8 November 2014

Dua Dekad Lebih...





Ada dua foto yang dimuatkan di laman fb grup Alumn AlFalah yang begitu meruntun jiwa saya.

Tertanya-tanya juga di manakah lokasi foto itu diklik?
Kenapa tiada muka saya sama?

Soalan pertama tidak pun terjawab, hatta oleh si penaik foto ke arkib fb…
Soalan kedua, saya tahu jawapannya: saya bukan anggota dalam rombongan itu…

Seingat saya, ada banyak kali juga sepanjang di AlFalah, saya tidak ikut dalam rombongan sempena cuti awal atau akhir tahun.

Yang sempat saya ingat ketika ini adalah satu lawatan yang diuruskan oleh Cikgu Siti Khadijah ke RTM Alor Setar, Kilang Sime Tyres Mergong dan UUM Sintok. Keduanya ketika lawatan BF ke Pantai Timor, disertai sama oleh Cikgu Mohd Zainon. Ketiga, lawatan sekitar Kedah juga, termasuk Kilang Kicap Mudim di Tobiar dan kilang roti. Keempat, satu lawatan ke Pulau Pinang, antaranya ke pejabat CAP [Persatuan Pengguna Pulau Pinang] yang terkenal itu.

Sebab-sebab saya tidak menyertai BF dalam beberapa kali rombongan itu, pelbagai. Tidak perlulah saya catatkan, tetapi perlu ditekankan bukan kerana tiada cukup wang tambang sebab selalunya dalam rombongan bukan saja saya mendapat tempat duduk, malah makan minum juga, dengan izin, secara cemey…..FOC… Asalkan cek mau pi saja…..

Tapi akan rombongan yang satu ini, saya benar-benar terlupa, kenapa saya tidak ikut sama…. Lama mencari jawaban, namun akhirnya saya mengalah: saya memang tidak tahu dan tidak ingat.

Minggu lepas, ketika membelek beberapa gumplan kertas usang, saya terjumpa satu fail perang bertulis di luarnya LAWATAN 93-94-95-96. Empat tahun kalau mengikut catatan di kulit itu, namun yang ada hanya satu kes sahaja. Kes tahun 1993. Agaknya yang lain telah tercicir di mana-mana…

1993. Tahun genapnya sedekad saya mengajar di AlFalah.
1993. Dua puluh satu tahun dahulu…

Saya pun mendasarkan dua foto berkenaan dengan senarai nama ahli rombongan yang ada di tangan saya.

Sah.

Inilah rombongan yang ke Melaka/Kuala Lumpur pada bulan November 1993.

Mengikut catatan kasar [mungkin hasil mesyuarat penganjur] yang saya jumpai:
Bertolak pada hari Ahad malam Isnin ke Melaka. Siangnya dihabiskan di negeri Tun Tuah itu.
Malamnya bertolak ke KL. Siang Selasa, ada dua tempat lawatan utama: Kilang Proton dan Bangunan Parlimen.
Bermalam di KL. Siang Rabu, ada pula dua tempat lawatan utama: Pejabat akhbar Utusan dan Bukit Cerakah.

Malamnya, bertolak balik…..

Tidak pastilah samada betul semua tempat lawatan utama itu dikunjungi. Tanyalah kepada anggota rombongan tersebut yang semuanya masih hidup…

Cuma saya boleh bayangkan – berdasarkan pula pada pengalaman peribadi semasa menyertai mana-mana rombongan BF – riuhnya suasana di kawasan sekolah dan asrama pada malam bertolak itu [Isnin 8 November]. Betapa terasa lambatnya bas datang. Betapa masing-masing berkali-kali membelek beg yang mahu dibawa. Betapa sesekali masing-masing meraba/memegang dompet untuk meyakinkan ia berada di tempat selayaknya. Betapa sesekali pula melihat ke arah jalanraya, kalau-kalau ternampak sosok bas, nun di sebelah bangsal menunggu bas…

