Perjumpaan Hari Raya Idulfitri X-AlFalah 1433 adalah pada 5 Syawal…..
Masih terasa kemeriahannya. Seperti baru berlalu detik-detik
bersama semua bekas pelajar AlFalah yang sudi hadir pada petang hari tersebut.
Hari ini, dengan setulus hati, saya merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat. Tidak pernah lagi setulus ini terima
kasih saya …………
*******************************************************
13 Februari 2013.
Jam 9.30 malam.
Selesai melayan beberapa anak-anak jiran memperdengarkan
bacaan AlQuran mereka, menantu emak muncul di bilik tengah. Saya yang sedang
menghadap komputer kehairanan. Hampir
tidak pernah dia muncul begitu – tersengih – kalau saya sedang melayari
internet atau mencatat entri blog. ‘Ni mesti ‘nak ngorat ‘ni…… Demikian sangkaan
buruk saya. Hehehehe.
“Happy anniversary…..”
katanya, masih tersengih.
Saya kerutkan dahi.
“Lupa apa……” kata cucu emak yang bongsu, yang mengekori
menantu neneknya .
Anniversary? Macam
pernah dengar perkataan itu di dalam rumah ini….
Dahi yang saya kerutkan tadi saya tepuk manja. Alamak!
Demikian mafhumnya.
Sudah masuk 16 tahun!
Demikianlah usia perkahwinan kami. Sudah 16 tahunlah dia menjadi menantu emak……
“Lupalah tuuuuu……” kata menantu emak sambil tersengih,
memegang kepala cucu emak yang bongsu, yang ikut terkernyih melihat saya.
“Dak aih….” Seperti biasa saya mengawal diri……
Setiap tahun, demikianlah.
Menantu emak yang akan terlebih dahulu mengingatkan saya.
Kalau tidak pada petang, tentu pada malamnya. Tidak pernah sempat saya
mendahuluinya dalam memberi ucapan……
13 Februari adalah hari kenduri di rumah mertua saya,
manakala pada 14 Februari adalah hari kenduri di rumah mertuanya.
Cucu emak yang bongsu, seperti selalu, - semenjak mula
mengenal huruf empat tahun lalu – berlari ke bilik depan, mengeluarkan kad
jemputan kahwin yang disimpan di dalam satu sampul dokumen keluarga. Kad itu
lebih tua daripadanya 6 tahun.
“Ayah ingat aih….” Kata saya sambil membelek kad berlipat
empat dari kertas A4 berwarna ungu muda. Tiada plan rumah pada kad itu. Semua
empat ruang dari semuka kertas, bertulis
– satu menjadi muka depan dengan nama kami diletakkan masing-masing pada sudut
atas kiri dan bawah kanan manakala perkataan JEMPUTAN KAHWIN serta tarikhnya
terletak di tengah-tengah. Satu lopak lagi menjadi bahagian isi dengan bermula
di atasnya tertulis Assalamualaikum ,Ya Qadzial Hajat, nama emak mertua serta
keluarga, diikuti ayat mengundang dengan menyatakan hari, tarikh dan tempat.
Ruang ketiga mengandungi petak kecil di tengah bertulis aturcara serta waktu
majlis dan di bawahnya tercatat pula ‘Turut Mengundang: Seisi keluarga’. Tiada
nama ahli keluarga dan senarai nombor telefon mereka…… Ruang terakhir, yang
jika dilipat menjadi bahagian luar belakang kad terdapat satu petak dengan perkataan
tunggal ‘Kepada:’ diikuti empat garis melintang…... Nama pencetak: Percetakan Ustaras, Alor Setar bertulis kecil
terdapat pada bawahnya……
Cucu emak yang bongsu itu tersengih lagi. Begitulah ayahnya……
Seperti setiap tahun yang dapat diingatnya…
“Happy anniversary too….”
Kata saya pula, ikut tersengih kepada menantu emak.
Tiada acara meraikan.
Makan-makan?
Baru selesai masing-masing menelan bihun sup -
air tangan menantu emak.
Demikianlah.
13 Februari, 16 tahun lalu.
Meriah sungguh hari itu di rumah mertua saya. Rombongan kami
sampai sekitar jam 2 petang. Selain keluarga – adik-adik serta emak-emak dan
bapa-bapa saudara - ada Ustaz Fairose
bersama abangnya Sehabudin ikut mengiringi. Cikgu Non dan Cikgu
Rahim? Maaf, saya tidak berapa ingat ada atau tiada. Lagi pula, hari itu
sayalah pengantinnya. Manalah sempat ingat semuanya. Tengah terawang-awang……
Hujan tiba-tiba mencurah sehingga kami terpaksa masuk ke khemah menyertai jemputan yang sedang menjamu selera.Masalahlah bagi saya untuk
digandingkan dengan menantu emak yang sedang segan-segan menunggu di dalam
rumahnya. Seorang jiran mertua mencabut payung besar di tempat orang membasuh
pinggan bagi membawa saya dari khemah makan ke rumah mertua yang terpisah
sejarak 10 meter. Bukan semua orang dapat berpayung besar begitu pada hari
perkahwinannya….. dan pembawa payung itu akrab dengan keluarga saya sehingga
kini. Dia pun mengaku, sebelum dan selepas saya,tidak pernah lagi dia
mengiringi dan memayungi pengantin sebegitu…….
