[Kampuhan TIGA episod Ceritera 1Malam: Batas Paip, Simpang Empat , Yan Dan Tanjung Dawai
yang tersiar pada 8, 11 dan 12 September 2013. Untuk kemudahan pembaca yang malu mengelik ketiga-tiganya... Memang sengaja diulangsiar.
yang tersiar pada 8, 11 dan 12 September 2013. Untuk kemudahan pembaca yang malu mengelik ketiga-tiganya... Memang sengaja diulangsiar.
Ilmu tidak tawar oleh ulangan, kata Rahman Shaari dalam sajaknya, Sahabat]
Saya sedang mengerang
dan mengarang di dalam bilik tengah sebaik selesai solat Isyak. Di atas skrin
di depan saya baru tertera 6-7 perenggan bagi entri sebuah blog keluarga.
Sombongnya budak ni. Hang tunjuk ek kat aku noo. Takpa. Nanti
kalau hang pi ka Aloq Setaq, kepala hang nanti aku putaq, hang tau!?
Tiba-tiba, suara emak cikgu kelas masak-memasak[kononnya]
dalam filem Masam-masam
Manis menarik pendengaran saya. Tandanya ada mesej masuk. Saya baca…
dan saya jawab. Dan suara bakal mertua Che’gu Shaari itu beberapa kali lagi
berbunyi dalam masa 13 minit, apabila saya terus membaca dan membalas mesej….
Penghantarnya, Saiful Adly, Budak Taman Bersatu
[BTB].
Cikgu Din.. Ooo.. Cikgu Din… nyatakan lokasi
anda skrg - 20:42:22
D rumah – 20:42:59
Mlm ni blh? Free x? – 20:44:13
N – 20:44:53
Tak sempat tekan huruf yang lain lagi, jari saya
tersentuh punat ‘hantar’, laju saja
utusan bergerak menghantar satu abjad itu.. Maka saya hantar semula apa yang
saya niatkan ketika menekan punat huruf N tadi.
Nk mai ka – 20:45:27
N.Klau cikgu free… Sy nak mlgkah kluaq utk ke
smpg b’sama mat nasir. Nk ajak aziz skali..dia dh o.t.w blk kem. Jd klau cg
sudi. Kami akn ke sna. Blh? – 20:46:45
Dia pun balas bermula dengan N juga? Entah apa maksud N itu
baginya, hanya Allah yang tahu… Saya teringat Budak Batas Paip [BBP]. Nanti
kalau tidak diberitahu semakin halus pula saiz hati budak itu…
Free sgt. Bbp ada dak? Maila – 20:48:51
X sure. Sy dr rmh – 20:49:32
Ok – 20:50:17
Saya cuba hubungi BBP. Tapi rangkaian seperti mencemburui
kami. Tiada sampai agaknya panggilan saya terus kepada BBP. Hanya setiausahanya
yang bersuara, macam malas menjawab. – 20:50:40
Lokasi? – 20:54:02
Ikutla – 20:55:16
Dinalang – 20:55:54
Dinalang?
20:57:02 - Daripada
hanya menghantar huruf, saya terus tukar kepada menghantar suara. Saya hubungi
Budak Taman Bersatu itu.
Sah, dia sekadar menyakat dengan menyebut restoran yang
menjual ais kacang salji di Simpang Empat itu. Memang dia pun tahu, restoran
yang asalnya sebuah kedai abc warisan, cuma dibuka pada siang hari…
Lalu, dia mencadangkan Restoran Sultan Ibrahim berhadapan
Balai Polis – tempat selalu dia minum jika bertemu Nasir dan kawan-kawan lain.
Saya setuju sahaja. Apabila mereka hampir sampai, saya akan diberitahu,
demikian janji nya. Sementara itu, dia masih menunggu panggilan balas dari BBP,
kerana katanya, ketika dihubungi tadi, anak BBP memaklumkan ayahnya , si peminat
perbahasan di dalam fb itu, sedang menunaikan solat Isya. Oo.. patutlah
panggilan saya tadi tidak berjawab. Nantilah, kalau saya teringat, akan saya
suruh saja BBP pecat setiausahanya yang menerima panggilan saya tadi. Adakah
patut bosnya sedang bersolat pun, dia hanya memberitahu dengan ayat klise: Nombor
yang anda hubungi…… Dah ‘tu berlagak pula – tak mahu cakap bahasa
Malaysia…sedangkan bahasa Inggerisnya bukan lancar sangat pun - sebiji-sebiji!
Hehehe.
Saya kembali menghadap skrin. Membaca blog milik seorang
wartawan Indonesia. Saya peminatnya, kerana dari tulisannya, saya tahu banyak
tentang negaranya serta betapa dia sangat mencemburui Malaysia – terutama
keberuntungan negara kita yang menaungi jutaan tenaga kerja dari negaranya.
Sebagai timbalnya, dia sering mengungkit kegemaran
kita menciplak banyak perkara dari jiran serumpun itu – batik, keroncong, lagu
Rasa Sayang, hinggalah lagu kebangsaan kita , Negaraku… Saya juga gemar gaya
bahasanya .
Sambil itu, sesekali saya menjeling laman fb, statistik pada
semua blog saya serta sebuah akhbar dalam talian.
21:42:00 - Saiful
menelefon saya. Tapi rasanya bukan suara BTB itu yang muncul, sebaliknya suara
BBP. Mereka sudah sampai ke Simpang Empat, mahu datang menjemput saya.
Kasihanlah pula berjemput-berhantar nanti, lalu saya mahu keluar dengan motor
dan meminta mereka menunggu di tempat dijanjikan. Tetapi BBP memberitahu mereka
sudah pun masuk ke kawasan kejiranan saya. Apa-apalah..
Saya menanti sambil siap mematikan komputer.