Saya boleh juga membayangkan riuhnya otai AlFalah, Md Rautin, semenjak petang, sehingga waktu menunggu, dan lebih-lebih lagi setelah ternampak kelibat bas yang disewa sudah berhenti di tepi bangsal menunggu itu. Berjalanlah dengan bersemangat semua ahli rombongan, dari kawasan sekolah ke jalan raya… Jalan tar mini sepanjang lebih 100 meter menjadi saksi bisu keriuhan suara di celah-celah langkahan setiap ahli…

Boleh dibayangkan pula bagaimana suara riuh di dalam bas itu masih kedengaran dari bangsal menunggu meski pun bas sudah 100 meter bergerak ke selatan…

Tetapi saya tidak dapat membayangkan di manakah saya pada ketika itu…


9 November 1993. Selasa.

Di Melaka,  mereka mungkin ke banyak tempat bersejarah dalam lawatan sehari suntuk itu. Mungkin ke muzium, dan pasti pula melintasi – kalaupun tidak menyinggahi – beberapa monumen tinggalan Belanda seperti yang sering ada di dalam buku sejarah….

Berdasarkan resit yang masih elok tersimpan, TIGA tempat lain yang mereka kunjungi adalah terletak di Ayer Keroh: Taman Buaya Melaka, Taman Mini Malaysia/ASEAN dan Taman Rama-Rama & Muzium.
Taman Buaya dan Taman Mini itu setiap satu mengenakan bayaran $3.00 bagi setiap pelawat. 38 orang memasuki Taman Buaya tetapi hanya 35 orang yang memasuki Taman Mini. Apa sebabnya terjadi perbezaan itu, tidaklah saya tahu…

Malamnya mereka bertolak ke KL. Tidak pasti di mana mereka menginap selama dua malam di bandaraya itu. Ada tertulis Asrama Belia – Wisma Century pada kertas catatan kasar tadi, tapi yang sahihnya kenalah sekali lagi dirujuk kepada anggota rombongan. Itu pun jika mereka masih ingat…

10 November 1993. Rabu.

Tentulah banyak tempat yang mereka lawati seharian itu.

Yang sahih, sekali lagi berdasarkan kertas yang tersimpan, mereka melawat Bukit Cerakah, maksudnya Taman Pertanian Malaysia [nama lainnya:Taman Pertanian Seri Cahaya Alam].

Ada satu MEMO bertulisan tangan yang kepalanya bertulis Taman Pertanian Malaysia.

Kepada: Semua Kaunter
Daripada: Faridah Lani
10/11/93
 
Rombongan Sek. Men. Agama Al Falah ini dikecualikan dari bayaran masuk. Rumah Iklim dan Jambatan Gantung kerana dikelolakan oleh YB Menteri Pertanian’
Sekian. Terima kasih.

Faridah Lani
[Tanda tangan dan cop pengirim]
b.p Pengurus
Taman Pertanian Malaysia

[Tandatangan dan cop penerima]
Moahmad Joha Md Palal
Timbalan Pengurus
Unit Taman Pertanian Malaysia
(Kementerian Pertanian)

Pengecualian bayaran masuk itu berkait dengan sepucuk surat kepada Menteri Pertanian [kalau tidak silap ketika itu Dato’ Seri Sanusi Junid] yang dihantar oleh Ustaz Ahmad Fairose yang terutamanya memohon tempat penginapan rombongan semasa di KL.

11 November 1993. Khamis.

Ada dua surat jawapan yang membolehkan rombongan membuat lawatan rasmi: Angkasapuri dan Bangunan Parlimen.
 
Surat dari RTM, Angkasapuri menyebut tarikh diizinkan melawat adalah 11 November 1993, jam 8.30 pagi. Manakala surat dari Parlimen Malaysia pula memberikan tarikh yang sama, tetapi pada jam 2.30 petang.

Tidak bertembunglah jadualnya dan sudah tentulah mereka boleh pergi kedua-dua tempat yang terkenal itu. Menurut surat dari Parlimen Malaysia, Dewan Rakyat/Dewan Negara kebetulan sedang bersidang pada tarikh berkenaan. Disertakan juga satu pas bagi kegunaan rombongan.

