Husin Lateh sememangnya seorang yang humble. Sentiasa tersenyum santai. Sifat itu dibawanya hingga hari tua kini .....Dia ada dua lagi saudara di AlFalah.Azren dan Azman. Kedua -dua ini saya tidak tahu kedudukan sekarang namun saya tahu Husin kini sebagai pakar bina rumahtangga sepenuh masa (hubunginya untuk perundingan atau sebut harga ubah-suai ). Part time dia mengajar KAFA di Tebengau.
Banyak yang saya kenang tentang ustaz ini. Keletahnya yang menghiburkan di dalam dan di luar kelas dan di zaman tuanya....Namun satu yang terbaik ialah betapa pernah melesetnya anggapan saya. Saya bersangka buruk terhadapnya dan hingga kini saya masih belum bercerita kepadanya mahupuin meminta maaf. Jadi secara terbuka di alam maya ini saya ambil peluang untuk minta maaflah.
Satu hari kami cadangkan Husin membuat persembahan di atas pentas muhadhoroh. Saya pesimis sebab dia tidak pernah menunjukkan kesungguhan. Saya sendiri sukar untuk mengingati sama ada dia pernah hatta membaca sebuah sajak di depan kelas. Saya tidak tahu bagaimana selama bertahun di AlFalah dia berjaya mengelak dari berdiri di atas pentas. Mungkin kabelnya kuat hingga ke tingkatan Lima atau AJK Muhadhoroh takut kepadanya - takut dikecewakan.
Demikianlah, apabila dapat senarai bahawa Husin akan mengadakan persembahan, saya mencemik. Bukan saja di mulut malah di hati. Aci lawan apa pun, Husin tidak akan muncul..... kata hati saya sambil dipersetujui oleh makhluk bertanduk dua yang bertenggek di atasnya.
Apabila namanya dipanggil, saya menunggu dengan penuh minat. Yang muncul adalah adiknya. Tertoleh-toleh macam abangnya. Aku dah agak, hati saya kembang lantas memeluk makhluk bertanduk dua. Husin mesti tak...
Tunggu dulu.
Husinkah yang ditoleh adiknya tadi? Kerana berdiri bersama di atas pentas itu benar-benar hamba Allah bernama Husin - bersongkok senget sambil menyedekahkan senyum yang masih dikekalkan bentuknya hingga ke hari ini. Anak-anak Pak Lateh akan bernasyid!
Saya jadi tidak keruan. Sungguhkah.....
Sungguh, ketika mereka melagukan Di Pondok Kecil, seorang hamba Allah berdiri di luar belakang dewan berhampiran pokok pukul lima. Bulu romanya berdiri. Sampai bait duhai adikku sayang jangan menangis... suara Husin begitu jelas kebalighannya!
Hamba Allah di belakang dewan itu tidak mampu menahan senak di mata dan halkum. Selalunya begitulah. Sayu? Entahlah....
Ustaz Husin, hamba Allah itu benar-benar minta maaf........
Tiba-tiba teringatkan ayah...........
Di Pondok Kecil (versi Nada Murni)
di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam
(Banyak versi lagu itu yang pernah didengar, lebih-lebih lagi dengan kemurahan hati Youtube kini. Namun belum saya temui penyampaian yang begitu membekas di hati seperti yang diberikan oleh anak-anak Pak Lateh. Mungkin kerana , hingga kini, setahu saya, merekalah satu-satunya yang benar-benar bersaudara melagukannya. Sayangnya persembahan itu hanya terakam di minda).
2 comments:
ketika di falah aku juga tergolong dalam golongan yang tidak disukai oleh CD. Mungkin CD tak perasan yang aku perasan sikapnya pada aku. Maklumlah aku tidak ada sebarang keistimewaan padanya...Namun aku tetap pasrah, kerana aku boleh dikatakan antara murid yg disayangi oleh kebanyakkan guru-guru kat situ. Almarhum Ustaz Azizan pun kalau pergi kenduri selalu bawa aku dengan kereta VOLVO 144nya.Mungkin dulu aku menaruh Dendam pada CD. Tapi sekarang aku dah pun maafkan dia,kerana dia salah seorang guru yang mengajar aku.dan menjadikan aku kini bergelar seorang guru. Dan aku berusaha dan akan terus berusaha agar tidak menjadi seorang guru yang bersikap prajudis pada mana-mana muridku...MOga ada antara anak muridku akan mendoakan kesejahteraanku dunia dan akhirat..Amiiin...
saya mnyaksikan persembahan itu ..sgt mnyentuh hati...apabila di sambut liriknya oleh si abang.. dari pertanyaan adik .."dimana ayah"
Post a Comment