Sebentar kemudian mereka sampai bersama seekor ikan yang lumayan besarnya – Kelisa. BBP
berada di bahagian depan bersama Saiful, manakala di belakang ada seorang
berkepala botak – Mohd Nasir Hassan. Saya menaiki Kelisa itu sambil bersalam
serta mengucapkan tahniah terutamanya kepada BBP. Saiful bertanya, tahniah
untuk apa, dan saya tidak menjawab dengan tepat. Samalah dengan Nasir yang tidak
pun menjawab botaknya yang belum pun sampai 24 jam itu untuk apa….
“Cikgu Non ada dak?” tanya seseorang.
21:47:15 - Saya mendail nombor Cikgu Non walaupun ketika itu
kami nampak pintu rumahnya , manakala kereta serta motornya sedang dengan sopan
sekali berbaring di depan rumah. Ada bunyi ‘tut’ yang kuat pada telefon saya. Sah panggilan saya tidak bersahut.
Saya turun dari Kelisa, menggoncang sedikit selak pintu pagar
sambil memberi salam. Cikgu Non keluar. Dia sedang meneliti tentang foreign exchange
rupanya. Dia menyatakan tidak mendapat isyarat panggilan saya tadi. Dengan
ringkas dan padat, saya maklumkan tujuan kami berempat untuk bersidang di
depan kedai mamak di pekan Simpang Empat itu.
“Sat, sat,” kata Cikgu Non sambil berpusing ke pintu rumahnya.
“Hangpa pi dulu. Sat gi aku pi naik motor..”
Saya pun masuk semula ke dalam Kelisa. Tidak saya tahu,
rupanya skrip sudah diubah.
Nasir mencadangkan kami ke sebuah kedai yang sering dikunjunginya di Buluh Lima [Batu 9]. Pulak! Masakan mahu membiarkan Cikgu Non tercari-cari kami pula di depan restoran mamak di depan Balai Polis Simpang Empat itu…
Nasir mencadangkan kami ke sebuah kedai yang sering dikunjunginya di Buluh Lima [Batu 9]. Pulak! Masakan mahu membiarkan Cikgu Non tercari-cari kami pula di depan restoran mamak di depan Balai Polis Simpang Empat itu…
21:49:08 – Saya hubungi Cikgu Non, memberitahunya bahawa plan sudah bertukar. “Tak pa,” balas Cikgu Non. Mereka hanya tukar plan, Cikgu Non terus tukar projek!
“Cikgu Non kata tinggal Kelisa di sini. Kita naik kereta dia….” Saya memberitahu tiga bekas budak Falah tadi. Ada keluhan sedikit dari seseorang.
“Awat?” saya bertanya.
“Kita pi asing-asingla…. Kalau dengan kereta Cikgu Non, sahih lambat balik!” kata seseorang itu yang sedikit berpengalaman dengan saya dan Cikgu Non…
Belumpun sesiapa berkata apa-apa, Cikgu Non sudah pun keluar, memasuki keretanya setelah membuka pintu pagar. Saiful meletakkan Kelisanya berdekatan pagar. Saiful masuk ke tempat duduk belakang, Nasir masuk ke tempat duduk paling belakang dan saya pula masuk kemudiannya duduk di sisi Saiful. BBP? Dia masuk duduk di samping Cikgu Non di depan setelah menutup pintu pagar. Selesa sekali BBP berada di posisinya, siap boleh letakkan kaki di atas kaki… dan kami ketawa mengingat bagaimana di dalam Kelisa tadi dia terpaksa menghimpunkankedua-dua lutut berhampiran dada…
“Kita nak pi mana ‘ni?” tanya Cikgu Non. Saiful memberitahu cadangan Nasir tadi. Cikgu Non mengomen sedikit tentang tempat yang dicadangkan itu. Saya hanya tersengih di dalam gelap. Siaplah budak-budak oi… “Nak minum dengan bersembang saja, ‘kan?” tanyanya lagi.
“Kita pi jauh sikit…. Sambungnya sebelum membelok untuk berhenti di depan BSN di depan kawasan kejiranan kami. Dia turun.
21:52:57 - Saya mengambil kesempatan itu mendail nombor seseorang. “Nak perhangat….” Kata saya. Ramah pihak di sebelah sana membalas sebaik saya bercerita tentang kumpulan kami di dalam kereta itu. BBP menyangka saya menghubungi Cikgu Rahim. Tetapi bukan. Pihak di sebelah sana menyangka saya bergurau menghubunginya sebegitu jauh... Apalah jauhnya kalau boleh berbisik-bisik? Dia sekadar menyampaikan salam kerana memang tidak dapat turut serta. 1 minit 36 saat. Demikianlah masa saya sempat berbual dengan Aswad Lorong Mayat yang berada di Kuala Selangor, sama masa dengan Cikgu Non turun dan dating semula ke keretanya. Seronok juga kalau boleh menimbulkan kemarahan Aswad rupanya…..hehehehe.
Sebaik menggerakkan semula keretanya, Cikgu Non masih bertanya ke mana tujuan kami. BBP hanya menjawab, jangan jauh sangat…. Saya menyatakan kepada Cikgu Non, mereka mungkin tidak mendapat lessen besar dari samatua… Ckgu Non tersenyum. Yang bertiga lagi pun agaknya tersenyum juga walaupun makna setiap senyuman itu mungkin berbeza.
“Tanjung Dawai?” tanya Cikgu Non. Ada desahan kedengaran.
“Jauh sangat kut…” bisik seseorang.
Beberapa minit kemudian kami melintasi kedai yang Nasir cadangkan tadi - di Buluh Lima.
