Petang muda, hari itu, Isnin, 23 Februari, cukup terik. Seperti
yang dimaklumkan, suhu siang hari mencecah kepada 38 darjah Celsius. Fenomena
Ekuinoks, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.
Saya sedang membaca sejarah. Semalam ulang tahun lebih dua dekad
berpulangnya bintang seni yang tidak ada duanya, Sudirman Hj Arshad ke
rahmatullah. Semua yang mengikuti siatan tv dan radio serta melayari internet
maklum tentang itu.
Namun saya membaca sejarah yang berlaku empat tahun sebelum
kelahiran Sudir. Hari itu, 65 tahun dahulu. Peristiwa Bukit Kepong.
Sayu membaca keseluruhan episod. Tentang sebahagian komunis itu
terdiri dari orang Melayu. Terbayang betapa ada polis dibakar hidup-hidup, saya
hubungkan bahawa zaman ini pun babak itu berlaku di sebuah dua negara Arab....
Sedang tenggelam dalam lipatan sejarah itu, saya dikejutkan oleh
panggilan seorang budak Falah.
Lebih dua dekad tidak bertemu, dia yang mendapat nombor telefon
saya daripada seorang rakan sekelasnya dahulu, mengajak saya bertemu di satu
tempat pilihan - Restoran Dinalang - tempat terjualnya ais salji dengan resipi
warisan tiga generasi...
Apa pilihan saya?
Saya teruja.
Saya sampai di restoran tersebut pada jam 2.25.
Pelanggan memenuhi segenap
meja...hampir...Semuanya samada sedang menghirup ais atau penemannya - bihun
sup - atau melihat ke arah pembuat ais salju. Beza di antara dua golongan itu
amat ketara. Yang satu berwajah jernih manakala yang satu lagi macam menyinga kalau
pun bukan merimau....
Bergerak ke depan kedai, di belakang kiosk laksa, saya
mengeluarkan telefon untuk bertanya di mana dia ketika itu. Dalam perbualan
berbalut ajakan tadi, katanya dia telah pun berada di pekan Simpang Empat.
Masakan masih tidak sampai ke kedai itu yang memang terletak di jantung Simpang
Empat.
Setelah menekan butang, meletakkan telefon ke cuping telinga,
mendengar nada dail, saya mendongak. Dalam sepintas mata menerawang ke seluruh
kedai, saya terkesan ada lambaian dari seorang yang berdiri, di tepi meja
paling belakang, berhampiran kiosk nasi ayam. Di sisinya ada tiga kelibat lain,
seorang wanita sebayanya dan dua anak yang pastinya belum ada kad pengenalan
kekal.
Sah.
Itulah dia. Wajah masih dapat dicam tetapi saiz badan, maaflah.
Saya menghampirinya.
Tanpa mempedulikan orang dia menyalam dan memeluk saya. Selain
dari segan dengan beberapa pasang mata yang memerhati, termasuk puan kedai,
anak arwah Jamaluddin Alang, saya terpaksa mengawasi dari bersentuhan pipi.
Eee. lain macam apa bila melihat jambangnya yang mahu menyinggahi pipi ini....
Dia menarik satu kerusi dari meja bersebelahan, setelah bertanya
peghuni meja itu, lalu mempersilakan saya duduk. Mula-mula diperkenalkan
isterinya, seorang guru berasal dari Melaka. Kemudian diperkenalkan pula dua
anaknya, masing masing berusia 11 tahun [perempuan] dan 8 tahun [bukan
perempuan].
Setelah itu barulah diperkenalkan saya kepada ahli keluarganya
itu.
Saya hanya mampu tersengih apabila diceritakan tentang kerjabuat saya di sekolah dan
lebih-lebih lagi di asrama Alfalah, pada peringkat awal penjenamaan semula
dahulu… Antaranya tentang cengeynya,
tentang leteran sehabis prep, tentang
ulang-alik membeli barang runcit dan…
Allah cek…..
Dia meminta sepiring ais kacang salji untuk saya apabila pesanan
awal untuk mereka diletakkan di hadapan kami.
Sehingga timbunan ais yang dikisar halus itu meruntuh di dalam
piring masing-masing, mereka tidak pun menyentuhnya. Mahu tunggu pesanan untuk
saya sampai gamaknya. Dia mempelawa saya menyapa bihun sup atau nasi ayam atau
laksa. Saya menolak. Baru sangat perut ini menerima nasi berlaukkan gulai
temenung yang samatua sediakan….
