Semua orang pernah mendengar radio. Pernah mendengar lagu. Pernah. Ertinya kalau sekarang, dengan sebab tersendiri, tidak langsung mendengar lagu, sekurang-kurangnya satu masa dulu pernah. Suka atau tidak suka , itu bab lain (Syyyyh, difahamkan rakan kepada rakan kepada bapa kepada isteri kepada bekas murid AlFalah yang cukup anti-lagu, pagi ini bercerita di kedai kopi "Amy Search tu sekejap berketayap, sekejap rock habis!", Ertinya dia tengok TV3 Anugerah Bintang Popular BH malam tadi. Saya tidak salahkan dia. Dia pun Melayu.....macam saya. Inilah juga pencetus ilham untuk entri kali ini)
Di AlFalah, banyak lagu yang menjadi kenangan. Ada lagu, mestilah ada pula penyanyinya.
Kalau di kalangan pelajar, biasanya mengikut era dan selera masing-masing. Ada peminat Suliza Salam, Noraniza Idris, Endang S Taurina, Dato' Shake. Ada peminat Razis Ismail, Raja Ema, Herman Tino, Search, Wings, Spoon, Jamal Ubaidillah dan senarai ini amat panjang lagi. Selera manusia...
Bagaimana saya mengesannya?
- pada contengan lirik (selalunya tak penuh) di kulit buku atau atas meja,
- pada tempelan gambar artis di kulit buku, dinding asrama dan atas meja,
- pada contengan nama artis di beg sekolah yang ayah beli...,
- pada hmmmmmmmmm mengikut rentak lagu kegemaran (dibunyikan tatkala dirasakan tiada orang mendengar),
- pada riak marah apabila volume radio diperlahankan atau dimatikan ketika lagu berkumandang,
- pada sampul surat yang diamanahkan saya mengeposnya.........
- ........................
- ................... .....
Bagi saya banyak juga lagu kenangan semasa di AlFalah. Semuanya masih jelas ketika mengimbau topik ini sekarang. Namun biarlah saya tulis secara rawak, di kalangan beberapa guru.
Kerana paling lama bersama Ustaz Fairose di AlFalah, maka paling banyak lagu kenangan dengannyalah. Lagi pula zaman itu kami macam satu kepala. Lagu yang saya suka, dia pun suka. Saya keluarkan sedikit lagu Ahmad Jais, dia akan sambung. Lagu-lagu Ebiet begitu juga. Namun yang paling saya ingat ialah lagu nyanyian duo Pelangi (A Ali dan John Goh). Kami nyanyikan sekuat hati lagu Lukisan Wajah Cinta. Tercengang budak asrama puteri! Ketika itu kami bertukang membuat pentas dari asalnya tempat letak basikal di hujung bangunan yang ada dewan itu.
Cuba kaukenang pertemuan dulu
harum bagai kembang setaman
............................................
............................................
bila lagi kita harus bertemu
bercerita seperti dulu..........
Mengingat Ustaz Zubaidi Ariffin [kini Pegawai Polis di Kelantan] saya terkenang lagu nyanyian Chris Vadham - Hanya Nyanyian Dalam Sepi. Ketika itu lagu tersebut belum menjadi siulan sangat. Saya yang mendengar dari kaset arwah Paktam di rumah Tokwan, dapat menangkap liriknya dengan baik. Semasa bersama rakan yang akhirnya menikahi Rubiah Baharom, pelajar AlFalah berasal dari Baling itu, saya sering melagukannya. Dia cuma mengomen apabila sering mendengar saya melantunkan bait:
Cintailah dirinya
kerana dia lebih sempurna
apalah ada padaku
hanya nyanyian dalam sepiKatanya, "Hang takdak apa, Din noooo...."
Sememangnya. Saya hanyalah sifar [Cipher]........
Dengan Cikgu Rahim Daud pula saya terkenangkan lagu yang sering dipasang di rumahnya. Kaset nyanyian kumpulan Matahari, lagunya Hati Luka. Lagu ini popular dan tidak henti dimainkan semasa kami bersama-sama Budak Falah tahun 1986/87 bermastautin di rumah cikgu Sejarah dan BM itu setiap cuti mingguan. Sambil menyiang ikan keli, haruan dan puyu yang ditangkap, sambil menggoreng atau menggulainya serta sambil merehatkan perut apabila selesai makan, dari pemain kaset di atas rumah, lagu ini diputar dan diikutnyanyi.....
Waktu kita mula bercinta
kau kubelai dengan penuh mesra
tak ingin sesaat berpisah
tiada dukacita
......................
......................
Tapi tiba-tiba kaumembisu
tiada lagi seperti dulu
pedih hati ini bila kutahu
kaumencintai teman karibku
[Lagu yang tersimpan di Youtube di atas agak rendah mutu suaranya, mungkin rakaman dari kaset, bukan audio asal]
(Kisah seperti di dalam lirik lagu ini memang berlaku di dunia ini, tapi bukan di AlFalah kita .......he he he.)
Bersama arwah Ustaz Mid [Abdul Hamid Ismail], saya terkenang kumpulan Scan. Pagi itu dalam bualbicara Selamat Pagi Malaysia (TV1), ada S M Salim. Kemudian muncul Azan (penyanyi Scan) menyampaikan lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa.
Selesai menyanyi Azan bertanya petua SM salim untuk kekal popular. Saya lupa apa jawapan diberi Tan Sri itu, namun masih jelas kata-kata Ustaz Mid,"Suara macam tu kalau laung azan, boleh popular sampai bila-bila...." Masih jelas dia berdecit-decit melihat Azan melagukan bahagian chorus lagu tersebut manakala arwah Ustaz Fadzin Hamid yang ada bersama kami tertawa mendengar ungkapan Ustaz Mid........
Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan
Sekali lagi, ini cuma imbauan kenangan. Saya tak boleh memadam sejarah.......
Oh masa lalu.......
Lagu apa yang menjadi kenangan semasa bersama Cikgu Non? Jawapannya ada paling bawah pada entri Aku Kehilanganmu Carilah......he he he.
Disuntingtambah pada 12 Februari 2013 9.40 malam.
4 comments:
dok teringat masa dulu, dia hantar entri ni plak....... adui.....
Dia edit tambah pulak dah. Lagila.....
Kenangan yg tr indah
Tiada kah yang sudi share lagu sekolah AL FALAH KEMAMAN?
Post a Comment