“Tak sedap…” kata Cikgu Non, “orang pun takdak. Kita nak singgah kena tengok pelanggan. Kalau pelanggan sikit, jangan singgah. Maruah kita kena jaga… “
Demikian antara kata Cikgu Non yang sempat saya simpan dalam memori. Sementara itu kami sampai ke Kota Sarang Semut. Cikgu Non membelok ke kanan, ke arah Kuala Sala.
“Kita nak minum sambil bersembang, ‘kan?” tanya Cikgu Non. “Atas kereta ‘ni pun boleh bersembang, sat gi kita minum…. Bukan gaduh buat apa, saya yang bawa kereta!”
Tidak lama kemudian kami menghala pula ke Sungai Limau/Sungai Yan.
“Kita tengok suasana lepas pilihanraya sama, “kata jurupandu kami itu…
Suasana sepi. Maklumlah, baik yang kalah atau yang menang sedang keletihan… Di satu dua tempat ada beberapa orang pihak kalah sedang menurunkan poster….
22:04:11 – Saya hubungi Cikgu Shon. Tetapi, sama seperti BBP lebih sejam yang lalu, Cikgu Shon hanya mengarahkan setiausahanya sahaja yang menjawab….
22:05:34 – Sekali lagi saya mencuba. Setiausahanya masih dengan suara dan jawapan yang monotonous itu. Sah Cikgu Shon tidak mahu digangggu… Saya maklumkan hal itu kepada Cikgu Non.
Saya berbual dengan BTB serta Nasir di bahgian belakang itu, sementara BBP bersembang dengan Cikgu Non di depan. Lama-lama sekali perbualan kami berpusat sama. Dalam berbual itu, saya bersimpati kepada Nasir yang seperti terhoyong-hayang di tempat duduknya itu. “Sat lagi hang mai duduk depan…..” kata saya. Nasir tersengih. Keadaannya itu disebabkan dia cuba mengelakkan kepalanya yang bertelanjang bulat itu dari hembusan pendingin hawa yang tepat berada di atasnya! “Sejuk!!” kata Nasir dan kami tertawa.
Kami sampai di Sungai Yan. Cikgu Non membelok ke kiri, sekadar menunjukkan gerai pasembor yang istimewa di sebuah bazaar. Pekerja gerai itu sedang bersiap untuk balik… “Sekurang-kurangnya hangpa tau tempat ni…” kata Cikgu Non lalu menghala ke jalan utama menuju ke Yan.
22;18:10 – Saya mencuba lagi menghubungi budak Yan tadi. Hampa juga.
“Sini pun ok juga, “ kata Cikgu Non sebaik kami melintasi Restoran Seri Nila [kalau tidak silap] – tempat yang selalu kami singgahi jika mahu berjumpa dengan Cikgu Shon dahulu. Kedai berhadapan pintu masuk ke Hospital Yan itu pula berkeadaan seperti tidak beroperasi pada hari berkenaan.
Jalan menghala ke Yan juga sunyi. Begitu juga di pekannya. Bagaimana sebuah ibu daerah begitu sekali sunyinya? Mungkin Cikgu Shon boleh berikan jawapannya.
“Kita tengok Pantai Murni sat….” kata Cikgu Non tapi dia sendiri tahu keadaannya berpandukan hanya beberapa buah kereta berada di atas jalan raya.
“Shon main badminton di sini kut…” kata saya pula sebaik melintasi Dewan Dato’ Madi. Tapi yang kelihatan hanya 3 orang berpakaian seragam di depan pintu dewan yang turut menjadi pusat penamaan calon bagi PRK baru-baru ini. Seorang darinya sedang membaca akhbar
“Mungkin kali ketiga…” kata seseorang di antara kami…
Membelok ke arah pantai, saya sempat berkisah tentang satu kejadian , lama dulu. Kisah yang saya paparkan dalam entri ‘Cinta Pantai Murni’. Meski ikut terlibat, Cikgu Non hanya mendiamkan diri, sehinggalah setelah kami berpatah balik.
“Hang nak tau rumah budak tu? Nanti aku tunjuk….”
Suratan atau kebetulan?
Bagi yang malas membaca entri ‘Cinta Pantai Murni’ biarlah
saya catatkan sedikit peristiwa pada tahun 1987atau 1988 itu. {Saya pasti
antara dua tahun itu kerana 1987 tahun Cikgu Non mula berada di AlFalah, serta
tahunnya pencabar kami masih belajar di AlFalah – sehingga SPM 1988}.
Kami – sekumpulan guru dan pelajar – sedang dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Lembah Bujang anjuran guru Sejarah, Cikgu Abdur Rahim Daud. Selepas melihat candi-candi dan bahan sejarah lain di situ, kerana hari masih awal, kami pergi ke Tanjung Dawai sebentar. Sebentar kerana tiada yang begitu menarik di kawasan perkampungan nelayan itu kepada kebanyakan ahli rombongan. Sebelum pulang ke sekolah kami singgah pula beberapa ketika di Pantai Murni, Yan. Pemandu bas juga sanggup menunggu, mungkin merasakan belum berbaloi masa dan jarak yang telah dilalui setakat ini, dengan bayaran yang diterimanya.
Setelah puas berjalan di sekitar pantai berselut
dengan air laut yang kelabu, termasuk menapak di atas jeti yang agak uzur serta
makan-makan di gerai berhampiran pantai, kami naik ke atas bas, sambil menunggu
semua pelajar selesai makan dan bersiar.
Ketika inilah datangnya cabaran dari tiga murid
perempuan – diketuai oleh Junaidah Kassim – agar kami [Cikgu Rahim, Cikgu Non
dan saya] dapat mengurat tiga gadis yang sedang duduk di salah satu bangku di
tepi Pantai Murni itu. Junaidah bersama Rubiah Baharom dan Norhayati Che Rose
menjanjikan makan percuma untuk kami
jika cabaran itu berjaya kami laksanakan.
