17 June 2013

Kelas Peralihan AlFalah 1991


 

Inilah kelas dan tahun yang satu-satunya di buku pendaftaran menggunakan khidmat jejari tangan kanan saya. (Kalaulah tidak silap, ketika itu Ustaz Fairose berada di Makkah - Insya Allah catatan tentangnya bakal menyusul - Lambat laun atau lambat lagi.....).

Selain nama, siap dengan dimasukkan sekali penyata kutipan yuran. Enam Puluh Sembilan Ringgit Lima Kupang. Yuran Pendaftaran RM 20. Yuran Kelas Peralihan (Tahunan) RM 45. Yuran atau Wang Kebajikan RM 4.50. Kecuali dua orang, semuanya membayar yuran tahunan. Kecuali seorang, semua membayar yuran pendaftaran.Sedozen pelajar tidak membayar yuran/wang kebajikan.

  1. Muniroh bt Mohamad
  2. Fauziah bt Daud
  3. Suraya bt Abu Bakar
  4. Mahfuzah bt Omar
  5. Balinda bt Baharom
  6. Jamilah bt Aziz
  7. Saadiah bt Yusuf
  8. Mohd Mansurudin b Mohd Shariff
  9. Asparini bt Ismail
  10. Fadzin Noor b Ahmad
  11. Zurida bt Abdul Majid
  12. Anuar b Shafie
  13. Ramli b Omar
  14. Aznan b Abdul Jalil
  15. Zaleha bt Zakaria
  16. Balkeh bt Othman
  17. Zarina bt Zain
  18. Zakiah bt Ahmad Zakaria
  19. Mohd Yuhanif bt Ismail
  20. Zairul Anuar b Ismail
  21. Syarifah Norasyikin bt Othman
  22. Che Habsah bt Ismail
  23. Zahari b Saad
  24. Azham b Che Mansor
  25. Wan Hafizi b Wan Hasan
  26. Rosnah bt Chik
  27. Siti Fatimah bt Ismail
  28. Rozinatun Hanim bt Talib
  29. Ahmad b Sharif
  30. Mohammad Ismail b Ahmad
  31. Mohammad Najib b Ibrahim
  32. Abd Malik b Mt Taib
  33. Rozita bt Abd Hamid
  34. Norhayati bt Abd Rashid
  35. Mohamad Suhaimi b Saad
  36. Syamsul Amiruddin b Md Amin
  37. Othman b Deris
  38. Jamaliah bt Hamid
  39. Mohd Najib b Hashim
  40. Mohd Zul b Shaidin
  41. Siti Noor bt Wahab
  42. Zuraini bt Osman
  43. Fazlan b Abd Rashid
  44. Masni bt Mansor
  45. Mohd Tajuddin b Ismail
  46. Azman b Lateh
  47. Mohd Rozaini b Mohd Safar
  48. Norlaila bt Saidin
  49. Muhamad Suhaimi b Saad
  50. Mohammad Hafizal b Zainol.
 Mulanya keliru juga dengan dua nama Suhaimi Saad. Mungkin tertulis dua kali. Namun kerana masing-masing membayar yuran, sahlah memang ada dua Suhaimi yang berbinkan Saad. Belum ada sejarahnya seorang membayar dua set yuran untuk satu tahun! Sayangnya, memori saya hanya menyimpan satu wajah Suhaimi.......

Dari kelas ini, saya mengesan lebih sedozen dari mereka, sebelum atau kemudiannya, mempunyai saudara kandung yang ikut belajar di AlFalah. Separuh daripadanya pula, tidak hanya muncul dua beradik, sebaliknya, tiga, malah empat! Kalaulah dapat dikumpulkan semua mereka di dalam satu majlis......

***********************************1991***************************************
Lagu popular pada tahun 1991 adalah Untukmu Ibu nyanyian nangoi dipanggil Mamat, yang bernama sebenar Mohd Ali b Kamarudin,dari kumpulan Exists. Lirik lagu yang cukup terkesan, kepada saya, dikeranakan oleh dua kerana:

i] saya pernah sengaja gunakan sebagai bahan mengajar BM. Komen saya tentang penggunaan mereka dalam lirik telah menimbulkan kemarahan ramai peminat tegar Mamat, maklumlah ketika itu mereka juga nangoi.....Sepatutnya, cadang saya, baris itu diganti dengan tempatkanlah rohnya, supaya sesuai untuk yang mati seorang - bukan ramai. Ada satu surat tanpa nama pengirim diselitkan di dalam buku ringkasan mengajar saya. "Kalau pandai sangat, kenapa tidak buat lirik, hantar kat penyanyi?" tanya penulis surat itu, soalan yang saya ingat sampai hari ini. Sama seperti saya masih mengingat jawaban yang saya beri kepadanya dan rakan sekelas di tingkatan empat: "Misbun Sidek menjadi juara badminton bermula dengan ayahnya sebagai jurulatih. Hj Sidek tidak pernah pun menjuarai sebarang sirkit kebangsaan!". Ada yang tidak faham dan bangun bertanya maksud saya lalu saya memintanya bertanyakan saja kepada guru balaghah........hehehe. [Bagaimana saya tahu siapa pengirim surat berkenaan? Surat itu bertulis tangan, dik, dari tangan Budak Falah ..... dicuba mengubah serba sedikit lenggok tulisan, syukurlah masih dapat saya mengesannya.....]

ii] tahun 1991 itu, saya ditakdirkan berkahwin. Empat tahun kemudian, ditakdirkan saya mendapat anak sulung yang ditakdirkan pula kehilangan ibunya pada usia enam bulan. Makan tahun juga barulah saya dapat mendengar suara Mamat di dalam lagu itu tanpa ada kebasahan di penjuru mata......

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Kutatapi potretmu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...

2 comments:

Anonymous said...

Mana senarai 1990? tau-tau 1991...
takkan tak simpan kut? yg 1983 pun ada lagi... Kena cari ni!

cipher said...

hehehehehehehehehehe....
walaupun tidak bernama, kita tahu asal-usulmu......