Sepanjang minggu ini, daripada sepuluh yang paling dibaca, hanya satu merupakan entri terbaru. Paling banyak dibaca adalah entri lebih dua tahun lalu [1 september 2012] - Awang Selamba: Di AlFalah Dan Di Mana-mana. Minggu sebelumnya, Memori Kacang Tanduk [ entri 15 April 2012] berada di tangga teratas.
Ini saya petik dari ruang Utama Seminggu yang boleh anda lihat pada bahagian bawah kanan entri yang sedang anda baca ini.
- Awang Selamba: Di AlFalah Dan Di Mana-mana
- Memori Kacang Tanduk
- Dato' Haji Ismail Hashim Di AlFalah
- Buah Cempedak Di Dalam Besen...
- Bukan ORANG!
- Kembar 3 Plus 1!
- Hindi Kita Malimot
- Imam Bawa Cahaya Torchlight…..
- Ada Apa Di Alor Setar 'Tu?
- Permataku Yang Hilang
Saya seronok. Bukti bahawa bukan semua orang menunggu entri terbaru - seperti beberapa pembaca yang sering menelefon atau menghantar mesej bertanyakan bilakah akan ada masukan baru... Ini spesies yang memang mengikuti seluloi blog....Tidak mengapalah...Entri baru akan muncul dari semasa ke semasa mengikut tahap kesihatan minda dan jari saya serta tahap kesihatan penyedia internet... Tapi untuk muncul kerap macam apek pembeli suratkhabar lama, payahlah sedikit. Ini bukan macam buat goreng pisang: belah pisangnan sebiji menjadi lima enam keping, masukkan ke dalam tepung yang siap dibancuh dan dirumus,lalu celupkan ke dalam minyak panas...
Kenapa entri lama berada di kedudukan seperti di atas?
Ada banyak faktor, yang tidaklah boleh saya hurai satu persatu.
Ada yang mengulangbaca kerana kali pertama dahulu tidak begitu selesa.
Ada yang mencari-cari semula catatan yang ada sentuhan atau kaitan cerita peribadi semasa di AlFalah...
Ada yang mengaku baru tahu kewujudan blog ini.
Terima kasih kepada semua pembaca. Terima kasih kepada pembaca yang memperkenalkan pula kepada pembaca baru: baik rakan perFalahan, samatua masing-masing atau rakan-rakan yang tidak pun tahu di mana lokasi AlFalah.
Sering-seringlah mencari untuk mengimbau masa lalu atau melihat masa lalu orang lain....
Mengikut rekod, bacaan akan mencanak grafnya pada musim cuti sekolah dan pada awal minggu. Bagi sektor yang terakhir itu, saya difahamkan adalah untuk kelompok pencari entri baru, selain sebahagiannya merupakan pengguna internet di pejabat.....
1 comment:
hadam
Post a Comment