Mereka tahu kami memang masing-masing masih
solo. Tidak pernah ada gossip di akhbar atau majalah bahawa kami sedang
berpacaran dengan mana-mana artis….hehehe. Sebab itulah mereka beria-ia
menggiat kami, apalagi dengan sokongan Cikgu Ramlah yang baru saja naik ke atas
bas rombongan – tempat kami berbual itu.
Tapi mereka tersilap dalam satu perkara.
Sepatutnya jangan mencabar ketiga-tiga serentak. Kalau dicabar seorang saja,
terutama saya, pastilah awal-awal lagi, saya mengaku kalah. Saya ingat pesan
emak sejak mula baligh dulu – jangan kacau anak dara orang, nanti dahi berbekas
dengan pelepah kelapa atau kayu panjang dengan lebar x tebalnya adalah 3” x 1½”
[bahasa kampungnya kayu tiga tengah dua]!
Apabila dicabar serentak begitu, kami saling
menumpang berani lalu membentuk satu keyakinan yang jitu. Membusung dada kami
dibuatnya…
Kami melangkah turun dari bas dan terus
menghampiri tiga gadis yang sedang memandang air Selat Melaka yang keruh itu.
Mereka terkejut dan cuba bangun. Namun, kerana niat kami ikhlas, agaknya
[hehehe], mereka rela ikut berlakon, setelah tahu bahawa kami menerima cabaran
dari sekumpulan murid yang sedang memerhati kami dari atas bas. Para pencabar
tadi bukan dengar pun apa yang kami bualkan…..
Maka berbuallah kami berenam. Tak ingat pula sama
ada dialog seperti Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok : ‘Agak-agaknya di
negeri China sekarang musim……’ ikut dilafazkan atau tidak. Tetapi sempatlah
bertanya asal-usul mereka bertiga.
Seorang daripadanya memberitahu bahawa rumahnya
di sekitar Sungai Udang, Yan. Apabila disoal lebih lagi oleh Cikgu Non yang
sememangnya mempunyai bapa saudara di sekitar itu juga [ dan saya pernah sekali
dibawa ke situ], ternyata gadis itu adalah puak
laghak Cikgu Non![puak laghak sering digunakan oleh cikgu Matematik dan Sains itu, bagi merujuk kepada kaum kerabat atau adik-beradik]. Apa lagi, siap dengan nombor telefon rumahnya kami
perolehi…{barang diingat pada hujung dekad 80-an itu, tak bolehlah kami sebut
dapat nombor telefon bimbitnya, nampak sangat pembohongnya, kerana era telefon
bimbit masih jauh lagi….Bekas air
berbentuk telefon bimbit pun belum ada!}
Kesempatan duduk berlama bersama tiga gadis itu
diperhatikan oleh pencabar kami di atas bas. Makin sah lagi apabila kami mampu
memperagakan nombor telefon salah seorang anak dara itu….. Maka makan
percumalah kami pada petang nan murni itu….
Demikianlah.
“Hang nak tau rumah budak tu? Nanti aku tunjuk….”
[Saya menyangka dalam perjalanan pulang nantilah akan
ditunjukkan rumah puak laghak Cikgu Non di sekitar Sungai Udang, berhampiran
bengkel Bas MARA, di jalan utama Yan – Guar Chempedak itu. Rumah yang nombor
telefonnya sempat kami minta semasa dio Pantai Murni dahulu].
Semasa kereta berpusing balik itu, saya nampak tapak tempat
bas kami diparkir sekitar suku abad dahulu. Lapang dan sunyi. Saya terkenang
kepada sekumpulan budak Falah yang ikut serta ketika itu, terutamanya tiga
pencabar tadi – Junaidah yang kini menetap di Melaka dan Rubiah yang kini
berada di Kelantan serta Norhayati yang tinggal di Negeri Antah Berantah... Dan
pastilah - paling jelas - muncul juga wajah arwah Cikgu Ramlah…
Cikgu Non memperlahankan kereta ketika menghala semula ke arah
jalan besar. Sebelum bertemu semula Dewan Dato’ Madi tadi, makin perlahan
pergerakan kereta itu.
“Tu rumah dia…..”kata Cikgu Non sambil menunjuk ke arah kanan,
pada sebuah rumah yang pintu pagarnya terbuka dan lampu porchnya bernyala
terang. Kami semua memerhati rumah tersebut.Seorang lelaki sedang memarkir
motor di bawah porch itu, mungkin baru balik dari kedai.
“Tu laki dia…” kata Cikgu Non lagi. Saya yakin Cikgu Non kenal
dengan lelaki tersebut, maklumlah itu suami puak laghaknya, pupu-poyangnya juga.
Maha Suci Allah. Kebetulan sekali kami melintas tempat
tersebut dan peristiwa lama itu serasa masih baru. Bagaimana agaknya rupa gadis itu
sekarang? Pastilah telah menjadi ibu kepada beberapa orang anak dalam usianya
sekitar 40 tahun kini… Masihkah dia
ingat lagi…
Cikgu Non membelok ke kanan, sebaik sampai ke jalan utama –
pastilah menuju ke Tanjung Dawai.
Jalan terus sunyi. Kereta sesekali dipecut. Ada hati menjadi
sedikit kecut… Cikgu Non tertawa apabila menjeling ‘jirannya’ menggenggam pemegang
pada sisi bumbung kereta…
Kami terus berbual…. Kliselah ayat ini di dalam blog saya,
kan?. Memanglah kami terus berbual. Kami bukannya pendatang asing di dalam
kereta dalang pembawa masuk tenaga kerja tanpa permit yang takut dengan sekatan
polis atau pihak imigresen, takut pula bersuara malah takut juga untuk bernafas
kuat atau melepaskan angin dengan kuat!
