Sila klik klip di atas.[pesan buat pembaca melalui hape]
Muncul Ustaz Husin, anak Pak Lateh, menantu Pak Azmi,
bekas pemandu bas sekolah yang rumahnya hanya tiga empat kali baling kasut dari
Pulau Gezambo. Sejak pandai berWhatsApp, ustaz yang rajin bertukang ini, tidak
pernah lekang dengan senyum dan telefon keduanya… “Ni Bob Marley mana pulak?”tanya seseorang merujuk kepada penutup
kepala a la penyanyi lagu No Women No Cry yang mendapat gelaran mendiang sebelum ustaz itu lahir
lagi…
Demikian salah satu watak dan perenggan di dalam entri Penangan Laksam Pulau Gezambo.
Tiada apa-apa lagi tentang ustaz itu yang mahu saya catatkan
di dalam entri ini. Cukuplah dahulu. Biarkan dia berehat. Cuma ada sedikit
pembetulan. Bahawa penyanyi reggae Jamaica itu meninggal pada tahun 1981, jadi
Husin sudah ada di dunia ini ketika itu….
Cuma apabila disebutkan nama Bob Marley, sengaja saya pilih
lagunya itu – No Woman No Cry – sebagai lagu latar klip himpunan foto yang
sempat disimpan dari pertemuan di Pulau Gezambo tersebut.
Tiada makna apa-apa. Hanya suka-suka.
Layanlah lagu itu sambil melihat koleksi foto-foto aksi
spontan malam itu. Layanlah koleksi foto-foto aksi spontan malam itu sambil
mendengar lagu itu. Mana-manalah. Mungkin ini kali pertama anda dengar lagunya
walaupun pernah mendengar tajuknya di perkatakan orang, atau melihat wajah
Marley di baju t anak-anak muda yang belumpun lahir semasa penyanyi itu
meninggal 33 tahun dahulu… Eleh biasalah…. Ramai yang pakai baju berpotretkan
Che Guevera tanpa tahu pun siapa sebenarnya dia….asal nampak wajah brutal
sedikit terpampang di dada baju, cukuplah. Atau pun sekadar ikut-ikutan…
Cuma sedikit catatan tentang Pulau Gezambo daripada kornea
saya.
Nama tempat itu Wira Osman yang sebutkan ketika kali pertama
kami melintasi perkampungan berkenaan. Tidak didaftarkan nama itu. Google Maps
pun tidak tahu.
Saya pernah makan tengah hari lauk berhidang pada satu hari
Jumaat bersama Wira. Sejak tidak lagi menjadi guru, itulah kali pertama saya
makan di rumah bekas pelajar. Makan tengah hari. Makan nasi dan tiga empat
jenis lauk. Bukan makan kuaci sambil bersembang-sembang dan menonton tv.
Makan waktu malam lagilah pernah ketika berkunjung untuk
berbual-bual termasuk sekali peristiwa tentang majlis perjumpaan raya BF.
Tiga kenduri kahwin di kampung itu pernah saya hadiri.
Saya tidak ingat dengan siapa saya pergi pada kenduri
pertama.
Kali kedua saya pergi bersama Zairi dan Cikgu Rahim Daud.
Kalau tidak silap perkahwinan adik Rohana Jalil @ Abd Halim dan Aznan, dua BF
dari pulau tidak berlaut keliling itu. Sempatlah berjumpa Samira Said dan
kakaknya,Shahida , yang memperkenalkan pula anak dara sulungnya.
Terakhir adalah sebelum Ramadan lalu. Ditemani BBP. Kenduri
di rumah abang Mariam Ismail, samatuanya Zulkifli Shamsuddin. [Mariam dengan
Rohana, seperti saya kata selalu, bukan orang …. Mereka adalah anak dan ibu
saudara]
BBP selalu mengingati
acara pengunjung kenduri itu bersama dj, sebagai selingan.
I] Teka-teki.
Di Melaka ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu. Di dapur ada Hang apa?
Seorang tetamu [agaknya saudara tuan rumah] dari Pahang
berjaya menjawabnya – Hangit! Saya macam mahu bangun untuk mempertikaikan
keputusan dj itu. Kalau jawapan macam itu saya boleh bagi dua lagi: Hangus dan
Hangpa. Hangpa tak pernah ada di dapur? Mujur saya baru mula menyuap nasi….
Ii] Tetamu dipanggil untuk menyebut pantas berkali-kali dua
perkara:
Kepala dicukur, kelapa dikukur.
Muncul dua budak. Seorang tergagap dan terus dibatalkan.
Seorang lagi berjaya tetapi berpeluh kepala apabila asyik tersasul menyebut kepala dikukur, kelapa dicukur .Seluruh khemah
terdengan deruan ketawa setiap kali dia tertukar begitu.
Dapatlah hadiah hamper.
Dan BBP pun banyak kali juga mengulang dua perkara itu.
Entahlah. Mungkin dia balik berlatih di rumah di tengah-tengah malam supaya tidak
diketawakan.
Tapi bagi saya di pulau itulah – selain bertemu Ustaz Haji
Mazlan Mansor, BF yang kini bertugas di SK Dato’ Shaari – saya berkesempatan
bertemu kemudiannya Suhaimi Mohd Shah yang telah terputus hubungan selama dua
tahun. Entah berapa kali dia bertukar nombor telefon sepanjang tempoh itu… Dia
ikut menjadi tetamu di rumah kenduri tersebut. Tahu kepulangannya, saya terus
bertanyakan iparnya akan nombor baru untuk menghubungi Suhaimi. Tidak dijumpai
di khemah kenduri, saya bertemunya dua tiga hari kemudian di Kedai Mi Abbas,
Kola dan bersembang panjang.
Hinggalah kemudiannya kami dapat berjemaah menghabiskan
seorang sepinggan dua laksam…
Semoga akan ada edisi seterusnya acara berkumpul begitu di
pulau itu …
No Woman No Cry – Bob Marley
No, woman, no cry;No, woman, no cry;
No, woman, no cry;
No, woman, no cry.
’Cause – ’cause – ’cause I remember when a we used to sit
In a government yard in Trenchtown,
Oba – obaserving the ’ypocrites – yeah! –
Mingle with the good people we meet, yeah!
Good friends we have, oh, good friends we have lost
Along the way, yeah!
In this great future, you can’t forget your past;
So dry your tears, I seh. Yeah!
No, woman, no cry;
No, woman, no cry. Eh, yeah!
A little darlin’, don’t shed no tears:
No, woman, no cry. Eh!
Said – said – said I remember when we used to sit
In the government yard in Trenchtown, yeah!
And then Georgie would make the fire lights,
I seh, logwood burnin’ through the nights, yeah!
Then we would cook cornmeal porridge, say,
Of which I’ll share with you, yeah!
My feet is my only carriage
And so I’ve got to push on through.
Oh, while I’m gone,
Everything’s gonna be all right!
Everything’s gonna be all right!
Everything’s gonna be all right, yeah!
Everything’s gonna be all right!
Everything’s gonna be all right-a!
Everything’s gonna be all right!
Everything’s gonna be all right, yeah!
Everything’s gonna be all right!
So no, woman, no cry;
No, woman, no cry.
I seh, O little – O little darlin’, don’t shed no tears;
No, woman, no cry, eh.
No, woman – no, woman – no, woman, no cry;
No, woman, no cry.
One more time I got to say:
O little – little darlin’, please don’t shed no tears;
No, woman, no cry.
No comments:
Post a Comment