlaku di dalam mana-mana komuniti ...dan parti.....

Namun, ada satu dua kes terkait, khabarnya, dengan saya. Jika benar, apalah daya saya. Tiada peluang untuk saya mengetahui puncanya. Ada punca yang sampai dari angin lalu, tidak pula saya berkesempatan menghuraikannya atau membuat penjelasan...

Nampaknya, makin kukuh apa yang saya dengar dan faham selama ini: Tidak mungkin  - betapa pun mencuba - kita dapat memuaskan hati setiap orang.

Semoga pintu sentiasa terbuka...

Dan melaui pintu itu, siapa tahu, suatu masa saya sendiri akan keluar....

1 comment:

wiraosman said...

Pergi xkembali
Itu pasti