Sepanjang perjalanan tadi pun banyak yang kami bualkan. Tetapi
tidaklah dapat saya catat semuanya. Saya bukan kamera video, bukan juga perakam
kaset. Yang terlintas ketika mengetuk papan kekunci, itulah yang dapat anda
baca…
Kami bercakap tentang kerja buat Nasir di sebuah rumah di
kampung kami, tentang pertemuan tidak terancang Saiful dan Nasir dengan Shukeri
Sasuke dan Jauhar Amir di Permatang Pauh, tentang 10 tahun kematian Ein –
Syazriel Azenan, tentang Cikgu Non bermula dengan berkain pelikat dan mahu
makan nasi lemak di Guar tetapi rupanya perjalanan itu membawanya hingga ke
Johor Baharu! Tentang Ustaz Husin bersama Babuji berkain pelikat boleh sampai
ke Kuala Perlis pada satu malam, hanya setelah dirungutkan di dalam kereta
Cikgu Non ‘lama tidak makan ikan bakar’….
Macam-macam lagilah. Pendek kata, sepanjang perjalanan itu
banyak bab yang disentuh. Paling koman pun tentang rumah tinggi di kaki Gunung
Jerai yang sedang kami lintasi……
Beberapa minit setelah membelok lagi pada simpang antara
Singkir – Tanjung Dawai, tajuk dan nada sedikit berubah.
Sebaik nampak sebuah restoran yang lengang, Cikgu Non
memperlahankan kereta. “Tak buka..apa…” katanya, tercari-cari restoran yang biasa
dikunjungi.
Jalan sunyi. Beberapa kedai makan/restoran yang kami lintasi
kelihatan tidak bermaya. Pelanggan tidak ramai. Demi maruah, seperti kata Cikgu
Non, kita kena cari kedai yang ramai pelanggan….hehehehe
“Tak buka… apa…” kata Cikgu Non lagi. Saya tidak tahu restoran
mana yang dicari dan dimaksudkannya.
Jalan sunyi.
Kemudian baru terjumpa batu penyata jarak. Tanjung Dawai 2KM.
“Ni baru sampai….” Kata Cikgu Non, kembali bersemangat. Ada
satu simpang ke Kg Nelayan di kiri jalan dan kami Nampak cahaya lampu
kalimantang berbalut plastik hijau dari jauh, dalam 200 meter.
“Tuuuu!” kata kami serentak.
“Bukan yang ni….” Kata Cikgu Non apabila menghampiri restoran
tersebut. Dia terus memandu perlahan. Sehingga kemudian dijumpai restoran yang
dicarinya. Kereta dibelokkan ke kanan dan diparkir betul-betul di gigi laut.
“Tunggu lagi!?” saya bersuara sambil membuka pintu. Deburan
ombak memukul pantai seakan mengucapkan selamat datang kepada kami …. Angin dan
aroma lautnya… aduhai!
Beberapa orang kanak-kanak yang baru selesai makan bermain di
sekeliling kami. Kami memilih sebuah pondok untuk duduk bersidang.
“Hang tengok kerusi tu….” Kata Cikgu Non kepada Saiful atau
BBP. Kami memerhati kerusi kuning bersusun pada setiap meja di dalam restoran,
sedang kami bersila di atas pondok yang terletak di antara bangunan utama
restoran dengan gigi laut…
“Tu baru ada maruah….” Saya tidak ingat siapa yang berkata,
merujuk kepada kerusi yang dimaksudkan Cikgu Non tadi. Semua tersenyum.
Seorang gadis datang menanyakan pesanan.
Barli ais – Nasir
Jus Epal – BBP
Jus Tembikai + Laici – Saiful
Teh Tarik Halia – Cikgu Non
Limau ais – penulis….
“Tak kan limau ais saja, mai jauh-jauh ni….” Tanya seseorang,
kalau tidak silap salah seorang yang meminta jus tadi...
“Jadilah, nak potong lemak….”
Makan?
Belum ada keputusan. Cikgu Non tidak mahu makan kerana baru
sahaja mengunyah mi dari sebuah bandar di pulau Jawa – Bandung – bersama
anak-anaknya di rumah tadi. Yang lain masih malu-malu…. Cikgu Non bertanya
makanan ringan seperti keropok, tetapi yang paling ringan di situ adalah sotong
goreng tepung…Akhirnya saya menyuruh gadis itu beredar dahulu, sementara
keputusan dibuat nanti oleh majlis timbangtara…
Maaf, saya mahu taip sekali lagi: Kami pun terus berbual…..
Mengimbas beberapa perkara. Mengulas beberapa peristiwa.
Asalkan boleh dinamakan perbualan. Malah soal nama pun dibangkitkan.
Kata Saiful, hanya tiga orang yang memanggilnya Adly. Salah
seorang adalah Cikgu Non. [“Baguslah, ada kelainan” ulas Cikgu Non.] Di
kejiranannya, dia dipanggil Pun/Pul, manakala rakan sekolah memanggilnya Pak
Ali. “Pasai apa panggil Pak Ali?” tanya BBP, entah sama ada memang tidak tahu
atau sekadar mencelah perbualan. “Dari Adly, depa tukaq ke Ali” jawab BTB.
Muhyiddin ...err..Nasir dan BBP |
“Nasir lagi lain. Di kampung orang panggil Muhyiddin….” Kata
Saiful lagi. Muhyiddin …err... Nasir pun terangguk-angguk sambil tersenyum. Saya
sendiri dulunya menyangka Nasir anak kepada Hassan Tipah, seorang
sepupu-sepapat Nasir yang tinggal di kampung kami. Kebetulan hanya itulah
seorang Hassan yang saya tahu ada di situ. Tidak diketahui bahawa ayah Nasir
yang bernama Hassan itu rupanya di kampung dikenali sebagai Md Udi….