Sambil itu dia terus berceloteh, hampir sendirian. Keluarganya dan
saya menjadi pendengar. Dia berkisah tentang zaman perFalahan serta selepasnya
…hinggalah berkahwin dan beranak pinak…Seperti saya dahulu, empat lima tahun
berkahwin, barulah dikurniakan anak sulung…tambah pula berkahwin pada hujung
dekad kedua hayat…
Kini tinggal di sebuah daerah di negeri berjiran
dengan Kedah. Bertugas dan mungkin menetap terus di situ. Mereka berada di
Simpang Empat kerana baru balik menziarahi iparnya yang dirawat di Hospital
Sultanan Bahiyah, akibat kemalangan jalanraya dua tiga hari sebelum itu.
Setelah ais untuk saya sampai, barulah masing-masing
menyuap. Nasi ayam dihantar kemudiannya. Berselera anak-anaknya makan. Dituang
semua sos, kicap, digaul sekali….
Isterinya mengeluarkan telefon. Mengelik dua tiga
kali, termasuk wajah saya. Cikgu itu tergelak apabila saya tanyakan nama akaun
facebooknya. Sahih termuat di situ, saya menebak…
Teringat sesuatu, ketika sekeluarga itu bertumpu
pada nasi ayam dan ais kacang, saya pula mengeluarkan telefon dari poket baju.
Mencari aplikasi kamera.
Tiba-tiba ada tangan menggawang. Tangan budak Falah
itulah.
“Tolong, cikgu…” kata budak Falah itu, “jangan rakam
muka saya…”
“Awat pulak?”Tanya saya, “bahan untuk arkib ni…”
“Tolong cikgu…”katanya lagi, “ cikgu nak tulis dalam
blog juga ka…?”
“Tengokla macam mana…”balas saya, “ kalau cukup
bahan, ilham pula mai…”
Saya tersengih. Teringat seorang dua budak Falah
yang sering berkata “ tu dok pikiaq nak tulis apa pulak…” setiap kali saya
hanya diam memerhati dan mendengar perbualan. Yang mereka tidak tahu ialah jika
tiada ilham, bahan sebaik mana pun tidak akan menghasilkan sebuah entri…
“Tu yang saya tak bagi cikgu ambik gambaq saya…”kata
budak Falah di depan saya itu.
“Awat?”
“Saya nak menangis!”katanya selamba.
Pulak…
Dia bercerita tentang blog ini yang mula dibacanya
bersama isteri sejak pertengahan tahun 2013. Bulan Ramadan. Dia cukup terkesan
dengan cerita-cerita sekitar asrama AlFalah.
Dan paling terkesan adalah dua entri tentang ais kacang
salji!
“Awat?”Tanya saya.
Dia memandang kiri kanan. Anak-anak dan isterinya memandang
ke wajah ketua keluarga mereka itu. Saya juga mulanya memandang kiri kanan
mengikut arah pemerhatiannya, kemudian merenung tepat ke wajahnya. Ais kacang
pada piring kami hampir habis dicedok…
“Ada cerita…”kata budak Falah itu separuh berbisik sambil
sedikit menunduk ke piring ais kacangnya.
Saya menunggu. Moga adalah bahan untuk blog ini.
Anak isterinya juga menunggu.
Dia pun membuka cerita.
Aduh bagaimana mahu saya tuliskan kembali ceritanya itu?
Mencari sudut bercerita semula inilah yang membuatkan lebih
seminggu entri tentang ini tertangguh dan tergantung di skrin komputer. Siapa
biasa tulis blog tahulah keperitan yang nikmat ini….
Dia dari keluarga susah. Macam kebanyakan budak Falah lain
yang tinggal di asrama. Dua minggu sekali, ketika datang semula, setelah dua
hari bercuti di kampung, diabawa siap beras dan ikan kering atau bawang cabai
serba sedikit. Duit tunai jarang melebihi dua puluh ringgit bagi dua minggu.
Sehelai duit merah, sepuluh ringgit, dan bakinya samada duit kertas seringgit
enam tujuh keping atau duit kertas lima ringgit sekeping bersama beberapa
keping duit syiling…
Keadaan itu mengajarnya berjimat sedapat mungkin. Nasi lemak
di kantin jarang dibeli. Kuih pun kadang-kadang. Dia mahu kenyang dengan
masakan sendiri sebaik balik dari sekolah. Nasi bersama gorengan ikan, serta
gorengan hirisan bawang merah serta sedikit potongan cabai kering. Kadang kala
ada kuah. Kadang-kala. Kalau sempat dan mampu membeli ikan segar [kembung,
tamban atau selayang] dari PakDan, penjual ikan dan sayur yang datang sekitar
waktu rehat sekolah, bertenggek di tepi pagar berdekatan rumah Maklong/Maklang.
Makan malam – petang, sebenarnya – itulah juga. Sesekali ada
kenduri arwah di rumah penduduk kampung sekitar Falah, dapatlah merasa sedikit
kemewahan.
Dia tidak boleh sesenang seorang dua rakan lain yang di
samping agak tebal duit belanja, ada pula kakak sendiri di asrama puteri yang
tolong masakkan, basuh pakaian atau seumpamanya. Dia sebatang kara. Semua dibuat
dan diusahakan sendiri.
Dia perlu berjimat. Paling ditakuti tiada duit tambang pada
minggu yang sepatutnya budak asrama balik ke kampung. Dua kali bertukar bas
pula.
Dengan keadaan itulah dia amat jarang membeli aiskrim
Malaysia yang hampir semua budak asrama gonggong pada setiap petang. Dibeli
dari rumah Makcik Besah, lima ratus meter dari pagar asrama/sekolah. Kalau
keinginan ada, dia bergilir hari dengan seorang rakan sedarjat membeli ais itu.
Meski sebatang sekupang -10 sen – bukan selalu mereka berkongsi begitu.
Kadangkala. Seorang sekerat aiskrim, dapatlah digonggong semasa ke padang
permainan atau ke bilik air…
Ais kacang?
Tidak pernah
dibelinya, apa lagi menjamah. Sehinggalah di tingkatan tiga. Itu pun setelah
dibawa oleh seorang guru, pada satu petang. ketika selesai peperiksaan SRP
[Sijil Rendah Pelajaran].
Sebelum itu, keinginan memang ada tetapi apa daya…
Seingatnya, tidak pernah sekali pun ada rakan yang mempelawa
walau sesudu…
Dia masih sangat ingat, semasa di tingkatan Dua [tiga tahun di
AlFalah, termasuk setahun di kelas Peralihan], ada satu acara perpisahan
seorang guru – Cikgu Zarina Abu Bakar. Seorang guru membeli sekitar sepuluh bungkus
ais kacang di Simpang Empat itu, sebagai satu juadah untuk digandingkan dengan
makanan dan minuman lain –termasuk air kelapa muda. Semua ais kacang itu
dimasukkan ke dalam satu besen besar. Dia nampak itu, berharap dapat ikut
menikmatinya pada di dalam majlis nanti.
Malangnya, harapan itu tidak kesampaian. Dia diminta oleh
seorang guru membantu menyediakan air kelapa di bangunan surau, berdekatan
tangganya. Kelapa muda itu diperolehi dari pokok berdekatan surau, di dalam
serumpunan pisang, berhampiran sebuah telaga buruk…
Ketika acara berlansung di dewan muhadhoroh di bangunan
melintang menghadap matahari naik dan jatuh itu, dia sibuk membantu seorang
guru itu. Tidak sempat didengar ucapan mana-mana pelajar dan guru, termasuk yang diraikan, Cikgu Zarina.
Hanya kemudian dua pelajar perempuan datang memberitahu
acara makan akan bermula dan meminta air kelapa dihantar ke dewan. Dia bersama
guru itu membawa dua timba air kelapa bersama isi lembutnya ke tepi dewan,
disambut oleh beberapa pelajar perempuan yang mengadunkan bersama air gula dan
ketulan ais, sebelum dimasukkan ke dalam beberapa jag.
Acara makan-makan akan bermula. Pelajar Alfalah dan
guru-guru telah bersedia. Dia ingin ikut serta tetapi guru tadi mengajaknya
terlebih dahulu menukar baju di asrama. Bajunya dan baju guru itu telah kotor
terkena percikan air kulit kelapa muda yang bukan mudah mahu dicuci kelak. Dia
menurut. Guru itu, yang juga warden asrama, memberinya sehelai kemeja-t tanpa
kolar. Dia menyarungnya.
Ketika mereka ke dewan, acara sedang rancak. Tetapi mahu dipendekkan,
ais kacang di dalam besen telah habis…
Dia menelan liur…
Cikgu Zarina bertukar ke Merbok. Bertukar posisi dengan Cikgu Alhamidi Che Mat.
Dia ikut bersedih. Namun lebih sedih, pada hari itu, ais
kacang yang amat dihajati tidak diperoleh.
Ketika membantu kawan-kawan terutama seniornya mengemas
dewan, dia menjumpai bekas plastik berisi ais tadi semuanya tersorok di bawah
salah satu meja pelajar yang disusunkembar menjadi meja panjang. Dia melihat
pada setiap bungkusan itu ada lebihan ais yang telah mencair dan tidak sejuk
lagi. Ada juga sedikit lebihan kacang hitam terlekat.
Dia capai semua bekas itu. Dia tuangkan setiap satu ke dalam
satu gelas – entah bekas bibir siapa. Ada dua senior perempuan memerhati.
