Hampir dua bulan sebelum Ramadan 1435 lagi Wira sudah
uar-uarkan bahawa dia dan samatuanya bakal menerima anak kembar pada Syawal
kelak.
“Jangkanya lepas raya…”kata bapa kepada tiga anak ketika
itu. “Entah-entah masa kita buat perjumpaan raya…Coih keluaq…”
Frasa mula itu biasa-biasa saja. Tetapi frasa kedua yang
diucapkan setelah menghirup Necafe ais kegemarannya itu membuatkan saya hampir
tersedak.
Lepas raya? Masa perjumpaan?
Jangan buat hal Wira…
Buatnya ramalan itu benar, kacaulah. Bersama Saiful Adly,
Wira yang diharapkan rakan-rakannya menyediakan tapak perjumpaan. Bagaimana
pula jika Wira sibuk menguruskan kehadiran bayi kembar itu tatkala majlis bakal
atau sedang berlangsung? Bagaimana kalau …
Ah!
Lagi pula, inilah tahunnya pun dia dapat kembali bersama
kawan-kawan lama pada majlis berkenaan. Mengikut undang-undang tubuh
perkahwinannya, Wira akan beraya berselang tahun antara di rumah sendiri dan di
rumah mertua. Tahun lalu dia beraya di Ketereh. Tahun ini di Batas Paip. Tahun
depan? Sendiri mau ingatla…
“Sebelum 17 Ramadan, bersalinlah ‘tu…”dengan yakin saya
berkata. Memecahkan ais yang beku
seminit dua di meja kedai kopi yang juga menjual teh, air asam, oren bancuh dan
siram bandung itu.
“Cikgu ada belajaq mana-mana kut…” tanya Wira serius melihatkan
keyakinan saya berkata begitu.
“Adala…”balas saya. Kedua-dua kami serius. Tidak ada
sengihan pun sambil Wira membuat sedutan lagi pada Nes aisnya.
Masuk bulan Ramadan, dua minggu pertama, dalam masih Wira
berkira-kira dengan Saiful tentang dewan dan persiapan selayaknya, setiap kali
dia merungut tentang samatuanya yang sedang sarat, saya tetap berkata: Sebelum
17 Ramadan, bersalinlah ‘tu…
Apabila mertuanya datang dari Parlimen Ketereh bagi menemani
anak mereka sehingga bersalin, dan Ramadan telah melepasi malam Nuzul Quran,
saya ubah sedikit ayat itu menjadi: Sebelum raya, bersalinlah ‘tu…
Banyak kali juga kami bertemu selepas solat tarawih di
kedai-kedai tomyam sekitar Parlimen Kola. Wira memberitahu tiada tanda
samatuanya bersalin sebelum Syawal. Saya tidak berkata apa-apa lagi. Cuma
berdoa janganlah tarikh kelahiran anak Wira sama dengan tarikh perjumpaan raya
yang sedang ditunggu…
Di belakangnya ada juga beberapa kali kami menggunjing:
Samatua sedang sarat pun, dengan kami, hubungan berjalan seperti biasa.
Panggillah waktu mana pun, Wira tetap akan datang, sekurang-kurangnya
mengeNes.Kadangkala belum dipanggil, dia sendiri telah ada di luar rumah,
terutamanya di Restoran Awie. Separuh Ramadan kejohanan bolasepak Piala Dunia
FIFA berlangsung. Kena pula peminat tegar pasukan Brazil itu suka menonton
perlawanan yang dipancarkan dari negara pengeluar kopi untuk Nescafe berkenaan
bersama ramai orang. Agaknya itulah lesen untuk dia berlama di luar. Sementelah
pasangan mertuanya setia menunggu di rumahnya menjaga cucu-cucu dan bakal
cucu-cucu.
