Saya sedang mengerang
dan mengarang di dalam bilik tengah sebaik selesai solat Isyak. Di atas skrin
di depan saya baru tertera 6-7 perenggan bagi entri sebuah blog keluarga.
Sombongnya budak ni. Hang tunjuk ek kat aku noo. Takpa. Nanti
kalau hang pi ka Aloq Setaq, kepala hang nanti aku putaq, hang tau!?
Tiba-tiba, suara emak cikgu kelas masak-memasak[kononnya]
dalam filem Masam-masam
Manis menarik pendengaran saya. Tandanya ada mesej masuk. Saya baca…
dan saya jawab. Dan suara bakal mertua Che’gu Shaari itu beberapa kali lagi
berbunyi dalam masa 13 minit, apabila saya terus membaca dan membalas mesej….
Penghantarnya, Saiful Adly, Budak Taman Bersatu
[BTB].
Cikgu Din.. Ooo.. Cikgu Din… nyatakan lokasi
anda skrg - 20:42:22
D rumah – 20:42:59
Mlm ni blh? Free x? – 20:44:13
N – 20:44:53
Tak sempat tekan huruf yang lain lagi, jari saya
tersentuh punat ‘hantar’, laju saja
utusan bergerak menghantar satu abjad itu.. Maka saya hantar semula apa yang
saya niatkan ketika menekan punat huruf N tadi.
Nk mai ka – 20:45:27
N.Klau cikgu free… Sy nak mlgkah kluaq utk ke
smpg b’sama mat nasir. Nk ajak aziz skali..dia dh o.t.w blk kem. Jd klau cg
sudi. Kami akn ke sna. Blh? – 20:46:45
Dia pun balas bermula dengan N juga? Entah apa maksud N itu
baginya, hanya Allah yang tahu… Saya teringat Budak Batas Paip [BBP]. Nanti
kalau tidak diberitahu semakin halus pula saiz hati budak itu…
Free sgt. Bbp ada dak? Maila – 20:48:51
X sure. Sy dr rmh – 20:49:32
Ok – 20:50:17
Saya cuba hubungi BBP. Tapi rangkaian seperti mencemburui
kami. Tiada sampai agaknya panggilan saya terus kepada BBP. Hanya setiausahanya
yang bersuara, macam malas menjawab. – 20:50:40
Lokasi? – 20:54:02
Ikutla – 20:55:16
Dinalang – 20:55:54
Dinalang?
20:57:02 - Daripada
hanya menghantar huruf, saya terus tukar kepada menghantar suara. Saya hubungi
Budak Taman Bersatu itu.
Sah, dia sekadar menyakat dengan menyebut restoran yang
menjual ais kacang salji di Simpang Empat itu. Memang dia pun tahu, restoran
yang asalnya sebuah kedai abc warisan, cuma dibuka pada siang hari…
Lalu, dia mencadangkan Restoran Sultan Ibrahim berhadapan
Balai Polis – tempat selalu dia minum jika bertemu Nasir dan kawan-kawan lain.
Saya setuju sahaja. Apabila mereka hampir sampai, saya akan diberitahu,
demikian janji nya. Sementara itu, dia masih menunggu panggilan balas dari BBP,
kerana katanya, ketika dihubungi tadi, anak BBP memaklumkan ayahnya , si peminat
perbahasan di dalam fb itu, sedang menunaikan solat Isya. Oo.. patutlah
panggilan saya tadi tidak berjawab. Nantilah, kalau saya teringat, akan saya
suruh saja BBP pecat setiausahanya yang menerima panggilan saya tadi. Adakah
patut bosnya sedang bersolat pun, dia hanya memberitahu dengan ayat klise: Nombor
yang anda hubungi…… Dah ‘tu berlagak pula – tak mahu cakap bahasa
Malaysia…sedangkan bahasa Inggerisnya bukan lancar sangat pun - sebiji-sebiji!
Hehehe.
Saya kembali menghadap skrin. Membaca blog milik seorang
wartawan Indonesia. Saya peminatnya, kerana dari tulisannya, saya tahu banyak
tentang negaranya serta betapa dia sangat mencemburui Malaysia – terutama
keberuntungan negara kita yang menaungi jutaan tenaga kerja dari negaranya.
Sebagai timbalnya, dia sering mengungkit kegemaran
kita menciplak banyak perkara dari jiran serumpun itu – batik, keroncong, lagu
Rasa Sayang, hinggalah lagu kebangsaan kita , Negaraku… Saya juga gemar gaya
bahasanya .
Sambil itu, sesekali saya menjeling laman fb, statistik pada
semua blog saya serta sebuah akhbar dalam talian.
21:42:00 - Saiful
menelefon saya. Tapi rasanya bukan suara BTB itu yang muncul, sebaliknya suara
BBP. Mereka sudah sampai ke Simpang Empat, mahu datang menjemput saya.