Macam-macam.
Macam-macam.
“Hang?” tanya Saiful kepada BBP.
“Tak berubah. Nama ‘tu jugak..” balas BBP. Perlahan sahaja.
Minuman sampai. Pelayan berlalu.
“Oi, hangpa tak mahu makan apa-apa ka?” tanya Cikgu Non. Kami
saling berpandangan. Saya mencadangkan diminta sebarang makanan dibuat
sepinggan besar dan dimakan beramai-ramai, kalau sudah semuanya enggan makan
yang berat-berat…
Pelayan dipanggil. Cadangan saya tadi tidak diterima secara
lisan… Saiful meminta nasi goreng. Cikgu Non bertanya nasi goreng apa yang
sedap… “Nasi goreng Cina, nasi goreng Thai, nasi goreng kampung…. Semua
sedap…”balas gadis pelayan.
Biasalah. Nama mungkin sama tetapi lain kedai lain sedap dan
rasanya. Sedap ‘kan sesuatu yang subjektif? Sedap di lidah Aswad Lorongmayat,
misalnya, belum tentu begitu kepada Zamri Zain. Demikianlah seterusnya.
Saiful
meminta nasi goreng Thai dengan telur mata lembu. Nasir
menurut. Saya meniru, biar boleh makan secara berjemaah tiga orang. Satu
lagi menolong memudahkan tukang goreng di dapur... BBP meminta
sup sayur tanpa nasi. Sejak bila dia menjadi vegetarian, tidaklah saya
tahu.
Berkali-kali pula pelayan itu terpaksa meminta kepastian, betulkah tidak
dikehendaki nasi putih…
Sekali lagi mahu ditaipkan: Kami terus berbual. Hehehehe.
Dalam keasyikan berbual sambil minum dan menghirup udara laut
itu, tidak kami sedari, sekitar 5 meter dari situ – di pondok lain – ada
sepasang mata menoleh memerhatikan kami.
Agaknya suara atau tawa kami telah menarik perhatian telinga dan kemudian mempengaruhi mata. Sepasang mata itu berbisik pula kepada sepasang mata di depannya yang kemudian turut memerhatikan kami…
Agaknya suara atau tawa kami telah menarik perhatian telinga dan kemudian mempengaruhi mata. Sepasang mata itu berbisik pula kepada sepasang mata di depannya yang kemudian turut memerhatikan kami…
Sekali lagi: Suratan atau kebetulan?
Lama agaknya dia memerhatikan kami. Mungkin semenjak kami mula
mendarat
di pondok berdekatan pondok yang didudukinya bersama isteri dan dua anak.
Memang kami tidak pedulikan keliling ketika berbual itu – cuma adalah sekali
apabila dua orang seakan artis Malaysia melintas…. Bukan seiras, ya. Seakan –
di segi gayalah…
Dia menunggu sehingga selesai makan, barulah datang menyapa
kami. Di atas dukungan ada anak kecil yang katanya baru terjaga dari tidur.
Dialah Mohd Sayuti Abd Rashid, budak Kg Padang Jambu, semasa
di AlFalah dahulu.
Dia menghulurkan tangan, menyalami kami. “Takkan minum ayaq
saja…?”katanya di tengah-tengah sapaan itu, agaknya melihat meja di hadapan
kami yang masih bersih.
Dia dan kakaknya, Norhayati pernah belajar di AlFalah. Adiknya
pernah belajar di SMA Ihya’ Al Ulum Ad Diniah, Simpang Empat [Pondok Hj Talib].
Adiknya yang lain pernah pula belajar di SMA Sungai Limau. Kebetulan semasa
adik-adiknya belajar di dua sekolah itu, Cikgu Non juga mengajar di
sekolah-sekolah tersebut.
“Depa ‘ni unik sikit, “kata Cikgu Non, “orang lain tak boleh
tiru…..”
Ahmad Sayuti tersengih manakala Nasir dan BBP serta BTB
menunggu apa yang tidak boleh ditiru itu.
“Dia dengan kak dia belajar di Falah. Saya pindah pi Ihya’
adik dia pula ada di situ. Saya balik Falah sat. Lepas ‘tu saya mengajar di
Sungai Limau, adik depa pula ada lagi di situ….” Demikian panjang Cikgu Non
berkisah.
Dengan kata lain, di sekolah mana Cikgu Non mengajar, di situ
ada anak Lebai Rashid [panggilan orang kampung kepada ayahanda Sayuti]. Atau,
di mana ada anak Lebai Rashid, di situlah Cikgu Non diarahkan mengajar! Pilihlah
frasa mana yang anda suka…
Sempatlah Cikgu Non bertanya khabar akan semua adik beradik Sayuti
merangkap semua anak muridnya dari keluarga Pak Lebai Rashid.. Ada yang kini
bermastautin di Johor dan Sarawak. Kami hanya menumpang mendengar. Yang saya
kenal pun hanya Sayuti dan Norhayati, walaupun adiknya yang belajar di Ihya’ dahulu
pernah saya jumpa beberapa kali ketika berkunjung ke sekolah yang kini telah
mendapat taraf sekolah agama bantuan kerajaan
[SABK] itu
Sayuti tinggal di Gurun manakala kakaknya, Norhayati [petugas
MBAS] menetap di Kepala Batas.
Sayuti juga merupakan bekas rakan sekerja Saiful di bahagian
pengedaran Roti Gardenia dan masih di situ manakala BTB itu telah pun berhenti
untuk menjalankan bisnes sendiri… Sempatlah pula mereka berdua bertukar khabar
tentang rakan-rakan sekerja dahulu serta perkembangan terkini masing-masing.
Sekali lagi, kami yang lain hanya menumpang mendengar.
