Kenduri di AlFalah.
Perkahwinan Ahmad Munif Hj Sehabudin.
Cucu Maklong/Maklang.
Kali kedua pasangan Hj Sehabudin Hj Azizan dan Hjh Zubaidah Zakaria menerima menantu.
Munif adalah generasi terakhir budak Falah, sebelum ditutup pada tahun 2002. Saya tidak sempat menjadi salah seorang gurunya...atau dia tidak sempat berguru dengan saya... Pilih yang mana sesuai.
Kenduri kecil, kata Maklang. Buat sikit-sikit, kata Maklong. Allah...panggilan tak ramai, kata Hj Sehabudin.
Namun barang diingat, kecil, sikit-sikit dan tak ramai itu semuanya bersifat subjektif....
Saya bukan terawal bertandang tetapi boleh dikategorikan sebagai dari kumpulan awal. Pukul 12.30 sudah berada di meja makan.
Makan pun tidaklah banyak. Tidak banyak itu juga subjektif...ingat itu!
Menunya tidak perlulah saya catat, kan?
Suasana majlis pun tidak perlulah saya tulis, ya?
Saya cuma seronok untuk berjumpa dengan seberapa ramai BF. Itu niat saya. Tidaklah saya tahu berapa ramai BF yang diundang. Saya hanya sempat maklumkan sedikit tentang undangan yang diwakilkan kepasa saya di dalam satu grup WhatsApp.
Masuk ke bawah khemah, saya bertemu Cikgu Ahmad Amminy Hj Azizan. Bekas guru Falah seusia saaya itu, tidak banyak berubah fizikalnya berbanding dahulu. Cuma rambut sengaja diputihkan sesuai dengan peredaran masa....
Saya nampak Jauhar Amir Jamluddin dan sepupunya, Mohd Kamarul Yusof. Mereka adalah anak saudara Maklang. Sempat mengelik wajah matang mereka dengan Jauhar sudah menjangkakan akan ada foto mereka di laman fb alumni AlFalah.
Saya nampak kehadiran Ustaz Fairose Hj Azizan. Tergesa-gesa kerana baru selesai tugas di Pulau Pinang. Fizikalnya tidak banyak berubah kecuali di bahgian perut, namun belum mampu menjadi saingan saya...
Saya nampak kehadiran Cikgu Siti Khadijah Othman bersama anak bongsunya.
Saya nampak kemunculan Zamri Zain sekeluarga, termasuk adiknya Zarina Zain.
Saya nampak Mohd Hizamy Hj Azizan melayan tetamu dan sekali duduk di meja bersebelahan saya. Bapa saudara pengantin lelaki itu kelihatan sihat wal afiat.
Saya nampak kehadiran Md Rautin Md Desa dan isteri serta tiga anaknya.
Saya nampak kemunculan solo Elyas Hj Awang.
Saya nampak Ustazah Asiah Hj Ismail yang datang bersama suaminya.
Saya nampak kehadiran Mariam Ismail serta tiga anaknya, diiringi juga oleh Sabariah Muhammadan.
Saya nampak Nur Suhairah Hj Sehabudin yang sentiasa sibuk - melihat perjalanan perkahwinan adik lelakinya itu.
Saya nampak Zahari Zakaria, bapa saudara pengantin. Sempat berbual lama.
Saya nampak adik saya sendiri, Norhafizah Mohd Jusoh, serta empat adik lain berderet masuk ke khemah dan nampak sewaktu mereka pulang.
Saya nampak beberapa lagi BF dari kawasan berdekatan - Kg Perlis dan Kg Permatang Ibus.
Saya nampak kedatangan Rosli Jasin bersama isterinya Rozinatun Hanim Talib serta keluarga - termasuk Makcik Besah, pembuat aiskrim Malaysia berharga sekupang yang begitu dekat di hati BF dahulu...
[Kebanyakan BF bertanyakan tentang Cikgu Non, mungkin merujuk kerapnya saya ke sesuatu tempat bersama sahabat dan jiran itu. Saya tidak tahu kerana tidak diwakilkan saya menjemputnya. Lalu saya tanyakan kepada tuan rumah. Katanya undangan untuk Cikgu Non telah disalurkan melalui Ustaz Zahari. Itulah pula yang saya maklumkan kepada sesiapa yang bertanya kemudiannya. Mungkin Cikgu Non akan muncul lewat sedikit].
Saya nampak kehadiran Cikgu Hj Ahmad Faisal Abdul Hamid. Sempat berbual juga. Dia membawa samatua, anak dan bondanya.
Saya nampak Ustazah Bushro Md Akhir berbual dengan suaminya, Ustaz Ahmad Fairose, di bawah khemah ketika tetamu agak reda.
Saya nampak mereka semua. Nampak dan mengelik wajah setiap seorang yang terkait - lama atau singkat - dengan AlFalah itu. Mengelik secara berdepan atau secara 'curi' sepanjang berada di majlis tersebut.
Kemudian, saya temani Md Rautin sekeluarga dan Elyas ke Kg Hj Jamal - menziarahi Cikgu Abdur Rahim Daud yang sedang diuji dengan kemerosotan kesihatan....
Ketika berbual di situ, mencuba untuk mengelik pertemuan dua BF dari Gajah Mati itu dengan Cikgu Rahim, saya hampa. Aplikasi kamera pada telefon saya tidak mahu berfungsi.
Saya belek hasil klikan di rumah kenduri tadi.
Hampa.
Amukan mengelik tadi tidak lebih dari aksi sia-sia. Hanya ada tiga empat foto, yang lainnya hanya hitam, gelap. Tiada yang tidak hitam, gelap melainkan hitam, gelap semata-mata.
Saya betul-betul hampa. Entah di mana silapnya. Terlalu jauh dari khatam rupanya saya mengendalikan aplikasi itu.....
Maka saya luahkan kehampaan di sini......
Mujur ada dua keping foto yang Zamri klik - adalkah wajah saya bersama Ustaz Fairose dan abangnya, Ahmad Amminy...
Maaf, BF, terutama nama-nama yang saya merahkan di atas......
Tiada rezeki menyimpan foto sebahagian BF yang memang sukar ditemui di tempat lain...
Apo nak dikato...
1 comment:
Tiada kelibat nayan
Post a Comment