Entahlah, siapa di antara 42 ahli rombongan yang masih mengingati hari-hari yang mereka pernah lalui itu. Mungkin ada episod indah yang sentiasa dikenang…

 Inilah senarai yang menaiki bas pada malam 8 November 1993 itu:
1.                   En. Ahmad Fairose bin Haji Azizan
2.                 En. Abdul Rahman bin Abdul Samad
3.                 En. Mohd Fuzi bin Din
4.                 Pn. Rodziah bt Ahmad
5.                  Pn. Busro bt Md Akhir
6.                 Pn. Roselah bt Haji Ahmad
7.                  Cik Hasnah Zaini bt Haji Nawawi
8.                 Cik Rohana bt Abdul Hamid
9.                 Rosli bin Jasin
10.      Fahrulruzi bin Mohd Jusoh
11.         Md Rautin bin Mohd Desa
12.       Ramli bin Mohamad
13.       Mohd Sobri bin Muhamadan
14.       Muzamil Solihen bin Musa
15.     Mohd Nazir bin Saad
16.       Mohd Shahril bin Saad
17.        Zamri bin Zain
18.       Mohd Hafizi bin Abdul Manaf
19.       Mohd Yusri bin Harun
20.     Zulkifli bin Shamsudin
21.       Ku Hasnizam bin Ku Abdul Hamid
22.   Mohd Nasir bin Idris
23.      Mohd Jefri bin Daut
24.      Mohd Fauzi bin Osman
25.      Siti Nor bt Bakar
26.      Sabariah bt Muhamadan
27.      Farihah bt Abdullah
28.     Mazliana bt Mohd Fazi
29.      Zabarina bt Ahmad
30.     Mazlina bt Saad
31.       Zuraini bt Ibrahim
32.      Mariam bt Ismail
33.   Shariza bt Abdul Rashid
34.      Rozinatun Hanim bt Talib
35.   Siti Marhamah bt Abdul Hamid
36.  Noraini bt Ismail
37.    Halimaton bt Abdul Karim
38.     Zarini bt Omar
39.      Hafizah bt Aziz
40.     Norazimah bt Ahmad
41.       Rohayu bt Abdul Ghani
42.  Siti Zuraida bt Jamaludin


Hanya seorang di dalam senarai di atas, tidak saya kenali. En. Mohd Fuzi bin Din. Yang pasti dia bukanlah guru AlFalah.Dia mungkin pemandu bas rombongan. [Ada pembetulan: En. Fauzi adalah suami kepada Roselah Hj Ahmad. Terima kasih untuk Sab Sabariah dan Aina Maya - ed] Ada seorang lagi yang bukan guru AlFalah – En. Abdul Rahman bin Abdul Samad. Dia adalah suami kepada Ustazah Rodziah bt Ahmad. Selain samatuanya merupakan guru AlFalah, sahabat saya ini yang dipanggil Bang Man [atau Paklong Man oleh BF] adalah tauke kantin AlFalah selama hampir dua dekad. Pasangan ini membawa sama tiga anak mereka menyertai rombongan.

Saya mengenali semua BF di dalam senarai itu dan mengetahui di mana mereka menetap, kecuali yang nama mereka berhuruf tebal dan condong….

Mereka kini bertebaran di seluruh Tanah Semenanjung…

Seperti minggu lepas sahaja acara itu berlaku…..

Sedar-sedar, BF yang berusia enam belas tahun, misalnya, di atas bas tersebut, kini telah berusia tiga puluh tujuh tahun.

Sedar-sedar, BF yang dulunya merengek meminta izin dan dana dari emak ayah, kini sedang direngek diberi izin dan dana sebagai emak ayah…

Dua puluh satu tahun telah berlalu.

Genap pada minggu ini.



Tidakkah ahli rombongan itu masih mengingati lawatan tersebut walau secarik ?.......

1 comment:

Unknown said...

Masih igt lg..tambahan pula jatuh pada hari ulangtahun sy....segala kenangan tetap menjadi rinduan...