Ini bukanlah anggota kugiran 70-an.
Inilah gambar kenangan dari dua lawatan Budak Falah ke Perak
– pertamanya ke Lumut/Pulau Pangkor. Ada beberapa foto yang melekap kukuh pada plastik album. Puas dipujuk untuk meninggalkan sebentar tempat pertapaan mereka itu. Apabila keluar pula, wajah mereka tidak muncul-muncul di laman blog. Entah di mana silapnya.....
Yang bernasib baik hanyalah foto di atas. Mahu juga terbit.....
Berada di tangga, berseorangan di sebelah kiri adalah Suwita Don - pelajar Peralihan 1983. Lihat entri tentangnya sedikit dalam Merindu, Merayu, Beradu Dan ....
Berbaju corak petak, dengan gaya rambut yang a lanya ditiru oleh Herman Tino dan Hafiz Awan Nano itu adalah Zakaria Nayan a.k.a PakYa alias Zack yang sekarang sedang menderita kegagalan ginjal di kampungnya, Kg Seberang Alor. Sila lihat entri tentang sahabat kita ini yang dua kali saya paparkan.
Duduk mencangkung sambil memegang kamera itu pula adalah Mohd Fadzil Bakar - pelajar Tingkatan 3 Akademik pada tahun 1983. Anak kelahiran Tebengau itu lebih mesra dengan panggilan Mat Jin. [Jin itu dibunyikan Jen, ya, bukan Jin Pakai Toncit....] Dari nama mesra itulah bermulanya tanam minda untuk menggambarkan warna pelangi pada tahun awal penjenamaan semula AlFalah tersebut- Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo dan Ungu - Mat Jin Kena Hambat Baru Ia Undur..... [Selepas eranya, barulah MJ itu ditukarkan kepada Michael Jackson!] Kini menetap di Bukit Tembaga dan sedang diusahakan untuk menjejaknya.....
Berkemeja-t merah pula adalah sahabat saya, Abdur Rahim bin Daud - guru Sejarah serta BM pada tahun 1980an [beliau berada di AlFalah, lama sebelum tahun penjenamaan semula itu]. Beliau meninggalkan AlFalah pada penghujung dekad tersebut - mencari arah lain dalam melangsungkan kehidupan, dan kini menguruskan sebuah perniagaan yang menuntutnya sentiasa bersedia ke seluruh negara.
Berbaju cerah dengan tangan menyeluk poket seluar itu adalah klon saya, Salahuddin Mohd Jusoh. Saya cukup mengenalinya - zahir dan batin. Berjanji untuk bersama semenjak hari pertama menjengah dunia sehinggalah berpindah ke alam abadi.Semuanya - baik hobi, cerita suka duka, makanan dan minuman, hatta pakaian sentiasa dikongsi bersama. Tidak hairanlah apabila melihat cermin, saya terbayang akan wajahnya! Ketika itu [1985] dia meniru saiz badan saya yang melidi - macam sekeping papan, begitu selalunya sakat Ustaz Zubaidi Ariffin, yang turut berada di AlFalah pada era tersebut.
Seorang lagi yang bersaiz badan begitu adalah sahabat, Ahmad Fairose Hj Azizan, bertopi serta memakai baju-t jenama Edwin di dalam foto berkumpulan di atas. [Saya tahu jenama tersebut kerana bersamanya tatkala membeli di Alor Setar....] Beliau merupakan pengetua AlFalah pada tahun berkenaan selepas kematian babanya, Ustaz Azizan Hj Mustaffa.Dalam hari-hari tertentu, kami berdua dipasangkan untuk disakat - kalau diikat benang pada leher, dilambung, hangpa sebijik macam wau....' demikian tutur penyakat. Sila rujuk juga entri Dua Keping Papan, Dua Guni Sekam.....
Paling kanan di dalam foto di atas adalah Ahmad dari Kuala Kangkong. Mudah mesra pelajar ini namun mempunyai nama sapaan yang aneh dan agak tidak bersih...... Mat Ko-talk [Kotor]!
Nun, di atas tangga, mendongak ke langit kelabu adalah pelajar merangkap kawan kami dari Kg Tengah, Telok Bagan - Zamri Hashim. Ayahnya, yang kami panggil Paklong Husin, adalah bendahari Lembaga Tadbir AlFalah, dan Zamri pula kerapnya kami sapa dengan nama Pak Usin, hinggakan kadangkala kami terlupa akan nama sebenarnya....... Pak Usin ini merupakan kekanda kepada Zamzurina dan Naslina Hashim, masing masing pelajar kelas Peralihan AlFalah pada tahun 1987 dan 1990.
Lagu popular 1985?
Banyak. Amy bersama Search baru bertapak dengan album Cinta Buatan Malaysia. Isi Atau Kulit antara lagu pilihan......
Banyak. Amy bersama Search baru bertapak dengan album Cinta Buatan Malaysia. Isi Atau Kulit antara lagu pilihan......
Yang mana kau pilih
Isi atau kulit
Kertas bungkusan yang indah
Coraknya membungkus benda
Tak kira nilainya
Yang mana berharga
Isi atau kulit
Hiasan cantik permainan mata
Budi yang baik santapan jiwa
Ada orang lihat kulit
Ada orang lihat isinya
Kulit dan isi
Memberi erti
Jikalau tahu menilainya
Isi atau kulit
Kertas bungkusan yang indah
Coraknya membungkus benda
Tak kira nilainya
Yang mana berharga
Isi atau kulit
Hiasan cantik permainan mata
Budi yang baik santapan jiwa
Ada orang lihat kulit
Ada orang lihat isinya
Kulit dan isi
Memberi erti
Jikalau tahu menilainya
1 comment:
Budi yang baik santapan jiwa - terima kasih sbb mengingatkan kembali tahun tu... lagu search tu..
Rindu pada Mat jin. mat kotoq tu dok di kangkong lagi ka?
Post a Comment