“Tak baik membazir..”katanya, tersengih, walaupun dua senior itu tidak
bertanya apa-apa.
Hasilnya….separuh gelas ais kacang…memang ada kacangnya. Air
berwarna hampir merah jambu itu dibawanya ke belakang dewan. Berhampiran pagar
sekolah. Tiada sesiapa yang ditemuinya di situ. Bersaksikan pokok kelima besar
di luar pagar bersebelahan jalan mini kampung, dia meneguk bekas ais kacang
itu.
Air matanya jatuh…
“Boleh jadi bahan blog dak, cikgu?”Tanya budak Falah di
depan saya. Saya tersentak.Kami masih di Restoran Dinalang…..
“Boleh…boleh…”kata saya. Tidaklah tahu jawapan itu untuk
apa. Saya melihat wajah budak Falah itu. Ada genangan di matanya. Tapi dia
tersenyum. Puas agaknya dapat bercerita di depan saya dan anak isterinya.
“Pasai tu saya minta sangat cikgu jangan ambik gambar saya, “katanya,”
dan kalau jadi…jangan mention nama
saya…”
Saya tersengih. Ya. Ini rahsia kami…
“Cikgu Zarina dok mana la ni?” Tanyanya pula.
Saya memang tidak tahu. Ada seorang BF pernah berjumpanya di
KL lama dahulu. Khabarnya ketika itu menjadi pegawai bank. Entahlah. Setakat
itulah juga yang saya beritahukan kepada Budak Falah di depan saya.
“Cikgu tau siapa guru yang memproses ayaq kelapa muda di
surau Falah tu?”Tanya budak Falah itu. Tersengih.
“Awat pulak tak tau…”balas saya.
“Cikgu tu dok mana la ni?”tiba-tiba Tanya si isteri.
“Dok depan kita la ni…”kata si suami.
Dia tertawa bersama saya. Isterinya melopong seketika, mengangguk
dan kemudian ikut tertawa. Anak-naknya terpinga-pinga.
“Petang habis SRP dulu cikgu tu la juga yang ajak saya makan
ais kacang di sini…”kata si suami. Saya terkesima. Benar. Saya terlupa tentang
itu.
Budak Falah itu tersenyum.
“Motor tu ada lagi, cikgu? Ka dah arwah…”tanyanya.
“Ada…ada… Cuma terlantar dah la…”balas saya. Sedikit tersengih.
“KC and The Sunshine Band…”katanya.
Laa…dia masih ingat panggilan kami untuk motor arwah ayah
itu. Nama yang diperolehi dari nombor platnya KC 9443. KC and The Sunshine Band
adalah nama band dari USA [seusia motor ayah tahun penubuhannya -1973] yang
popular dengan lagu-lagu seperti That’s The Way I
Like It.
Petang itu, di rumah saya terharu. Banyak yang saya ingat.
Tentang kesukaran hidup BF dahulu, tentang bukan semua orang boleh mendapat
benda yang paling mudah dan murah pada orang lain. Tentang sebahagian masa
silam. Tentang motor ayah yang tersadai setelah begitu berkhidmat untuk kami….Tentang
ayah..Tentang emak…
Di grup WhatsApp, Pawang Nujum naikkan dua klip lagu.
Wira Islam menyatakan saya tentu seronok engan lagu-lagu
itu.
Entah kenapa, saya balas: Tengah pilu ni…
Awat pulak, tanya Wira Islam.
Bagaimana harus saya khabarkan…..
Aduh!
Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang
komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga
seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata
apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-
anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4
yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad
Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu..
Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin
Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack. [4] Menurut
rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran
sahaja ..bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi
tragedi buruk.
Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya
mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H.
Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis
yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang
dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini
mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis
tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah
bilik Kawalan.
Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil
Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka
menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis
yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa
pertempuran.
Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan
Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh
komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang
kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar
masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada
Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam
merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini
Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.
Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila
mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata
Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang
pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan
botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.[6]
Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3
orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar
dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya
tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak
mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk
kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak
berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan
membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan
kemusnahan dan kematian.
Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam
api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang
dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian
tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah
4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
# bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema
kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali
Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/
Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan
sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad
berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik
berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa
pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan
tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur
sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong
menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan,
mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam
kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 1000H dan
ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan
akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar
tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong
dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan
dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang
pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang
komunis.
Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis
Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan
berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
# mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu
***************
Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong..
23/02/1950 ...........
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di
Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.

3 comments:
Lagu apa tak tau....tak ingat...hehehe
Lagu apa tau....x ingat ...
dua klip pada ptg 23 Februari tu...
Post a Comment