Kasihanlah pula berjemput-berhantar nanti, lalu saya mahu keluar dengan motor
dan meminta mereka menunggu di tempat dijanjikan. Tetapi BBP memberitahu mereka
sudah pun masuk ke kawasan kejiranan saya. Apa-apalah..
Saya menanti sambil siap mematikan komputer.
Sebentar kemudian mereka sampai bersama seekor ikan yang lumayan besarnya – Kelisa. BBP
berada di bahagian depan bersama Saiful, manakala di belakang ada seorang
berkepala botak – Mohd Nasir Hassan. Saya menaiki Kelisa itu sambil bersalam
serta mengucapkan tahniah terutamanya kepada BBP. Saiful bertanya, tahniah
untuk apa, dan saya tidak menjawab dengan tepat. Samalah dengan Nasir yang tidak
pun menjawab botaknya yang belum pun sampai 24 jam itu untuk apa….
“Cikgu Non ada dak?” tanya seseorang.
21:47:15 - Saya mendail nombor Cikgu Non walaupun ketika itu
kami nampak pintu rumahnya , manakala kereta serta motornya sedang dengan sopan
sekali berbaring di depan rumah. Ada bunyi ‘tut’ yang kuat pada telefon saya. Sah panggilan saya tidak bersahut.
Saya turun dari Kelisa, menggoncang sedikit selak pintu pagar
sambil memberi salam. Cikgu Non keluar. Dia sedang meneliti tentang foreign exchange
rupanya. Dia menyatakan tidak mendapat isyarat panggilan saya tadi. Dengan
ringkas dan padat, saya maklumkan tujuan kami berempat untuk bersidang di
depan kedai mamak di pekan Simpang Empat itu.
“Sat, sat,” kata Cikgu Non sambil berpusing ke pintu rumahnya.
“Hangpa pi dulu. Sat gi aku pi naik motor..”
Saya pun masuk semula ke dalam Kelisa. Tidak saya tahu,
rupanya skrip sudah diubah. Nasir mencadangkan kami ke sebuah kedai yang sering
dikunjunginya di Buluh Lima [Batu 9]. Pulak! Masakan mahu membiarkan Cikgu Non
tercari-cari kami pula di depan restoran mamak di depan Balai Polis Simpang
Empat itu…
21:49:08 – Saya hubungi Cikgu Non, memberitahunya bahawa plan
sudah bertukar. “Tak pa,” balas Cikgu Non. Mereka hanya tukar plan, Cikgu Non
terus tukar projek!
“Cikgu Non kata tinggal Kelisa di sini. Kita naik kereta dia….”
Saya memberitahu tiga bekas budak Falah tadi. Ada keluhan sedikit dari
seseorang.
“Awat?” saya bertanya.
“Kita pi asing-asingla…. Kalau dengan kereta Cikgu Non, sahih
lambat balik!” kata seseorang itu yang sedikit berpengalaman dengan saya dan Cikgu Non…
Belumpun sesiapa berkata apa-apa, Cikgu Non sudah pun keluar,
memasuki keretanya setelah membuka pintu pagar. Saiful meletakkan Kelisanya
berdekatan pagar. Saiful masuk ke tempat duduk belakang, Nasir masuk ke tempat
duduk paling belakang dan saya pula masuk kemudiannya duduk di sisi Saiful.
BBP? Dia masuk duduk di samping Cikgu Non di depan setelah menutup pintu pagar.
Selesa sekali BBP berada di posisinya, siap boleh letakkan kaki di atas kaki… dan
kami ketawa mengingat bagaimana di dalam Kelisa tadi dia terpaksa menghimpunkankedua-dua
lutut berhampiran dada…
“Kita nak pi mana ‘ni?” tanya Cikgu Non. Saiful memberitahu
cadangan Nasir tadi. Cikgu Non mengomen sedikit tentang tempat yang dicadangkan
itu. Saya hanya tersengih di dalam gelap. Siaplah budak-budak oi… “Nak minum
dengan bersembang saja, ‘kan?” tanyanya lagi. “Kita pi jauh sikit…. Sambungnya sebelum
membelok untuk berhenti di depan BSN di depan kawasan kejiranan kami. Dia
turun.
21:52:57 - Saya mengambil kesempatan itu mendail nombor seseorang.
“Nak perhangat….” Kata saya. Ramah pihak di sebelah sana membalas sebaik saya
bercerita tentang kumpulan kami di dalam kereta itu. BBP menyangka saya
menghubungi Cikgu Rahim. Tetapi bukan. Pihak di sebelah sana menyangka saya
bergurau menghubunginya sebegitu jauh... Apalah jauhnya kalau boleh berbisik-bisik?
Dia sekadar menyampaikan salam kerana memang tidak dapat turut serta. 1 minit
36 saat. Demikianlah masa saya sempat berbual dengan Aswad Lorong Mayat yang
berada di Kuala Selangor, sama masa dengan Cikgu Non turun dan dating semula ke
keretanya. Seronok juga kalau boleh menimbulkan kemarahan Aswad rupanya…..hehehehe.