“Kalau aku tak keluaq, samatua aku pula suruh keluaq…”kata
Wira kepada kawan-kawan rapatnya, termasuk kawan rakan yang tinggal jauh, yang kerap
meleterinya dalam bentuk hurufiah…
Selepas Brazil ditundukkan oleh Jerman dengan jaringan yang
selalunya di padang AlFalah dahulu sahaja ada angka begitu, 1-7, kami
menjangkakan Wira tentulah akan terjelepuk di rumah seminggu dua. Maklumlah,
warna kuning Brazil sentiasa bersamanya… Apalagi dengan ayat-ayat provokasi
menjelang perlawanan melibatkan pasukan kesayangannya itu yang selalu muncul di
WhatsApp. Tapi Wira memang profesional. Kalah malam ini, malam esok dia boleh
keluar ke kedai macam tidak rasa terkepak hati langsung. Menonton perlawanan
pasukan lain dengan selamba. Kalau semua peminat bola sepak sepertinya, tidak
adalah yang menterbalikkan kereta polis, memecahkan cermin bas pasukan pelawat,
atau menumbuk pengadil, seperti yang pernah berlaku di negara kita ini…
Sehari dua menjelang raya pun Wira masih tidak lekat di
rumah pada waktu malam. Orang jauh – rakan-rakan yang bermastautin di luar
Kedah - berkumpul di rumah Mariam di Pulau Gezambo, memakan laksa, dia ada
bersama. Diajak mereka melepak di restoran mamak sehingga pukul 3 pagi, dia ok dan on sahaja. Entahlah. Mungkin samatuanya memang menyuruh dia keluar
sehingga lewat malam begitu. Atau mungkin dia tidak mahu hipokrit di depan
mertua. Ada atau tidak mereka di rumahnya, acara keluar malamnya tetap
berlangsung. Dia ramai kawan. Selain grup BF, dia ada geng masjid, geng siasah,
geng sepaktakraw bulat, geng futsal…
Selepas raya pertama, kalau ada di skrin namanya sebagai penghantar mesej, saya berdebar
sebelum membukanya. Demikian pula jika nama itu juga yang muncul apabila ada
panggilan. Libang-libu juga untuk menjawab panggilannya.Takut benar kalau ia
membawa berita samatuanya mahu ke hospital… Kalau boleh biarlah kemahuan itu ditunda sehingga raya
kelima…
Lega apabila mesej dan panggilannya berkisar tentang
persiapan dewan.
Pada hari perjumpaan, apabila dia membuat panggilan pada
pukul dua petang, saya gelabah semula. Janganlah diberitahu dia sedang dalam
perjalanan ke hospital… Lega lagi ketika dia menyatakan kebimbangannya kerana
belum ada orang datang ke dewan. Biasalah… balas saya… kalau janji pukul dua,
paling tidak setengah jam mesti berlaku kelewatan. Seluruh jagat tahu itu fiil
kita…
******
Akhirnya masa itu tiba. Subuh 4 Ogos 2014. Ketika orang yang
berpuasa enam sejak 2 Syawal, bakal menyambut Raya Enam, kembar itu pun lahir.
Berselang 34 minit antara keduanya, didahului oleh bayi lelaki, pada pukul 5.51
pagi.
Ya. Mereka dikurniakan sepasang anak.
Teringat bagaimana Wira bercerita, ketika doktor mengumumkan
bahawa yang pasti seorang anak bakal lahir itu adalah lelaki manakala seorang
lagi pula… Doktor ditahan dari mengumumkan jantina yang seorang lagi itu,
kerana samatua Wira amat mengharapkan kehadiran seorang bayi sejantinanya. Tentulah hampa sedikit jika siap diumumkan
kembar itu adalah sejantina si ayah…
Ternyata, doa samatua Wira dimakbulkan…
Melalui grup WhatsApp kendaliannya, saya tahu dia telah
dikurniakan cahayamata itu. Pelbagai bentuk ucapan tahniah diterimanya dengan
sebahagian sahabat turut mengucapkan selamat berpuasa buatnya. Macamlah selama
ini pun dia tidak berpuasa…
Sesekali dinaikkan foto anak-anaknya itu ke dalam WhatsApp.
Saya mengutip, memuatkan pula ke dalam fb grup BF, medium yang lebih luas,
untuk pengetahuan rakan taulan dan Mark Zuckerberg juga. Ucapan tahniah
untuknya terus datang. Saya muatkan lagi foto dari WhatsApp ke f b jika ada
selepas itu.
Ketika membuat klip tentang makan laksam di Pulau Gezambo
serta acara bersantai meraikan Ahmad Nazri di Pantai Leman, berdekatan Marina
Harbour, saya terfikir untuk membuatkan juga klip tentang anak kembar Wira itu.
