29 April 2012
Hakikat...
1984. Saya memasuki tahun kedua menjadi tenaga pengajar di AlFalah. Tahun inilah Sukan Olimpik musim panas bakal berlangsung di Los Angeles. California pada akhir bulan Julai.
Dua hari menjelang Hari Guru tahun itu, takdirnya di negara Uncle Sam, tepatnya di White Palins, New York, Karen melahirkan anak lelaki yang kemudian dinamakan Mark Elliot. Karen, seorang doktor sakit jiwa bersama suaminya, Edward, seorang doktor gigi, kemudian membesarkan anak lelaki tunggal itu serta tiga anak perempuan, Randi, Donna dan Arielle di Dobbs Ferry, New York.
Ketika berusia 20 tahun, Mark yang tersingkir dari Universiti Harvard, bersama rakan sekuliah semasa di universiti itu, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes mengasaskan facebook. Kemudian semuanya adalah sejarah.....
1984. Hampir tiga dekad berlalu. Anak lelaki pasangan Karen dan Edward Zuckerberg muda lebih dua dekad dari saya. Terlalu muda.....
Saya tidak kisah akan kekayaan dan keberhasilannya. Tidak juga kekayaan dan keberhasilan sesiapa. Keberuntungan kita berbeza.
Namun alangkah malunya, jika anak semuda Mark boleh muncul dalam mimpi saya, bertanya apa sudah jadi dengan budak AlFalah? Kerana hendak berjumpa setahun sekali pun laman ciptaannya telah disalahgunakan.....ada kekasaran bahasa, di beberapa tempat, di beberapa ketika.
[Sebelum ini pun, saya pernah bermimpi diperli oleh Mark. Katanya rakyat Malaysia, hendak masak lauk apa untuk makan tengahari pun, menghebahkan sampai ke pengetahuannya, sedangkah telah disediakannya ruang peribadi untuk berbual... Itu belum lagi bab berjalan ke mana-mana. Satu dunia hendak diberitahu.....]
Anak muda itu pula yang menasihati saya agar mengawal keadaan. Namun, apalah daya saya. Sebagai orang tua, cipher pula, saya hanya berdiam. Mark masih menyindir saya. Katanya hanya saya bekas orang tua AlFalah yang ada bermain-main dan melepak di ruang lamannya.Dia tidak peduli walaupun saya katakan bahawa saya hanya melukut di tepi gantang. Saya hanya melepak sambil melihat anak-anak bermain. Bukan semua menggemari saya berada di laman itu. Malah ramai yang menjengah, dan keluar apa bila nampak saya. Mengerling pun tidak sudi, apa lagi menyapa.
Saya benar-benar malu dan kesal.Kerana malu itu, sudah lebih dua minggu saya tidak muncul di laman milik Mark. Tidak tahulah sehingga bila rasa malu ini akan berakhir.....
Mark, beritahu mereka, saya telah tidak ke laman anda. Jika ada nama saya tertulis di situ, itulah kenangan bahawa saya pernah ke situ, tidaklah pula diperkonon orang, hanya anak muda seperti anda yang melunyai laman itu....
Mark, jengahlah ke mimpi saya dengan cerita baru. Cerita kejayan anda membeli syarikat perisian baru, atau majlis perjumpaan dengan bekas pelajar Harvard, meskipun anda sendiri drop-out. He he he.
Sementara itu, maafkan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
maafffffff
Post a Comment