![]() |
Siti Ramlah Johari (1955-2013) |
hampir sedekad pula kita bersama
mengharung manis pahit dan semua rasa
sebagai sahabat dan juga saudara
sering saja kita tidak sependapat
sering saja kita tidak sependapat
tetapi lebih sering kita bermuafakat
sering pula kita bertelingkah
tepi lebih sering kita seiring langkah
semuanya di AlFalah
sebabnya pun di AlFalah
kau penolong kanan yang 'kemas'
kau guru matematik yang 'keras'
kau warden asrama yang tegas
banyak yang aku kenang
tentangmu
hingga ke saat ini
sebagai sahabat
sebagai kakak
hingga ke saat ini
sebagai sahabat
sebagai kakak
ada berdozen kusimpan
untuk kucatatkan
kekemasanmu
'kekerasanmu'
ketegasanmu
melembut
melentur
membentuk
beratus dada dan jiwa
engkau benar-benar lilin dan dian
yang tidak pernah bertanya balasan
bermula dari sekolah yang sepi dan bercelaru
kau ikut mencorak AlFalah baru
sehingga didatangi deru
dari pelbagai penjuru...
hujung hayatmu yang bukan guru
padaku hanya menambah rasa terharu
engkau pejuang tidak didendang
berjerih dengan perit semedang
menghadap onak sepadang
sedang ada yang datang
hinggap menumpang
beroleh pengalaman segantang
lalu pulang
dan jika dijulang
menepuk dada mengembang:
aku dari lain gudang
yang bukan calang-calang!
kekemasanmu
'kekerasanmu'
ketegasanmu
melembut
melentur
membentuk
beratus dada dan jiwa
engkau benar-benar lilin dan dian
yang tidak pernah bertanya balasan
bermula dari sekolah yang sepi dan bercelaru
kau ikut mencorak AlFalah baru
sehingga didatangi deru
dari pelbagai penjuru...
hujung hayatmu yang bukan guru
padaku hanya menambah rasa terharu
engkau pejuang tidak didendang
berjerih dengan perit semedang
menghadap onak sepadang
sedang ada yang datang
hinggap menumpang
beroleh pengalaman segantang
lalu pulang
dan jika dijulang
menepuk dada mengembang:
aku dari lain gudang
yang bukan calang-calang!
kini
kau telah dijemput-Nya
aku tergamam mendapat khabar
[betapa kami merancang
menjemputmu ke majlis raya lalu
tetapi rancangan hanya kekal begitu..]
Selamat jalan
sahabat dan kakak,
semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat.
Aku pasti akan menyusul...
************************************
Ini yang kutulis di laman sendiri fb:
Kita pernah bersengketa. Tetapi kita tetap sahabat. "Alangkah jemunya jika bersahabat tapi langsung tidak pernah saling mengguris hati!" demikian katamu sambil ketawa ketika kita bersemuka untuk membuka lembaran baru persahabatan.
Semalam, kau telah dijemput pulang...
Sehingga detik ini terngiang lagi katamu itu.
Selamat jalan, sahabatku, Siti Ramlah Johari.
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat. Aamin.
Semalam, kau telah dijemput pulang...
Sehingga detik ini terngiang lagi katamu itu.
Selamat jalan, sahabatku, Siti Ramlah Johari.
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat. Aamin.
Ini pula kutulis di grup Alfalah:
Innalillah...
Dimaklumkan bahawa bekas guru AlFalah 1981 - 1987, Cikgu Siti Ramlah Johari telah kembali ke Rahmatullah pada hari yang berkat ini, Jumaat 20 Zulhijjah 1434 bersamaan 25 Oktober 2013, di rumahnya di Kg Sungai Dedap, Sungai Limau, Yan, Kedah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan dosanya diampunkan serta amalnya diterima Allah. Marilah bersama kita mendoakannya.
Mohd Kamarul Arul Al-fatihah smgo roh nya di cucuri rahmat....amin...
Hasmah Hassan Innalillahiwainna ilaihiraajiun. .moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. .aamiin. .
Norlizah Saad Innalillahiwainna ilaihiraajiun.. takziah.. moga dicucuri rahmat
Aswad Lorongmayat al fatihah..
Mustadi Mahamad Al Fatihah.................
Farihah Abdullah amin...semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dengan golongan orang yang soleh...
Saiful Adly Hassan Al fatihah......
Saiful Adly Hassan Cikgu Salahuddin Mohd Jusoh.... Cikgu Ramlah ni ada mai tak masa reunion hari tu???????
Sazaziz Saad Innalillah...
Hazliza Binti Ahmad Inalillah....... Al fatihah dan bacaan yasinn untuknya. Bru rancang nk ziarah tpi x smpat. Teringgat dia pernah jadi warden kami 1984 -1989. Sedihh.
Hazliza Binti Ahmad Semoga dia ditempatkan dikalangan orang yg beriman
Hazliza Binti Ahmad X pernah lupa langsung kepada semua guru yg telah mengajar diri ini baik lelaki atau perempuan. Banyak atau sedikit ilmu yg dicurahkan tetap dihargai. Ilmu yg dpt akan dipanjangkan sehingga hri kiamat agar guru terus mendapat pahala
Sue Nasir Al-fatihah. ...semoga Allahyarham di tempat kan org yg beriman. .amin
Chik Mila Al-Fatihah dan salam takziah...
Salahuddin Mohd Jusoh Saiful Adly Hassan, tidak sempat diundang, sudah tidak sihat masa tu......
Zamri Bin Zain Al fatihah...
Sofiahmad Din Semoga segala bakti dan jasa yang ditabur menjadi bekalan di alam yang baru, ditempatkan bersama para solehiiin amiiiin
No comments:
Post a Comment