Sebaik menggerakkan semula keretanya, Cikgu Non masih bertanya
ke mana tujuan kami. BBP hanya menjawab, jangan jauh sangat…. Saya menyatakan
kepada Cikgu Non, mereka mungkin tidak mendapat lessen besar dari samatua… Ckgu
Non tersenyum. Yang bertiga lagi pun agaknya tersenyum juga walaupun makna
setiap senyuman itu mungkin berbeza.
“Tanjung Dawai?” tanya Cikgu Non. Ada desahan kedengaran.
“Jauh sangat kut…” bisik seseorang.
Beberapa minit kemudian kami melintasi kedai yang Nasir
cadangkan tadi - di Buluh Lima. “Tak sedap…” kata Cikgu Non, “orang pun takdak.
Kita nak singgah kena tengok pelanggan. Kalau pelanggan sikit, jangan singgah.
Maruah kita kena jaga… “
Demikian antara kata Cikgu Non yang sempat saya simpan
dalam memori. Sementara itu kami sampai
ke Kota Sarang Semut. Cikgu Non membelok ke kanan, ke arah Kuala Sala.
“Kita nak minum sambil bersembang, ‘kan?” tanya Cikgu Non. “Atas
kereta ‘ni pun boleh bersembang, sat gi kita minum…. Bukan gaduh buat apa, saya
yang bawa kereta!”
Tidak lama kemudian kami menghala pula ke Sungai Limau/Sungai
Yan.
“Kita tengok suasana lepas pilihanraya sama, “kata jurupandu
kami itu…
Suasana sepi. Maklumlah, baik yang kalah atau yang menang
sedang keletihan… Di satu dua tempat ada beberapa orang pihak kalah sedang
menurunkan poster….
22:04:11 – Saya hubungi Cikgu Shon. Tetapi, sama seperti BBP
lebih sejam yang lalu, Cikgu Shon hanya mengarahkan setiausahanya sahaja yang
menjawab….
22:05:34 – Sekali lagi saya mencuba. Setiausahanya masih
dengan suara dan jawapan yang monotonous itu. Sah Cikgu Shon tidak mahu
digangggu… Saya maklumkan hal itu kepada Cikgu Non.
Saya berbual dengan BTB serta Nasir di bahgian belakang itu, sementara BBP bersembang dengan
Cikgu Non di depan. Lama-lama sekali perbualan kami berpusat sama. Dalam
berbual itu, saya bersimpati kepada Nasir yang seperti terhoyong-hayang di
tempat duduknya itu. “Sat lagi hang mai duduk depan…..” kata saya. Nasir
tersengih. Keadaannya itu disebabkan dia cuba mengelakkan kepalanya yang
bertelanjang bulat itu dari hembusan pendingin hawa yang tepat berada di
atasnya! “Sejuk!!” kata Nasir dan kami tertawa.
Kami sampai di Sungai Yan. Cikgu Non membelok ke kiri, sekadar
menunjukkan gerai pasembor yang istimewa di sebuah bazaar. Pekerja gerai itu
sedang bersiap untuk balik… “Sekurang-kurangnya hangpa tau tempat ni…” kata
Cikgu Non lalu menghala ke jalan utama menuju ke Yan.
22;18:10 – Saya mencuba lagi menghubungi budak Yan tadi. Hampa juga.
“Sini pun ok juga, “ kata Cikgu Non sebaik kami melintasi
Restoran Seri Nila [kalau tidak silap] – tempat yang selalu kami singgahi jika
mahu berjumpa dengan Cikgu Shon dahulu. Kedai berhadapan pintu masuk ke
Hospital Yan itu pula berkeadaan seperti tidak beroperasi pada hari berkenaan.
Jalan menghala ke Yan juga sunyi. Begitu juga di pekannya. Bagaimana
sebuah ibu daerah begitu sekali sunyinya? Mungkin Cikgu Shon boleh berikan jawapannya.
“Kita tengok Pantai Murni sat….” kata Cikgu Non tapi dia
sendiri tahu keadaannya berpandukan hanya beberapa buah kereta berada di atas
jalan raya.
“Shon main badminton di sini kut…” kata saya pula sebaik
melintasi Dewan Dato’ Madi. Tapi yang kelihatan hanya 3 orang berpakaian
seragam di depan pintu dewan yang turut menjadi pusat penamaan calon bagi PRK
baru-baru ini. Seorang darinya sedang membaca akhbar “Mungkin kali ketiga…”
kata seseorang di antara kami…
Membelok kea rah pantai, saya sempat berkisah tentang satu
kejadian , lama dulu. Kisah yang saya paparkan dalam entri ‘Cinta Pantai Murni’.
Meski ikut terlibat, Cikgu Non hanya mendiamkan diri, sehinggalah setelah kami
berpatah balik.
“Hang nak tau rumah budak tu? Nanti aku tunjuk….”
bersambung.... [Tanjung Dawai: Kami Ada, Hang Tak Dak!]
No comments:
Post a Comment