Majlis perjumpaan raya Idulfitri 1435 Budak Falah berjalan
lancar.
Berbanding majlis-majlis terdahulu, kali ini majlis tidak
kurang meriahnya. Ada
berkata majlis tahun ini tidak meriah. Saya ingin membuat sedikit pembetulan.
Tidak meriah berbanding dua tahun sebelum ini mungkin benar. Tetapi ia sama
dengan suasana pada majlis pertama kali pada tahun 1432 di SK Seberang Nyonya .
Mujurnya saya berkesempatan berada dalam keempat-empat majlis berkenaan sebagai
saksi mata dan menyimpannya di dalam minda. Mujur, sebab dengan itu insyaallah
dapat pula saya membuat perbandingan secara jujur…
[Untuk berlaku adil, rasanya tahun ini promosi agak kurang
tentang majlis ini. Laman fb bekas BF tidak sekerap dahulu dilawati – bahana
ramai yang beralih kepada What’s App – menandakan maklumat yang dinaikkan tidak
ramai yang membacanya. Tidak banyak – atau mungkin hampir tidak ada - panggilan
undangan yang dibuat, hanya berharap pada cara amat tradisional: penyebaran
mulut ke mulut].
Sama seperti tiga tahun terdahulu, penghargaan semestinya
diberikan kepada petugas yang bertungkus-lumus memastikan semuanya lancar.
Bermula dari penyusunan tempat, penyediaan makanan dan minuman serta memastikan
dewan ditinggalkan dengan keadaan asal ketika diserahkan semula kepada
pengendalinya.
Nampak mudah tetapi bukan semua orang boleh, mampu dan mahu
terlibat. Apalagi boleh, mampu dan mahu terlibat dengan keikhlasan tulen dan
disalut pula dengan rasa teruja yang amat sangat. Tanpa sebarang rungutan mahu
pun ungkitan. Kata tukang masak kenduri di kejiranan saya, kebahagiaan melihat
tetamu makan dengan puas dan berselera membuatkannya lupa ‘kesakitan’ ketika
memasak…
Dewan sama seperti tahun lalu.
Dewan Awam Taman
Bersatu. Bersebelahan Masjid Taman Bersatu yang cantik. Di sebelah lagi
kawasannya bersempadan dengan kawasan SK Taman Bersatu.
Menu makanan dan minuman sama macam musim lepas.
Minuman botol. Ringkas dan senang. Khabarnya penajanya dari Putrajaya. Entah
betul atau tidak gossip ini ….
Malek [baju hijau] |
Laksa, laksam beserta kuah masing-masing dan gulai daging,
seperti selalu, dari air tangan Mariam Ismail [tentunya dengan izin, restu dan sokongan
serta dokongan samatuanya, Zulkifli Shamsuddin, yang sepanjang majlis
pula sentiasa sibuk memastikan sebarang kekurangan sedapatnya dipenuhi …].
Bihun goreng, nasi rendang dan ayam rendang disediakan oleh Norrezini Nayan.
Ayam Goreng Reny yang ditaja oleh Raini Azmi , kali ini digoreng oleh Malek
Jamaluddin. Saifol Adly Hassan berperanan mendapatkan ayam
mentah serta tepung berempah dari premis Raini pada malam menjelang raya
keempat sebelum diserahkan kepada Malek.
Sazaziz dan Saifol |
Wira |
Pengemasan dewan perjumpaan pada paginya dilakukan oleh Budak Taman
Bersatu {BTB}, Budak Alor Ibus {BAI} dan Budak Batas Paip {BBP} yang
datang bersama putera sulungnya. [BTB dan BAI adalah berperanan serupa, bersama
beberapa budak lain pada tahun lalu tatkala BBP pulang beraya di kampung
kelahiran samatuanya].
Mariam |
Nurezzini dan anak |
Pengemasan dewan pada petangnya pula dilakukan oleh pasangan
Mariam-Zul, Sharifah Maryani Syed Omar, Budak Batas Paip dan Malek setelah
makanan di atas meja yang berlebihan dikemaskan oleh kebanyakan tetamu
wanita… {Pasangan dari Mantin juga ada
pada hujung majlis itu tetapi kerana peranan mereka tiada spesifikasi, saya
tidaklah dapat mencatatnya…}
Hampir semua tetamu mungkin tidak akan mengomel apa-apa jika
melihatkan kepada lenggang pulang masing-masing yang di luar kelaziman – hampir
setiap orang membawa sekurang-kurangnya sebuah beg plastik berisi setiap ‘mata’
makanan yang terdapat di atas meja…
Sharifah Maryani |
Saya tersentuh dengan kesungguhan setiap yang terlibat
menjalankan tugas demi memastikan kelancaran majlis. Setiap tahun, biar siapa
pun mereka, peranan penting ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya.
Sehinggakan – kerana terlalu sempurna - ramai tetamu yang terlupa bahawa setiap
sesuatu itu ada seseorang atau sekumpulan insan yang menjadi pengawal dan
penggeraknya…
Saya teringat kisah pemain piano di ruang legar sebuah
hotel. Dalam waktu tertentu setiap malam dia akan bermain piano di satu sudut.
Pelbagai lagu dimainkan termasuk yang diminta oleh tetamu hotel. Itu adalah
tugas tunggalnya sebagai pemain piano profesional. Adak
ala ruang legar itu dipenuhi tetamu, dan pada malam tertentu pernah hanya ada
tiga empat orang tetamu berbual di situ. Cukup waktu dan jadualnya, si pemain
piano itu akan menghadap piano lalu dengan lincah jarinya memainkan lagu-lagu
pilihan. Tidak peduli samada ruang dipenuhi atau hanya ada tiga empat orang
berborak. Dia tidak kisah. Tugasnya adalah bermain piano pada masa dan dalam
jangkamasa yang ditetapkan majikannya.
Demikian pula sahabat-sahabat kita di dewan Taman Bersatu
itu.
Mereka menyiapkan dan menyusun seadanya tempat majlis,
memasak secukupnya dan mempersembahkan
hasilnya di atas meja.
Tetapi tidak begitu ramai BF yang datang, mungkin demikian
kata hati anda.
Patutkah mereka ambil kisah?
Mereka telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.
Soal orang tidak datang, jangan tanyakan kepada mereka.
Ketika melawat dewan pada paginya pun, saya telah berkata, “Asal setiap kerusi di dalam
dewan ini diduduki, sudah memadai…”
Saya menjangkakan kehadiran yang sedang-sedang sahaja
memandangkan awal paginya hujan turun agak lebat. Siangnya agak mendung dengan
gerimis sekali-sekala.
Ketiga-tiga pendengar - BBP, BTB dan BAI - nampaknya macam
bersetuju.
Ketika majlis berlangsung, BTB membisikkan bahawa semua
kerusi telah diduduki… Dia merujuk apa yang saya ucapkan pada paginya.
Alhamdulillah.
Saya cuba hubungkan kepada satu pilihanraya kecil. SPR kata
peratusan yang keluar mengundi tidak tinggi.
Belum ada undang-undang untuk memaksa pengundi keluar mengundi. Tetapi
pilihanraya tetap berjalan seperti sepatutnya. Lancar.
Perjumpaan raya BF pun ada iras-ras begitulah. Perjumpaan
raya tetap berjalan. Tinggi atau rendah peratusan yang hadir …
Boleh?
No comments:
Post a Comment