Tambahan pula bahan-bahan utamanya, Insyaallah, cukup. Cuma prop saja kurang
satu, maka saya pinjam buaian di rumah Mariam di Pulau Gezambo itu untuk
mengisi ‘watak’ di dalam klip.
Sedang mencari idea bagi menyusun lima enam keping foto
anaknya itu, muncul di dalam WhatsApp grup BF gambar ‘hidup’ dua anak kembarnya
yang saling berhadapan dan berduet meraung! Kata Wira, dia memang sengaja melagakan mereka ketika samatuanya tidak
melihatnya….Bertuah punya ayah!
Saya ingin memasukkan ‘aksi’ itu di dalam klip saya. Saya
mencuba dengan aplikasi yang saya ada dan tahu, tetapi tidak berhasil.
Bermasalah sedikit rasanya benda alah di dalam komputer saya… Ataukah saya
belum khatam tentang cara menaikkan foto bergerak itu ke dalam komputer…
Entahlah.
Berjumpanya di Restoran Sofia, Batas Paip [saya sangkakan Sofia
dalam nama Mariam Sofia datangnya dari restoran warga Pattani itu, sebelum
diberitahu itu adlah nama emak Wira….] pada satu malam yang basah, tiga empat
kali saya menekan punat untuk melihat aksi dua anak dalam filem singkat arahan
ayah mereka itu… Wira tersengih setiap kali mendengar lengkingan suara mereka.
Sejujurnya, sambil melihat wajah dua bayi tersebut, saya mendapat idea untuk
menyusun frame klip saya. Tetapi,
idea itu tidak saya zahirkan lagi. Maka, apabila banyak kali mendengar suara
anaknya saya mainkan di telefon, Wira pun bertanya, “Cikgu
teringin anak kecik ka….”. Dia terus tersengih, ketika saya
pula tersentak. Mujurlah perbualan itu hanya didengari kami berdua, walaupun
ada ramai pelanggan lain yang sedang menonton Manchester United terkapa-kapa cuba
mencari kemenangan pertama musim ini….
Ada ka tanya lagu ‘tu…
Appara…
******
Anak-anak Wira itu kemudiannya menjadi topik utama sepanjang
hari di dalam grup WhatsApp apabila tiba masa untuk mendaftarkan nama. Memang telah ada nama pilihan Wira dan
samatua. Tetapi sengaja agaknya mahu
menggamatkan grup, beberapa orang telah mencadangkan pelbagai nama. Daripada
nama-nama biasa bagi insan hinggalah nama aneh seperti Wira Aeroback dan Wira
Angkasa! Ketika Wira sebutkan satu nama,
Nazri hinggakan membuka kitab sejarah Islam menerangkan perihal nama berkenaan.
Akhirnya tertulis sudah nama anak itu – Bilal Uthman. Bilal adalah sahabat
kesayangan Nabi yang menangis ketika mahu melafazkan kerasulan Nabi Muhammad di
dalam bait azan, setelah kewafatan Baginda, lantaran rindu dan sayangnya kepada
Rasulullah. Kisah ini menarik hati Wira. Akan nama Uthman itu, selain juga salah
seorang sahabat rapat Nabi, adalah sempena nama ayah Wira sendiri dengan ejaan
yang diretrokan...
Itu nama bagi bin Wira.
Bagi nama untuk binti Wira pun tidak kurang riuhnya. Ada yang
mencadangkan nama dirinya agar Wira pilih, ada cantuman beberapa nama, malah
ada yang mencadangkan nama bintang filim…
Apabila Wira menyebut nama Maryam sebagai pilihan – satu nama yang disebut di
dalam AlQuran – seronoklah Mariam di Pulau Gezambo…. Tidak tahulah apa nama
tambahan yang ada di kotak fikiran Wira serta samatuanya, tetapi saya cadangkan
nama Maryam Jameelah – seorang mualaf yang pernah menggegarkan dunia kerana
kepetahan serta keberaniannya berhujah dengan pemimpin tertinggi agama lain,
termasuk agama asalnya.
Dan telah tertulis nama untuk bayi perempuan itu – Maryam Sofia.
