15 February 2013
Oren Dan Straw
Sekali peristiwa, kami singgah minum di satu tem...? Tempat.
Cukuplah kalau saya katakan kami itu terdiri daripada saya, Cikgu Non dan seorang la...? Lagi.
Nama yang seorang lagi itu tidak perlulah saya ca...? Catat.
Yang seorang lagi itu meminta air o...? Oren.
Manakala saya dan Cikgu Non memesan jus o...? Oren.
Beberapa ketika kemudian sampailah minuman yang dipesan i...? Itu.
Yang seorang lagi tadi asyik memerhati minuman yang baru sam...? Sampai.
Dia hairan melihat minuman kami dan minuman sendi...? Sendiri.
Gelasnya memanglah ada air oren tetapi pada gelas kami diletakkan pula hirisan buah oren pada bibir...? Bibirnya.
"Tang 'ni nampak berlain 'dah...." kata yang seorang lagi i...? Itu.
Kemudian dia dapat mengesan satu lagi yang berbe...? Berbeza.
Penyedut minuman pada gelasnya lurus, manakala penyedut pada gelas kami beng...? Bengkok.
"Ih..ih... tang 'ni pun berbeza lagi....." katanya sambil menggeleng kepa...? Kepala.
Cikgu Non tertawa. Dia mengambil penyedut minuman dari gelas yang seorang tadi lalu membengkokkannya pada bahagian yang memang dibuat berkeluk-keluk ala spring i...? Itu.
Yang seorang tadi itu tersenyum sambil mengangguk-angguk dan menyebut 'o' tanpa berbu...? Berbunyi.
"Hang minta air oren. Depa bancuh air oren biasalah. Kami pula minta jus oren. Depa kena perah buah oren. Sengajalah depa hiris buah sedikit letakkan di mulut gelas 'ni, Buat hiasan. Lagi pula harganya lainlah...." Demikian agak panjang Cikgu Non menyatakan sebab-sebab perbezaan ge...? Gelas.
Yang seorang lagi tadi terus mengangguk dan memuncungkan bibir bagi menyebut 'o' yang masih tidak berbu...? Berbunyi.
Mujurlah hirisan oren sahaja yang diletakkan pada gelas kami. Kalaulah ada payung mini pula bersamanya, je...? Jenuhlah......
Peristiwa tersebut berlaku lebih dari sedekad yang lalu. Tetapi Cikgu Non akan tetap mengingatnya setiap kali minum di kedai yang menyediakan penyedut minuman yang boleh dibeng...? Dibengkokkan.
Ingatan itu berulang malam tadi tatkala kami berkumpul bersama beberapa bekas pelajar AlFalah, di atas gazebo di hadapan sebuah restoran makanan ala Thai di Jalan Kuala Ke...? Kedah.
Demi...? Demikianlah.
Moral ceritanya, carilah sendi...? Sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hihihi....masak ikan temenung 3 rasa
Mohd Zairi Mohd Ariff: Aii..cpt betoi kluaq crita ni..bl plak crita Tesco vs Disco.
Ini aq petik dari fb AlFalah. Mesti ada cerita pnjng lg ni.
Yg wiraosman kata masak ikan temenung 3 rasa tu pun misteri juga.
Apa maksudnya...
Post a Comment