[petikan dari entri Budak Batas Paip, Alor Ibus Dan ... Yan]
Itu adalah hasil pertemuan pada 23 November 2012.
Saya terkenang pada muka depan akhbar Utusan Malaysia 17 Jun 2004. Pada kolum paling kanan ada berita kematian Norashikin itu dengan gambar arwah bertudung merah, manis terletak di bahagian atasnya. Saya memberitahu Ustazah Rodziah pada tengah hari itu, yang kebetulan telah juga melihat berita tersebut.
Guntingan berita berkenaan ada saya simpan tetapi kerana tiada sistem seperti di Arkib Negara, tidak tahulah di mana dan bagaimana keadaannya kini.
Malam Jumaat lepas, 7 Februari 2013, saya bertemu lagi dengan Saifol Adly Hassan [yang dipanggil Pak Ali oleh rakan sekolahnya]. Ketika itu kami bersama BBP dan Ustaz Husin Latih juga. Banyak yang dibualkan sehingga sekitar jam 1 pagi.
Saifol Adly |
Semasa akan berpisah dan menitip salam kepada isteri, Azura, budak Falah asal Kampung Perlis, rakan sekelas yang disuntingnya, barulah saya teringat tentang arwah Norashikin. Hendak bertanya sedikit lagi kepada Saifol, kami telah bersetuju untuk berpisah dahulu, malah sudah meninggalkan kerusi meja di kedai makan ala Thai itu..
Maka sambil berangkat balik, saya teringat untuk meminta BBP menghubungi Saifol bagi mendapatkan tarikh kemalangan yang menimpa Norashikin untuk memudahkan saya mencari beritanya di akhbar.
Saya boleh menghubungi Saifol sendiri, namun tidak tahu emosinya tentang hal arwah sepupunya itu, maka baiklah BBP sahaja yang menguruskan....
Awal petang itu saya mendapat mesej dari BBP: Katanya klu xsilap 15.6.2004.
Lapan minit kemudian, dia menghantar mesej lagi dengan beberapa pengulangan 'katanya lagi' :
Katanya lagi..dia ada keratan akhbar kisah tu...katanya lagi kompom 15.6.04 hari selasa
Katanya lagi ...dia akn bagi klu dia jumpa
Katanya
lagi...classmate dia ada yg mati kmalangan..namanya syaireyl
azenan..3.11.03 brsamaan 8 ramadhan..lpas brbuka..hr isnin..jam8.30 mlm d
jln..a.jggus
Katanya lagi nama adik reny tu ...norasyikin azemi
Saya membuka arkib Utusan Malaysia. Ada berita tersebut, malangnya tiada foto wajah Norasyikin seperti di akhbar bercetak.Saya buka Berita Harian, sedihnya hanya ada arkib seminggu. Sahabat dari Singapura, yang diperkenalkan oleh Cikgu Google, yang menyimpan keratan akhbar BH tentang kematian pelajar Falah itu pula bermasalah untuk memberikannya. Akhirnya saya merujuk semula arkib Utusan.
Inilah yang diberitahu oleh Utusan Malaysia 17 jun 2004.
Wanita sarat mengandung mati digilis trak suami
ALOR STAR 16 Jun - Seorang wanita mengandung lima bulan terbunuh
manakala ibu mertuanya cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan
trak penunda yang dipandu oleh suaminya di Jalan Tunku Abdul Rahman
Putra, di sini malam tadi.
Mangsa, Norashikin Azemi, 18, yang menunggang motosikal mati di
tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala setelah dipercayai
terkena tayar belakang trak penunda yang dipandu suaminya, Abdullah
Sohimi Din, 27.
Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Mergong I di sini, kira-kira pukul 8 malam.
Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Cif Inspektor Barudin Wariso berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu mertuanya, Maimunah Salim, 60, yang tinggal di Kampung Belakang Petronas, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, dalam perjalanan pulang dari pasar malam berhampiran rumah mereka.
Katanya, ketika hendak pulang ke rumah, mangsa menghubungi suaminya, seorang operator trak penunda yang kebetulan berada di kawasan berhampiran.
``Mereka bertiga kemudian pulang ke rumah secara beriringan dengan
mangsa menunggang di hadapan manakala trak suaminya di belakang,''
katanya di sini hari ini.
Katanya, jalan yang dilalui di situ sebahagian besar sudah diturap
manakala bahagian tepi jalan masih belum diturap tetapi sudah disiram
dengan minyak tar.
Bahagian jalan yang diturap lebih tinggi daripada bahagian yang belum diturap.
``Apabila tiba di tempat kejadian mangsa yang menunggang motosikal
Modenas Karisma telah tersasar ke bahagian jalan belum diturap
menyebabkan dia bertindak membelok ke kanan untuk naik semula ke jalan
yang telah diturap.
``Oleh kerana jalan yang diturap lebih tinggi, mangsa terjatuh atas jalan raya.
``Suami mangsa yang mengekori dari belakang cuba mengelak tetapi
tayar belakang trak penunda itu terkena kepala mangsa,'' katanya.
Menurutnya, pasangan itu baru mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan mangsa kini mengandung lima bulan.
Tinjauan yang dibuat mendapati, kerja-kerja menaikkan taraf jalan giat dijalankan dan keadaan jalan waktu malam agak gelap.
Barudin yang ditanya mengenai masalah itu berkata, polis akan
memanggil kontraktor berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai
masalah tersebut.
2 comments:
suratan ....takdir
alfatihah.... semoga roh mereka dirahmati Allah dan tergolong dlm golongan mukmin yang solehan... aminn....
Post a Comment