13 February 2013

Suratan Serta Kebetulan

 

Sambil memasukkan entri  Gadis Bertudung Putih sesudah solat Subuh hari ini, saya tertekan punat pada klip terbitan studio Budak Batas Paip, yang saya muatkan pada bawah blog ini.Bergemalah lagu dendangan trio KRM itu sehinggakan menantu emak yang sedang membaca AlQuran tersentak dan bertanya hantu apakah gerangannya menghasut memasang lagu sedemikian pada awal pagi? Hehehehe. Maaf....maaf....

Bunyi diperlahankan bunyi sambil terus mengedit catatan. Namun suara Kenny Tay tetap mengusap anak telinga. Lirik ciptaan Hajjah Habsah Hassan melarut di jiwa....

Saya teringat satu entri yang berkisah sedikit tentang lagu tersebut, tetapi lupa tajuk entrinya. Malam ini barulah saya mencarinya: Oh Aduhai.....

Betapa ia sebuah suratan serta kebetulan....

Inilah kutipan dari situ:


Saya teringat beberapa budak Falah era NorAzimah Ahmad pada awal 1990-an. Ketika itu, TV3 sedang menayangkan drama bersiri Filifina [kalau tidak silap Isaura - Cipher] yang dialihbahasakan ke Bahasa Malaysia. Lagu temanya juga diambil dari lagu kita yang popular pada pertengahan 1980-an yang liriknya ditulis oleh Puan Habsah Hassan - Suratan Atau Kebetulan

Pada malam terakhir selepas peperiksaan SPM tahun itu, semua yang tinggal dan menumpang di asrama berkumpul di bilik bersebelahan pejabat, yang menghadap dua pokok palma diraja itu. Ada majlis perpisahan sebab esoknya semua akan pulang ke rumah sendiri-sendiri. Suasana tidaklah ceria sangat kerana telah berlaku satu kes yang cukup merobek hati guru-guru di AlFalah, dua tiga hari sebelum itu. 

Saya diminta/meminta untuk berucap pada majlis itu. Saya tidak mengingati kini apa isi ucapan itu, tapi yang pasti saya bercakap tentang lagu-lagu kegemaran....Dan lagu nyanyian Kenny, Remy dan Martin [sebenarnya suara Kenny sahaja yang kedengaran...] itulah yang saya pilih sebagai lagu kesukaan. Seseorang yang lincah dan peramah dari tingkatan LIMA tahun itu segera melagukan baris pertamanya sambil dua jari telunjuk mengetuk meja...... 

Ketika itulah ayah Nor Azimah datang untuk membawanya pulang. Semua yang ada berlingas mata melihatnya berlalu pada malam itu..... Indah dan sayu sungguh detik itu. Dua* antara yang cemerlang di dalam SPM tahun itu telah tiada kini...... 

Benarlah: sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita.....

AlFatihah untuk arwah *Rosmawati Md Jamil serta *Borhanuddin Abdul Talib

 Kita juga,lambat atau cepat, pasti akan ke sana........

3 comments:

Anonymous said...

Aktif la pula tuan blog hari ni... sampai dua entri....
makasih dan tahniah ler....

wiraosman said...

suratan takdir

Puan Yaya said...

Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan...