12 April 2012

Sepetang Di AlFalah.

Penghuni bumi AlFalah sekarang (kiri) sedang mengaplikasi ko-kurikulum!

Pukul 3 petang 11 April, saya berada di AlFalah - tepatnya rumah Maklong/Kakyah. Ada Ustaz Fairose dan abangnya Hj Sehabudin serta adiknya Mohd Hizamy juga semestinya dua tuan rumah itu.

Kebetulan hari cuti umum. Saja cari bahan sekaligus mempromo blog ini.....

[Di sebalik pagar zink yang memisahkan rumah dengan kawasan sekolah, riuh dengan suara budak-budak bermain. Namun itu bukan suara budak AlFalah. Itu suara budak Tahfiz Amal yang heboh dengan cerita mengutip derma itu....]

Ketika berbual tentang AlFalah dulu, kini dan akan datang, saya dihidang mi rebus Maklang bersama teh o panas.

Antara waktu itulah gegaran berlaku. Saya keluar dan melihat kereta bergoyang. Bangunan asal AlFalah turut berkongsi debar...

Setelah menelefon dan ditelefon beberapa kenalan, sambil menunggu makluman di tv, kami menyambung bercakap hal Alfalah. Dulu, kini dan akan datang.

Lama saya di situ. Mengimbau dan mengimbas. Dalam tahu banyak hal, perbualan itu menambahbaik pengetahuan saya tentang AlFalah. Tentang kehidupan terkini beberapa orang bekas pelajar AlFalah.Nikah cerai dan mati relai mereka.

Bagi yang ingat, ada juga yang datang menjengah Maklong dan Maklang. Sekali lagi, bagi yang ingatla....

Seronoknya, Hizamy (pelajar AlFalah generasi Mashitah dan Pawang Nujum) masih menyimpan banyak gambar lama AlFalah. Berdoalah jika tsunami tidak berlaku awal (baca: kiamat), insya Allah, akan dimuatkan gambar-gambar itu sesuai dengan cerita dalam blog ......

Kerana lama di situ, muncul pula teh o (lagi) dan roti bakar berinti sardin. Dengan muka sardin, saya tidak menghampakan permintaan tuan rumah untuk menyelesaikan episod kedua itu......

Perbualan makin rancak setelah dimaklumkan tiada kebimbangan tentang gegaran sebentar tadi. Kebanyakannya berbalik kepada AlFalah dulu. Nostalgik ooo.

Dalam perbualan itu, terselit rindu masing-masing terhadap masa lalu..........

Salam dari keluarga mereka.

Saya pulang diiringi gema suara bangunan lama AlFalah kita, "Sampai bila aku dibiarkan begini!!!"

1 comment:

hamzah bin yahya said...

bukan tak nak melawat...tapi tak berkesempatan.....nanti insyallah