Sayuti sekeluarga |
Apabila isterinya selesai makan – yang mungkin terganggu sedikit
kerana melayan karenah si anak tadi – Sayuti pun meminta dirinya dilepaskan….
Cikgu Non sempat lagi mempromokan jamuan raya tahun depan di Taman Bersatu “
jangan lupa noo, raya keempat!” disambut dengan kata Insyaallah oleh Sayuti.
Jamuan raya! Perjumpaan raya!
Teringat hal itu, kami berbual sedikit tentangnya. Tempat
memang asalnya mahu dikembalikan ke Dewan SK Taman Bersatu – seperti perjumpaan
kali kedua dahulu – tapi masih dalam perundingan [yang kata BBP sedang
diuruskan oleh Hesba Tgb].
Bagaimanapun, tempat seperti dewan kecil bersebelahan majid itu dijadikan sebagai alternatif jika ada aral di dewan sekolah. Maklumlah, khabarnya sewa meningkat banyak dari kali pertama dahulu, tanpa kerusi pula. Sewa dewan, takkanlah mahu disuruh bekas pelajar Alfalah yang telah menjadi tokoh-tokoh itu bersila. Ada kos tambahan untuk menyewa pengangkutan pergi-balik dan sewa kerusi juga…. Sedangkan kos tersebut elok dijadikan bahan yang dapat dimasukkan ke dalam perut tetamu nanti…. Entahlah. Biarkan BBP serta Saiful berbincang dengan panitia penganjur yang lain. Saya dan Cikgu Non bukan pelajar Alfalah pun … Bagi saya, niat semua cuma mahu berjumpa rakan-rakan lama bagi mengeratkan silaturrahmi. Tempatnya, kalau di dewan PKM pun jadi….Hehehehe.. Ini pandangan saya sebagai orang luarlah….. Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya… hehehehe. Nak lagi? Pakai baju merah, masuk khemah warna koko, tetap merah baju itu….hehehehe. Jangan takut!
Bagaimanapun, tempat seperti dewan kecil bersebelahan majid itu dijadikan sebagai alternatif jika ada aral di dewan sekolah. Maklumlah, khabarnya sewa meningkat banyak dari kali pertama dahulu, tanpa kerusi pula. Sewa dewan, takkanlah mahu disuruh bekas pelajar Alfalah yang telah menjadi tokoh-tokoh itu bersila. Ada kos tambahan untuk menyewa pengangkutan pergi-balik dan sewa kerusi juga…. Sedangkan kos tersebut elok dijadikan bahan yang dapat dimasukkan ke dalam perut tetamu nanti…. Entahlah. Biarkan BBP serta Saiful berbincang dengan panitia penganjur yang lain. Saya dan Cikgu Non bukan pelajar Alfalah pun … Bagi saya, niat semua cuma mahu berjumpa rakan-rakan lama bagi mengeratkan silaturrahmi. Tempatnya, kalau di dewan PKM pun jadi….Hehehehe.. Ini pandangan saya sebagai orang luarlah….. Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya… hehehehe. Nak lagi? Pakai baju merah, masuk khemah warna koko, tetap merah baju itu….hehehehe. Jangan takut!
Melalutlah pula…
Kami berbual terus waimma telah sampai di depan kamai makanan yang dipesan. Sambil makan kami berbual, dan sambil berbual kami makan.
Kami berbual terus waimma telah sampai di depan kamai makanan yang dipesan. Sambil makan kami berbual, dan sambil berbual kami makan.
Sambung lagi tentang perjumpaan BTB dan Nasir dengan
kawan-kawan di BM. Betapa mereka bercadang untuk menawan puncak Gunung Jerai
pada bulan Disember nanti – sengaja membangkitkan nostalgia semasa zaman
perFalahan dahulu…
Entah macam mana timbul bab majalah kartun yang popular dolu-dolu.
Mungkin apabila terbual tentang nama Shukeri Sasuke yang mengambil satu watak
kartun kegemarannya [Terkait tentang nama ini ialah Aziz yang menjadi Sazaziz kerana mintanya yang tegar terhadap jaguh
bina badan, Sazali Samad…].
Kami bernostalgia tentang majalah Gila-gila, Gelihati
sehinggalah Ujang yang mengalmi metamorfosis menjadi Lanun… Terpetik beberapa
nama kartunis serta karya mereka…. Ujang dengan Aku Budak Minang dan Aca,
Gayour dengan Bersama Selamanya, Nud’s dengan kartun bisunya....
Sempat dikenang tiga kali raya majalah Gila-gila dengan cover
budak nakal bermain mercun – kali pertama putus tangan sebelah, kali kedua
putus kedua-dua tangan dan kali ketiga mencucuh mercun/meriam buatan sendiri
dengan kaki pula….
Saya juga teringat [lalu menceritakan] satu kartun di dalam
majalah Gelihati yang Cikgu Non cukup suka. Tajuknya ‘jika lelaki boleh
mengandung’ betapa seorang lelaki bermisai tebal melintang, bermuka sedih, dengan
perut memboyot dalam pakaian mengandung, ditanya oleh ibunya , lebih kurang, “Cakap,
perempuan mana punya kerja ni..?”
Dulu, kalau di atas meja kuih kalau tidak ada majalah-majalah
edisi bumper raya memanglah tidak sah…..
Di atas pondok, di bawah hembusan angin laut itu juga, saya
mencungkil kisah Zamri Zain yang mengejutkan Ustaz Man. [Baca sini -versi saya].[Zamri yang saya temui
pada malam raya haji terkenang kisah itu]. Maka malam itu Cikgu Non pun membuka
cerita itu dengan versi asalnya. Masih juga mengundang tawa mengingat suara
Ustaz Man menyebut : Mu Jahil…. beberapa kali…Marahlah 'tu....