Sofia adalah nama emak Wira yang dahulunya dimelayukan menjadi Sofiah…
Saya teringat dua hal: Restoran yang kadang-kadang kami
singgahi di Batas Paip berdaftar dengan nama Sofia. Salah seorang anak saya
bernama Ainin Sofiya. Ah, sebuah kebetulan…
******
Saya meminati lagu Seruling Malam nyanyian Ebiet G Ade, apabila teringat atau
terpandang anak kecil di dalam buaian. Tetapi untuk memasukkan lagu itu ke
dalam klip buat Wira, saya tidak pasti sangat, samada dia dapat menerima atau
tidak lagu serta ‘lengkingan’ suara Pak
Ebiet… Liriknya memanglah sudah sesuai.
Dulu, saya seronok mendengar samatua merungut, sedang anak kecil
galak menangis di buaian, di mana saya melagukan:
…
diakah anak kita
dia buah cinta kita
isteriku,
cuba redakan tangisnya
…
Kemuncungan mulut samatua saat begitu merupakan nikmat yang
tidak dapat ditulis dan tidak juga mampu diucapkan…. Hehehe…
Wira pasti menyukai bahagian lirik itu, terutama ketika bayi-bayi
menangis di buaian, sedang samatuanya sibuk di dapur, tatkala dia sedang ngobrol
dan ngeNes di depan kedai Mi Abas…. Saya akan berikan tabik paling tinggi darjatnya kepada Wira, kalau dalam
keadaan itu, sambil menyedut Nescafe ais, dia boleh lagukan bahagian lirik ini di dalam
telefon ketika dihubungi oleh samatuanya….
isteriku,
cuba redakan tangisnya
Hehehe..
Tetapi, secara seriusnya, mengenali siapa Wira dan
mengetahui jati dirinya, saya yakin dia pasti terpikat pada bait –bait
seterusnya ini:
Berbahagialah dan bersyukurlah
Atas kehadiran anak kita
Ingin kugendong dan kutimang-timang
Kuajak engkau bermain
Kenalilah bapamu
Kenali ibumu
Dan negeri ini tanah airmu
Segeralah dewasa
Dalam asuhanku
‘Kan kubimbing di jalan yang lurus
Jadilah anak berbudi
Penuh kebajikan
Menjunjung tinggi harkat kebenaran
Berbahagialah dan bersyukurlah
Atas kehadiran anak kita
Masalahnya, berdasarkan pergaulan agak rapat dengannya,saya dapat
merasakan telinga Wira belum dapat menerima lagu seperti itu…. Nantilah…
Maka saya pilih lagu yang iramanya agak dekat di hati Wira.
Lagu Gurindam
Ibu. Ciptaan Osman Ahmad dan
gurindamnya ditulis oleh S Kadarisman.
Masalahnya pula ada tiga versi lagu itu yang biasa saya
dengar. Pertamanya lagu asal dari filem Hantu Kubor, nyanyian Aziz
Jaafar dan Hashimah Yon, pada tahun 1959.
Kedua, Aziz Jaafar berduet dengan Nona Asiah pada awal tahun 60-an. Ketiga, gubahan Ahmad Nawab, dengan irama yang lebih segar pada
pertengahan dekad 70-an, nyanyian pasangan duet terkenal pada era itu: Hail Amir dan Uji Rashid.
Versi mana yang Wira suka?
Saya menjangkakan tentulah versi Hail-Uji, kerana lebih
hampir dengan tahun kelahiran Wira sendiri. Maka saya pilihlah versi tersebut.
Tetapi, apabila mendengar dia jugameminati irama lama –
kerana katanya dia cukup sukakan lagu raya versi lama nyanyian Saloma,
berdasarkan klip yang dimuatkan oleh otai BF, Pawang Nujum, di dalam grup
WhatsApp dan grup fb BF, di hujung Syawal lalu – saya jadi serba salah. Versi
mana yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam klip anaknya?
Ketika hampir menyiapkan klip dengan lagu Gurindam Ibu
nyanyian Aziz Jaafar/Nona Asiah, terfikir pula bagaimana jika dikatanya “saya
suka nyanyian Hashimah Yon/Aziz Jaafar sebab versi itu asli dan lebih lama
usianya…”?
Aduh…
Akhirnya, terhasillah tiga klip untuk keluarga Wira!
Terimalah hadiah kembar tiga klip sempena kelahiran kembar
dua anaknya…
******
Ops…
Sementara bahan masih ada, sementara menunggu hari
memuatnaik entri ini, sempat saya siapkan klip dengan lagu latar Serunai Malam.