Petangnya, selepas turun takhta sekejap, saya ke rumah mertua sulung,
mengangkut tiga ekor kambing sebagai salah satu menu untuk kenduri di rumah emak esoknya.
Sampai di kampung pada hujung petang itu, sambil berjalan
menuju ke rumah, saya berselisih dengan sekumpulan budak perempuan bekas pelajar AlFalah. Mereka baru saja keluar
dari rumah emak. Dua tiga orang daripada mereka masih saya ingat. Namun, demi ketenteraman awam
dan agar tidak disalahmengertikan, eloklah nama mereka tidak disebut di sini.
Sebabnya, semasa bertembung itu, dalam mengucapkan tahniah kepada saya, jurucakap
kumpulan bercerita bahawa semasa di rumah emak, mereka bertanya anak saya yang
baru berusia 2 tahun sebulan: di antara mereka, siapakah yang dia mahu jadikan
emak? Ada ka?
Nakal betul mereka, ‘kan? Hehehehe.
Siapakah pilihan anak kecil itu? Ada jawapannya tetapi
biarlah kumpulan bekas pelajar itu dan saya sahaja yang tahu….. Tiada
maknanya…….
Tapi memang tidak patutlah melawak dengan budak kecil
sebegitu, ‘kan? Lebih-lebih lagi budak itu baru saja menerima emak baru. Lainlah
kalau melawak dengan ayahnya dua tiga bulan sebelum itu…….
Rupa-rupanya mereka membawa buah tangan kerana tidak sanggup
datang esoknya…… Maaf, ayat itu sebenarnya berbunyi: Rupa-rupanya mereka
membawa buah tangan kerana tidak dapat datang esoknya, kerana kalau tidak silap
memang mereka tidak diundang. Saya terlupa mengundang. Benar-benar terlupa.
Lagi pula, sayalah pengantinnya. Manalah sempat ingat semuanya. Puas juga
petang itu dileteri emak……
14 Februari, 16 tahun lalu.
Kenduri di rumah mertua kepada menantu emak…..
Demikianlah.
Enam belas tahun kami menjadi sama
tua. Menempuh semuanya bersama – yang pahit, masam, manis,payau,
pedas,kelat dan tawar.
Tiada tempoh percintaan yang penuh lakonan. Tiada acara minum dari satu gelas dengan dua penyedut di restoran tiga empat bintang. Tiada mengutus
sekeping pun surat berbau bedak Cuticura
atau bedak Nyonya dan seumpamanya. Tiada adegan rajuk minta dipujuk di tepi pantai atau taman bunga. Tiada perbualan berjela di
telefon hingga memanaskan cuping telinga. Tiada perjumpaan termalu-malu di stesen bas.......
Sedar-sedar kami sudah berkahwin.
Sedar tak sedar sudah 16 tahun bersama.
Semoga kami bahagia untuk fasa berikutnya. Kalau enam belas
tahun telah dilalui dengan jaya, apalah sangat pada bakinya ………
14 Februari 2013.
Salah jika menyambut Hari Valentine. Maka sambutlah hari
ulangtahun perkahwinan saya ini dengan meraikan pasangan anda. Sayangilah
mereka sebagaimana saya menyayangi menantu emak, Insyaallah anda akan dibalas
dengan rasa sayang yang serupa……
Saya membelek kad jemputan yang berusia 16 tahun dua bulan
tadi. Ada sesuatu yang melintas….
….bersamaan 5 Syawal 1417. Demikian tercatat tentang tarikh
jemputan kenduri itu.
Ertinya, jamuan raya di SK Taman Bersatu tahun lalu adalah
juga bersempena ulangtahun perkahwinan saya! Terima kasihlah kepada semua yang
hadir memeriahkannya…… Hehehehehe.
Dan kalaupun tahun ini majlis hari raya diawalkan sehari,
masih boleh dikira sebagai meraikan ulangtahun perkahwinan saya yang
ketujuhbelas - mengikut tarikh Hijriah pula……. Hehehehe.
Selamat ulangtahun, isteriku.
Permata keduaku!
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
5 comments:
Happy anniversary, cipher.....
ya, kami raikan hari ini untuk tuan...
yer, skurng ada sbb utk kita rai 14feb ni
Engkau isteri yg ku sanjungi...
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Cipher. Semoga jodoh berkekalan dipanjangkan sehingga ke Syurga... Amin. Permata Pertama dan Permata Kedua. Perlukan adanya Permata Ketiga? hehehehe.....
Moga terus berseri2 ya!!
Nnt aku bgtau prmata yg sedia ada...yg puan yaya mngalakn cipher tambah lg prmata
Post a Comment