Ada banyak lagilah yang kami bualkan mengikut persimpangan
yang dipandu oleh sesiapa juga. Keluar saja dari mulut seseorang, akan adalah
yang menokok atau yang menyoal. Tentang lesen keluar malam…. tentang rakan-rakan
yang berjaya ditemui.. tentang…. Banyaklah!
Ada lagi yang kautinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin kulupakan
Aduhai saudara…..
Ada yang saya ingat tetapi tidak dapat dihadirkan dalam
catatan ini. Ada yang agak sensitif, takut kena saman….
Akhirnya, saat beredar pun sampai….
Kereta Cikgu Non keluar dari kawasan restoran itu pada pukul
11:52 malam.
“Hang nak balik cepat, ’kan?” tanya si supir. “Jangan laju
sangat….” Kata si jirannya di bangku hadapan…
140km/h.
Kami yang bertiga -
Nasir sudahpun menyertai kami di bangku tengah -di belakang hanya memerhati
meter. Jalan berliku, bang oi…
Bertanyalah BBP tentang rumah di atas kaki gunung lagi,
tentang itu ini. Atau dia sendiri bercerita tentang perjalanannya balik ke
rumah besan emaknya di Kelantan. Semuanya itu mengundang ulasan dari Cikgu Non
yang sesekali memperlahankan pergerakan keretanya.
BBP memainkan peranan yang nampaknya dikesan oleh BTB. Setiap
kali jarum menghampiri angka 140 itu, BBP akan bertanya sesuatu pada sang
supir. BTB tertawa walau dalam hati mungkin berterimakasih. Setiap pertanyaan BBP akan memerlukan Cikgu
Non menjawab, sekali gus menurunkan bacaan pada meter…. Tetapi cara itu pun cuma
kadang-kadang berjaya. Adakala Cikgu Non menjawab sambil terus memecut…
Cikgu Non bercerita bagaimana pelajarnya lebih rela menaiki
kereta guru lain untuk ke Sungai Petani atau Kulim [saya tidak perasan] apabila
sekali menumpangnya dan merasai menaiki kereta dari Sg Yan ke Sg Limau dalam
masa dua minit setengah!
Apabila sampai di Sungai Yan, Cikgu Non memecut sambil kami berbual
tentang satu dua hal. Satu dua hal? Ya. Hanya itu yang sempat buat seketika kerana
sekitar dua minit kemudian kami benar-benar berada di depan SMA Sungai Limau…
Selepas itu barulah kami berbual banyak hal lain…
Sekitar jam 12:32, kami sampai di depan rumah Cikgu Non. BBP
turun membuka pintu pagar manakala kami yang bertiga di belakang ikut turun
membetulkan pinggang dan perut. Cikgu
Non memarkir kereta di dalam garaj.
“Kita balik kut nooo…” kata BTB sambil menggeliat sedikit lagi.
“Kita masuk dulu, pekena kopi…” itu bukan suara Cikgu Non, tapi
suara BBP yang tidak didengari oleh cikgunya itu.
“Kacau bini dia tidoq…” balas BTB pula.
“Kacau apa. Bukan bini dia bancuh…Fuh! Sedap ooo” balas lagi sakan oleh BBP. Sah dia masih terkenang hirupan kopi o pekat pada dua tiga kunjungannya sebelum ini.
Saya, dan lebih-lebih lagi Nasir, hanya tersenyum mendengar.
“Jom masuk dulu. Alah, kira apa… awai lagi…” itu barulah suara Cikgu Non yang baru keluar dari keretanya.
Kami masuk. BBP paling depan, di belakang tuan rumah.
Duduk di sofa, Cikgu Non membuka lappynya, menyatakan kerinduan pada bab FOREX yang ditinggalkan hampir tiga jam. Dia memerhati skrin lappy sambil kami yang lain memerhati skrin tv. Ada perlawanan bolasepak peringkat baru baligh Piala Dunia di Dubai.
BBP membuka telefon cerdiknya buat pertama kali pada malam
itu. Sayangnya tiada sambungan dengan internet, ‘kerana masalah teknikal’.
Cikgu Non memberikan broadbandnya, sayang juga liang untuk usb BBP pula sedikit
kecil…
Saya dan Saiful melihat tv. Nasir yang mendapat pelapik empuk meniarap membaca komik/buku anak Cikgu Non. Menurut rakan sekelasnya – itulah hobi Nasir dari zaman perFalahan, yakni membelek majalah/komik.
BBP? Sambil ikut membelek tv, matanya sesekali memandang
antara muka dapur dan muka Cikgu Non….
Siaran tidak begitu elok dari tv yang juga menggunakan talian internet itu. Buffering memanjang….. Cikgu Non menukar ke beberapa siaran tetapi tiada yang menarik pun kecuali siaran langsung bolasepak itu. Maka, apakah pilihan yang ada selain menyaksikan juga perlawanan bola budak-budak Sweden dengan budak-budak Nigeria di atas padang pasir itu?
Saya tidak perasan sangat bila Cikgu Non masuk ke dapur dan datang semula bersama sedulang berisi setekoh kopi dan lima cawan serta empat pelapiknya.
Tunggu lagi!?
BBP menuang kopi ke semua cawan. Mencapai satu cawan, dia membuat hirupan kuat yang kalau didengar oleh pengeluar kopi, tidak lena kerana bangganya… Dua kali pula!
Kami yang belum menyentuh cawan hanya tergelak memerhati BBP kemudiannya bersandar kepuasan di sofa…
Tunggu lagi!
Kami pun mencapai cawan masing-masing. Meneguk kopi yang hitam sepekat malam yang baru saja berlalu bagi memberi ruang kepada pagi yang baru…
Balik?
Huarghhh.....
Itu pun kena catatkah?
Zzzzzz..........
1 comment:
tunggu apa lagi
Post a Comment