Eleh, macam kuih rayalah. Bahan yang sama, rasa yang sama, Cuma acuan berbeza.
Dapatlah empat lima ‘mata’ kuih…
Maka untuk Wira, dengan bahan kandungan yang sama, diadun
dan disaring lalu dimasak, dapatlah
empat ‘mata’ klip…
Pilihlah mana yang mahu Bilal dan Maryam dengar dan
‘tengok’…..
Hehehe…
Wira, saya buat semua ini bukan kerana teringin anak kecik…
Ada ka tanya lagu ‘tu…
Lain kali cubalah tanya, “Cikgu teringin anak kecik yang lahir dua tiga empat dekad yang
lalu ka…?”
Pasti besar kebarangkaliannya untuk saya menjawab dengan
fasih dan lancar. Serta tepat!
Hehehehe….
******
Nota 1:
Bagi hape yang murah-murah macam yang saya gunakan, tekan saja pada klip itu sebab memang tidak muncul ikon klip....hehehehe.... Ingat ada EMPAT klip!
Nota 2:
Bagi hape yang murah-murah macam yang saya gunakan, tekan saja pada klip itu sebab memang tidak muncul ikon klip....hehehehe.... Ingat ada EMPAT klip!
Nota 2:
Lagu Seruling Malam saya dengar pertama kali dan lalu tertarik setelah membeli kaset ori Ebiet G Ade pada tahun 1985. Saya mendengarnya bersama Ustaz Fairose yang sama-sama pula meminati Ebiet. Kadang-kala bait 'isteriku, cuba redakan tangisnya...' kami nyanyikan kuat-kuat. Barang diingat, waktu itu kami masih tidak tahu siapa yang bakal menjadi isteri kami. Hanya tahun 1991 saya bernikah, dan dijejak Ustaz Fairose tahun berikutnya. sepuluh tahun setelah memekik bersama Ebiet barulah saya mendapat buah cinta....
Sebagai kenangan, khusus untuk Pirud [panggilan untuk ustaz yang muda setahun dari saya itu], saya perturunkan sepenuhnya lirik lagu tersebut. Jom kita melalak, Pirud.... Hehehe... Entahlah, masihkah dia ingat saat itu.....
Bulan keemasan, kuning berkilauan
Terdengar seruling bambu
merayap ke langit, menikam bumi
Bergetar seluruh jagat raya ini
Lengkingan tinggi bagai buluh perindu
adalah tangisan bayi
Diakah anak kita, dia buah cinta kita
Istriku coba redakan tangisnya
Sekelompok burung malam terbang
dan terbitlah bintang kejora
Memancarkan sinar cinta kasih
Bagi anak kita yang suci bersih
Berbahagialah dan bersyukurlah
atas kehadiran anak kita
Ingin kugendong dan kutimang-timang
kuajak engkau bermain
Kenalilah bapakmu, kenali ibumu
dan negeri ini tanah airmu
Segeralah dewasa dalam asuhanku
‘kan kubimbing di jalan yang lurus
Jadilah anak berbudi, penuh kebajikan
Menjunjung tinggi harkat kebenaran
Berbahagialah dan bersyukurlah
atas kehadiran anak kita
Terdengar seruling bambu
merayap ke langit, menikam bumi
Bergetar seluruh jagat raya ini
Lengkingan tinggi bagai buluh perindu
adalah tangisan bayi
Diakah anak kita, dia buah cinta kita
Istriku coba redakan tangisnya
Sekelompok burung malam terbang
dan terbitlah bintang kejora
Memancarkan sinar cinta kasih
Bagi anak kita yang suci bersih
Berbahagialah dan bersyukurlah
atas kehadiran anak kita
Ingin kugendong dan kutimang-timang
kuajak engkau bermain
Kenalilah bapakmu, kenali ibumu
dan negeri ini tanah airmu
Segeralah dewasa dalam asuhanku
‘kan kubimbing di jalan yang lurus
Jadilah anak berbudi, penuh kebajikan
Menjunjung tinggi harkat kebenaran
Berbahagialah dan bersyukurlah
atas kehadiran anak kita
1 comment:
Bila baca... Mngalir air mata Xterasa
Post a Comment